(i) Fata At Tamimi – Antara TIMUR Nusantara dan Khurasan ?

LINK : Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

Satu lagi kontroversi yang muncul mengenai dari sebelah Timur manakah Fata At Tamimi itu muncul, maka di sini secara ringkas penjelasannya. Namun pada saya meyakini bahwa Timur yang dimaksudkan di dalam hadis adalah Timur jauh yang meliputi Nusantara (kepulauan Melayu).

Untuk menelusuri dimanakah Timur yang dimaksudkan tersebut tersebut, mari kita teliti sekali lagi hadis-hadis yang menyebut tempat kezahiran dan berkuasanya Pemuda Bani Tamim.

1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya: Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah AL MAHDI” (Sunan Ibn Majah)

2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah TIMUR, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah TIMUR dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Ketiga-tiga hadis ini menyebut TIMUR secara umum. Ada yang sebahagian orang berpendapat TIMUR itu adalah Khurasan.

Continue reading

Misteri CodeName “SYUAIB BIN SALEH” bagi Fata At Tamimi

LINKS : FATA AT TAMIMI – WHO IS HE ?

FIGUR : PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia , Putera Bani Tamim Dalam Hadis – Datangilah Mereka Walau Terpaksa Merangkak Di Atas Salji , Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !

Sabda Nabi SAW, Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ”

Sabda Nabi SAW, Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib bin Saleh.”

Ammar bin Yasir RA berkata, Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yang ramai menjadi persoalan orang mengenai sifat-sifat peribadi Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) adalah mengenai nama yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya, iaitu SYUAIB BIN SOLEH. Kenapa Syuaib bin Soleh? apakah ianya nama sebenar ataukah sebuah codename? Berikut penjelasaan serba ringkasnya :

Syuaib bin Soleh iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya,kenapa nama Pemuda Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Soleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Soleh itu adalah nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar, kenapa tidak benar-benar namanya Syuaib bin Soleh?

Sesungguhnya hadis ini adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil pula Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis daripada Nabi SAW adalah datang daripada Allah. Bagaimana pula Nabi SAW boleh berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

————————————

Dari segi bahasa Arab, kalimah SYU’BUN, bererti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa.

Manakala kalimah SYU’AIBUN, pula bererti suatu suku kecil dari sebuah kabilah.

Lagipun, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa Pemuda Bani Tamim itu, benar-benar bernama Syuaib bin Soleh.

Kalimah BIN itu pula berasal dari IBNUN, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki.

Maknanya peribadi SYUAIB itu adalah:

1.Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).

2.Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai,berjambang dan berserban).

3.Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berfikiran luas, sentiasa bergelumang dengan masyarakat dan jauh langkahnya).

4.Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama tulen, ulama mujahid, mujaddid dan mujtahid.

Continue reading

Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

Allah SWT Zat Yang Maha Agung, seluruh makhluk adalah di dalam genggamanNya. Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu dengan berkata: “Jadi”, maka jadilah perkara itu.

Kita tentu amat gembira andainya dimaklumkan bahawa sebuah gunung di negara kita akan bertukar menjadi gunung emas. Rasa gembira dan senang hati itu kerana kita adalah rakyat negara ini. Selain adanya rasa kekitaan, tentunya kita turut menaruh harapan bakal memperolehi manfaat bersama dari hasil emas yang sebesar gunung itu.

Kalau demikian tentulah kita akan merasai lebih lebih lagi gembira apabila diberitahu bahawa sesuatu yang lebih besar nilainya berbanding gunung emas bakal terjadi di negara kita ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah Malaysia bakal menjadi tapak kegemilangan Islam menuju zaman ummah kedua di akhir zaman ini. Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah Islamiyah. Tentulah sepatutnya lebih bangga dan gembira apabila ianya termasuk yang diisyaratkan sebagai daulah yang menjadi tapak ummah. Di situ juga munculnya pimpinan Pemuda Bani Tamim yang membawa laluan menuju ummah kedua. Dari situlah bermulanya keagungan Islam hingga ke alam sejagat. Inilah yang telah dijanjikan atau diisyaratkan oleh Rasulullah SAW.

Rujuk kembali kepada Hadis sebelum ini; Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Biarpun Hadis Rasulullah SAW itu tidak menyebut secara nyata atau khusus ditujukan Timur itu maksudnya Malaysia, namun tanda-tanda dan ciri-cirinya sangat jelas. Apa yang pasti, Timur itu bukan Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan seumpamanya. Timur itu mestilah negara Islam yang subur keIslamannya.

Tidak perlu diletakkan di dalam ‘long-list’ mengenai ciri-ciri keIslaman Malaysia sebagai Timur yang dimaksudkan itu. Cukuplah dirangkumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling subur dan syumul pengamalan Islam. Dari keseluruhan aspek ajaran Islam itu yang lebih penting dilihat ialah dari sudut pembinaan roh Islam dalam diri penganutnya, ibadahnya, akhlaknya, pengamalan syariatnya, perkembangan dakwahnya, pendidikannya, kasih sayang dan perpaduan, lemah lembut, mudah mesra dan kesederhanaan.

Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah sebagai tapak tertegaknya ummah. Daulah itu dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim, dan masanya ialah di awal kurun. Oleh itu tidak perlu mengelilingi merata ceruk rantau dan pelosok dunia. Fokuskan sahaja ke Malaysia untuk sama-sama menyumbang dan memberi ketaatan kepada Pemuda Bani Tamim

Sebenarnya tidak sukar hendak meyakini bahawa Malaysialah yang dimaksudkan sebagai panji-panji hitam yang datang dari sebelah Timur. Biarpun terdapat berbagai-bagai pandangan lain mengenai Timur itu, tetapi tiada siapa yang hendak menyanggahnya atau menyetujuinya. Kerana dalam keadaan belum berlaku, siapa pun bebas memberi pendapat dan tidak pula salah. Pokok pangkalnya ini adalah perkara yang tidak perlu menjadi pertikaian.

Sebahagian umat Islam termasuk para ulama, sangat sukar hendak menerimanya. Sebahagian lagi mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebahagiannya pula dengan syukur, senang hati, berlapang dada, berfikiran terbuka lantas meyakininya iaitu melalui maklumat dari berita ghaib atau isyarat kerohanian. Berdasarkan berita ghaib, Timur yang dimaksudkan oleh Hadis itu adalah Malaysia dan Pemuda Bani Tamim itu juga berada di Malaysia. Dan masanya juga sudah sangat hampir tiba umpama orang mengandung menunggu hari melahirkan

Bagi umat Islam, khususnya di rantau nusantara, ini sepatutnya menjadi busyro atau berita gembira yang sangat disyukuri. Dan mengambil langkah positif menjadikan membaiki diri untuk mempertingkatkan taqwa sebagai agenda utama. Busyro kerana Allah SWT mungkin memilih Malaysia sebagai tempatnya dan Melayu adalah bangsanya.

Satu perkara lagi yang agak sukar untuk meyakinkan umat Islam ialah kerana tidak dapat dihadirkan hujah konkrit iaitu memakai sikap musuh-musuh Islam. Sedangkan usaha untuk ‘mencekik’ Malaysia dan Indonesia (Nusantara) melibatkan gerakan antarabangsa. Tidak dapat tanduk telinga dipulas, mereka mencari jalan hendak menyekat perkembangan Islam di rantau ini. Mereka telah lama tahu bahawa inilah rantaunya yang bakal menjadi tapak untuk membangunkan ummah. Sebab itu gerakan mengKristiankan Indonesia telah bermula semenjak lama dulu. Anehnya hanya umat Islam saja yang masih lena dan sering bertelagah sesama sendiri. Malah para pemimpin dan ulama Islam pun kelihatan seolah-olah turut berperanan menjadi alat kepada musuh dan turut menyumbang kepada menyekat perkembangan Islam.

Ingatlah, janji Allah SWT pasti terjadi.

Putera Bani Tamim Dalam Hadis – Datangilah Mereka Walau Terpaksa Merangkak Di Atas Salji

Links : Putera Bani Tamim , Imam Mahdi dan Kegemilangan Umat Akhir Zaman, The Banning of Darul Arqam

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

“Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ” (Riwayat Ahmad)

Salah satu karamah terbesar Pemuda Bani Tamim ialah membawa hidayah yang merata kepada seluruh umat Islam dan semua manusia. Melaluinya, Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepada semua manusia, sama seperti yang diperbuat oleh Allah melalui Rasulullah SAW. Hanya bezanya Rasulullah SAW membawa hidayah sebagai suatu mukjizat, sedangkan Pemuda Bani Tamim membawa hidayah sebagai suatu keramat. Dan peranannya membawa hidayah ini sudah dinyatakan oleh baginda SAW dalam hadis di atas.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan menerima dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka. Ujian pertama itu sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina al-Husain RA di Padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad. Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka telah juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab.

Pemuda Bani Tamim juga disebutkan menerima ujian yang sangat berat dan tugas yang sangat besar, mengikut tahap yang telah disebutkan oleh hadis. Tahap yang disebutkan oleh hadis itu adalah;

MEREKA MEMINTA KEBAIKAN
Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu (tauhid, fekah dan tasawuf) sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Itulah yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini. Juga boleh dimaksudkan dengan beliau membina jemaah Islamnya sendiri sehingga menjadi sebuah jemaah yang besar dan hebat, sebuah jemaah yang mampu menzahirkan kebenaran, bukan semata-mata mampu memperkatakannya.

Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori. Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa bertuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat. Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi mereka, dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya. Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.

TIDAK DIBERIKAN”nya”.
Nya di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang. Dan Nya yang dimaksudkan adalah orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali. Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu. Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah Pemuda Bani Tamim, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian. Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdir-Nya.

MEREKAPUN BERJUANG.
Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata. Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata-mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima Islam. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal. Maksud berjuang juga adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT sambil berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh-musuh mereka.

MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN.
Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah dosa mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan mereka itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah malah ada yang menjadi wali Allah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat agar kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar dalam diri masing-masing. Continue reading

FIGUR : PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia

– Siapakah figur Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) yang masyhur itu, dialah pemimpin yang disebutkan dalam hadis akan menyiapkan tapak kepada dunia yang penuh dengan keadilan dan kemakmuran dibawah pemerintahan Ratu Adil ( Imam Mahdi ) ? –

Links : Grand Design , Mencari Pemimpin 1, 2 , Putera Bani Tamim , Putera Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi

Berdasar cirinya, perjuangan Putera Bani Tamim ini jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu:

Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: dari Ibnu Mas‘ud r.a. katanya:

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim (yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apa­bila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasu­lullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda ber­ubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab,

“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

“Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ”

(Riwayat Ahmad)

Secara ringkasnya, perjuangan Putera Bani Tamim itu ialah:

1. Menyampaikan TAJDID

Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem hidup Islam, tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun di kalangan ulama.

Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan ilmu rahsia akhir zaman. Tuhan berikan kepadanya ilmu ilham atau ilmu tajdid dari masa ke semasa. Putera Bani Tamim diberi faham bagaimana hendak membangunkan je­maah perjuangannya. Putera Bani Tamim dianugerahkan kaedah bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa kepada Tuhan. Putera Bani Tamim mendapat kaedah bagai­mana melahirkan sistem hidup Islam untuk menggantikan seluruh sistem hidup yang sudah rosak di akhir zaman. Bah­kan kepadanya diberi khazanah ilmu ilham yang boleh men­jawab semua persoalan dan permasalahan masyarakat dunia waktu ini.

2. Melahirkan ikhwan

Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergon­cang­lah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan ber­tam­­bah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasu­lul­lah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik pera­duannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu ke­pada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula tersangat rindu kepada suatu toifah dari ka­langan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para sid­diqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, “Alang­kah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku).”

Terkejut para Sahabat lalu berkata, “Wahai Rasu­lullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”

Rasulullah berkata, “Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup ‘menjual’ keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman dengan­ku.

Daripada kedua-dua Hadis itu Rasulullah SAW menya­takan bahawa para ikhwan ini lahir selepas baginda SAW wafat. Disebutkan juga golongan ikhwan ini adalah suatu toifah ertinya golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman. Golongan ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW melebihi rindu baginda kepada yang lainnya. Ini adalah kerana para ikhwan amat mencintai dan beriman kepada Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasul bahkan mereka hidup di zaman yang jauh dari Rasul.

Ada dua sifat utama yang terdapat pada para ikhwan iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud akhlak para nabi terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada peribadi dan perjuangan mereka bukannya sekadar teori.

Yang keduanya disebut para ikhwan menempuh perjalanan para siddiqin, mereka sangat membesarkan dan mem­promosi Tuhan serta mempertahankan Sunnah Rasu­lul­lah SAW. Lantaran itu mereka kelihatan janggal pada pan­dangan masyarakat umum bahkan apa yang mereka per­juangkan dianggap terlalu asing.

Golongan ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW ini adalah team kepimpinan Imam Mahdi, yang melalui merekalah agama Islam itu dinaikkan semula oleh Allah SWT ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui Rasul dan Sahabat-Sahabatnya.

Oleh kerana peranan para ikhwan di akhir zaman amatlah besar, tentulah mereka dipimpin oleh bukan calang-calang pemimpin. Pemimpin para ikhwan adalah mujaddid akhir zaman yakni Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi.

Mereka adalah ‘keluarga besar’ kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim adalah ‘ayah’ dan pemimpin para ikhwan, dan mereka pula adalah ‘anak-anak’ kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamimlah yang mengajar, mendidik, me­nga­suh, membentuk, membina dan membangunkan golongan ikhwan ini sehingga keperibadian mereka adalah cermin keperibadian para Sahabat r.a. pada zaman dahulu. Mereka sangat membaiki diri, gigih berjuang dan berkorban, tanpa jemu.

3. Membangunkan jemaah sebagai tapak daulah

Bilamana Putera Bani Tamim mempersiapkan para ikh­wan, maka gelanggang perjuangan juga dipersiapkan. Yakni sebuah jemaah yang di dalamnya mengandungi model kehidupan Islam pada diri individu-individu ikhwan, keluarga mereka dan masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Masyarakat sudah letih mendengar orang bercakap dan bersyarah namun tiada role model untuk dicontohi. Putera Bani Tamim bukan hanya mampu memperkatakan kebenaran, bahkan beliau berjaya menzahirkan kebenaran di dalam jemaahnya.

asoib.jpg

Di dalam jemaah Putera Bani Tamim wujud kedua-dua pembangunan insan dan material. Tamadun insaniah menjadi keutamaan bagi mereka sehingga terhasillah tamadun ma­terial yang indah, selamat dan menyelamatkan kehidupan ma­­nusia.

Mereka benar-benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan, bukan Islam yang terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.

4. Melahirkan sistem hidup Islam

Zahir dalam jemaah itu kebenaran yakni cara hidup Islam yang syumul, lengkap dan global. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem per­tanian Islam dan lain-lain sistem hidup Islam yang indah, sela­mat dan menyelamatkan. Semua itu berlandaskan syariat Islam dan berteraskan iman.

complete-way-of-life.jpg

Jemaah kebenaran tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan sahaja mampu menaungi pengikutnya, tetapi mampu menjadi tempat ber­san­dar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam.

Sistem hidup Islam dalam pelbagai aspek yang diterajui Putera Bani Tamim mampu menjadi alternatif kepada sistem hidup dunia yang sangat rosak dan merosakkan di waktu ini, sangat berlawanan dengan nafsu jahat manusia akhir zaman yang terlalu cintakan dunia dan melupakan Akhirat, sistem Tuhan akhirnya menewaskan dan memenangi peperangan antara sistem yang hak dan sistem yang batil.

5. Membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah

Perjuangan team Putera Bani Tamim akan memperolehi kejayaan. Melihat role model yang dibawa oleh Putera Bani Tamim di dalam jemaahnya, masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. Continue reading