Untaian Hikmah Syaikh Ashaari Muhammad At Tamimi

..Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada


..Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan tidak mengorbankan yang wajib. Beginilah disiplin harian umat Islam kalau kita ingin memperkatakan disiplin. Continue reading

Advertisements

IKHWAN Travel & Tour : Bermusafir Menghayati Kebesaran Tuhan

please visit : www.myislamictours.com

Mengembara atau bermusafir merupakan tradisi orang-orang soleh. Ianya merupakan antara cara untuk mendidik akal, roh dan nafsu seseorang insan. Akal, roh dan nafsu yang terdidik akan melahirkan manusia yang berperibadi Agong. Kami menyediakan berbagai perkhidmatan berkaitan pelancongan dan pengembaran yang mengutamakan syariat bagi mendapat rahmat dan pengampunanNYA.

Oleh itu mengembaralah bersama kami untuk menghayati Kebesaran TUHAN.

Pix courtesy of Heliconia’s Flickr

Pengerusi Eksekutif

Pelancongan Menurut Islam

Sekiranya kita ke pejabat Imigresen kita akan lihat ramai yang berurusan untuk dapatkan paspot antarabangsa ialah orang bukan Islam. Secara mudah kita berfikir bahawa orang Islam tak banyak duit berbanding orang bukan islam untuk melakukan pengembaraan ke luar negara.

Soalnya ialah mengapa orang Islam sudah hilang keupayaan yang pernah dimiliki iaitu menjadi umat yang dapat bertebaran diseluruh muka bumi Tuhan, membawa Islam dan menjadikan bumi ini kampung halaman mereka untuk mereka dapat hidup dan mati dimana mereka suka.

Ya, umat Islamkan pernah dapat melakukan pengembaraan ke mana-mana dan dibanggakan serta digeruni oleh kawan dan lawan.

Marilah kita ulangi kembali gaya hidup ini untuk kita menjadi bangsa yang berwibawa. Sekali lagi kita kuasai bumi ini dengan menjadikan Tuhan sebagai matlamat dan agamanya sebagai cara dan tujuan pelancongan. Sesungguhnya Tuhan pasti akan memberi kerjasama dan pertolongan yang secukupnya bilamana kita mahu menjadikan Dia sebagai cita-cita kita.Tuhan yang dilupakan, walhal Dia sangat mampu untuk mengubah kita dari zaman yang gelap gelita dan tersiksa kepada zaman cahaya yang penuh bahagia. Ruginya kalau Tuhan terus dilupakan dalam mengisi program perjalanan hidup ini, walhal Dia itu cukup kaya.

Jomlah kita melancong kebumi Tuhan bersama Tuhan, masakan kita tidak dilayan. Sedangkan Tuhan adalah Zat yang berjanji untuk mengembalikan semua yang hilang kepada umat Islam.

Amin. Amin. Amin. Ya Tuhan.

Sekian.

Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

Allah SWT Zat Yang Maha Agung, seluruh makhluk adalah di dalam genggamanNya. Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu dengan berkata: “Jadi”, maka jadilah perkara itu.

Kita tentu amat gembira andainya dimaklumkan bahawa sebuah gunung di negara kita akan bertukar menjadi gunung emas. Rasa gembira dan senang hati itu kerana kita adalah rakyat negara ini. Selain adanya rasa kekitaan, tentunya kita turut menaruh harapan bakal memperolehi manfaat bersama dari hasil emas yang sebesar gunung itu.

Kalau demikian tentulah kita akan merasai lebih lebih lagi gembira apabila diberitahu bahawa sesuatu yang lebih besar nilainya berbanding gunung emas bakal terjadi di negara kita ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah Malaysia bakal menjadi tapak kegemilangan Islam menuju zaman ummah kedua di akhir zaman ini. Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah Islamiyah. Tentulah sepatutnya lebih bangga dan gembira apabila ianya termasuk yang diisyaratkan sebagai daulah yang menjadi tapak ummah. Di situ juga munculnya pimpinan Pemuda Bani Tamim yang membawa laluan menuju ummah kedua. Dari situlah bermulanya keagungan Islam hingga ke alam sejagat. Inilah yang telah dijanjikan atau diisyaratkan oleh Rasulullah SAW.

Rujuk kembali kepada Hadis sebelum ini; Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Biarpun Hadis Rasulullah SAW itu tidak menyebut secara nyata atau khusus ditujukan Timur itu maksudnya Malaysia, namun tanda-tanda dan ciri-cirinya sangat jelas. Apa yang pasti, Timur itu bukan Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan seumpamanya. Timur itu mestilah negara Islam yang subur keIslamannya.

Tidak perlu diletakkan di dalam ‘long-list’ mengenai ciri-ciri keIslaman Malaysia sebagai Timur yang dimaksudkan itu. Cukuplah dirangkumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling subur dan syumul pengamalan Islam. Dari keseluruhan aspek ajaran Islam itu yang lebih penting dilihat ialah dari sudut pembinaan roh Islam dalam diri penganutnya, ibadahnya, akhlaknya, pengamalan syariatnya, perkembangan dakwahnya, pendidikannya, kasih sayang dan perpaduan, lemah lembut, mudah mesra dan kesederhanaan.

Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah sebagai tapak tertegaknya ummah. Daulah itu dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim, dan masanya ialah di awal kurun. Oleh itu tidak perlu mengelilingi merata ceruk rantau dan pelosok dunia. Fokuskan sahaja ke Malaysia untuk sama-sama menyumbang dan memberi ketaatan kepada Pemuda Bani Tamim

Sebenarnya tidak sukar hendak meyakini bahawa Malaysialah yang dimaksudkan sebagai panji-panji hitam yang datang dari sebelah Timur. Biarpun terdapat berbagai-bagai pandangan lain mengenai Timur itu, tetapi tiada siapa yang hendak menyanggahnya atau menyetujuinya. Kerana dalam keadaan belum berlaku, siapa pun bebas memberi pendapat dan tidak pula salah. Pokok pangkalnya ini adalah perkara yang tidak perlu menjadi pertikaian.

Sebahagian umat Islam termasuk para ulama, sangat sukar hendak menerimanya. Sebahagian lagi mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebahagiannya pula dengan syukur, senang hati, berlapang dada, berfikiran terbuka lantas meyakininya iaitu melalui maklumat dari berita ghaib atau isyarat kerohanian. Berdasarkan berita ghaib, Timur yang dimaksudkan oleh Hadis itu adalah Malaysia dan Pemuda Bani Tamim itu juga berada di Malaysia. Dan masanya juga sudah sangat hampir tiba umpama orang mengandung menunggu hari melahirkan

Bagi umat Islam, khususnya di rantau nusantara, ini sepatutnya menjadi busyro atau berita gembira yang sangat disyukuri. Dan mengambil langkah positif menjadikan membaiki diri untuk mempertingkatkan taqwa sebagai agenda utama. Busyro kerana Allah SWT mungkin memilih Malaysia sebagai tempatnya dan Melayu adalah bangsanya.

Satu perkara lagi yang agak sukar untuk meyakinkan umat Islam ialah kerana tidak dapat dihadirkan hujah konkrit iaitu memakai sikap musuh-musuh Islam. Sedangkan usaha untuk ‘mencekik’ Malaysia dan Indonesia (Nusantara) melibatkan gerakan antarabangsa. Tidak dapat tanduk telinga dipulas, mereka mencari jalan hendak menyekat perkembangan Islam di rantau ini. Mereka telah lama tahu bahawa inilah rantaunya yang bakal menjadi tapak untuk membangunkan ummah. Sebab itu gerakan mengKristiankan Indonesia telah bermula semenjak lama dulu. Anehnya hanya umat Islam saja yang masih lena dan sering bertelagah sesama sendiri. Malah para pemimpin dan ulama Islam pun kelihatan seolah-olah turut berperanan menjadi alat kepada musuh dan turut menyumbang kepada menyekat perkembangan Islam.

Ingatlah, janji Allah SWT pasti terjadi.

Sekilas : Gelombang Dakwah Abuya Ashaari Muhammad

Angin dakwah yang dihembuskan Abuya Ashaari Muhammad telah mula bertiup di Nusantara ini pada tahun 1970-an yang lalu, ketika mula ditubuhkannya jemaah Darul Arqam yang fenomenal itu. Di peringkat awal angin tersebut mula-mula berhembus, ramai orang yang takut. Ramai orang yang bimbang. Ramai orang yang tidak senang. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Berbagai cemuhan, tohmahan dan kata-nista dihalakan kepada dakwah dan orang-orang yang terlibat dengan dakwah. Tuduhan dakwah songsang, buang dunia, balik ke zaman unta, ajaran baru dan bermacammacam lagi tuduhan dilemparkan. Dakwah diperkecil-kecilkan dan dihina.

—- Dakwah Abuya Ashaari Muhammad di peringkat awal bersama Darul Arqam ( dengan ciri fisik yang menonjol adalah berjubah dan berserban ) – mampu menembus semua bangsa dan lapisan masyarakat, dakwah yang berkesan adalah dari hati ke hati dan dengan akhlak mulia serta kasih sayang. Abuya Ashaari Muhammad telah berjaya meletakkan kembali asas-asas kehidupan Islam ( iman, ukhuwah, keselarasan dan kesefahaman ) dalam jemaahnya dan juga menghidupkan sunnah Nabi yang telah ditinggalkan dengan cantik dan indah —-

Masyarakat ditakutkan dengan dakwah. Masyarakat disarankan supaya menjauhi dakwah. Kononnya dakwah itu suatu gejala yang tidak sihat dan berbahaya. Kononnya dakwah itu akan membuatkan orang lupa dunia, anti kemajuan, malas belajar, malas bekerja, malas berusaha, tak bertanggungjawab dan serba-serbinya lagi yang negatif.

Kemudian angin dakwah yang berhembus lembut itu telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara
. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama di kalangan muda-mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka, yang cergas akal fikiran mereka dan yang masih hidup jiwa mereka.

Orang yang dulunya takut bertambah takut. Orang yang dulunya bimbang bertambah bimbang. Orang yang dulunya tidak senang bertambah resah dan gelisah. Penentangan terhadap dakwah diperhebatkan. Tidak cukup dengan cemuhan, tohmahan, kata nista dan berbagai tuduhan yang lain, tentangan ini ditambah pula dengan sekatan-sekatan. Untuk bercakap pasal agama, tauliah disyaratkan. Tidak ada tauliah tak boleh bercakap hal agama. Kalau hendak guna masjid, mesti mendapat kebenaran. Suratkhabar meningkatkan perang saraf menentang dakwah. Setiap hari ada sahaja berita, isu atau komentar yang mencemuh dan memperkecilkan dakwah atau setidak-tidaknya yang mengelirukan masyarakat tentang dakwah.

Ombak dakwah terus juga berkembang. Makin hari makin tinggi ombaknya. Makin hari makin kerap datangnya. Nyata, segala bentuk penentangan sebelum ini tidak berkesan. Senjata yang digunakan untuk menentang dakwah selama ini tidak cukup tajam. Tidak cukup ampuh. Akhirnya ulama digunakan. Bermulalah berbagai-bagai kajian. Bermulalah berbagaibagai siasatan dan penyelidikan. Ini disusuli pula dengan seminar-seminar. Dengan ijtimak-ijtimak dan persidanganpersidangan. Akhirnya keluarlah fatwa sesat. Sesat dan boleh menyesatkan. Bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan boleh mengelirukan masyarakat.

— berjuang di atas platform tarikat sufi yang bercorak progresif dan membangun serta keyakinan terhadap kebangkitan Islam dari Timur dan imam Mahdi menjadikan Abuya dan Arqam dihalang oleh konspirasi politik yang maha kotor —

Maka banyaklah kumpulan dan jemaah yang dituduh sesat. Senarainya sampai berpuluh-puluh. Ada yang kata lima puluh. Ada yang kata empat puluh. Ada yang kata enam puluh. Di antara kumpulan dan jemaah yang dituduh sesat itu memang ada yang jelas sangat penyelewengannya terutama di segi aqidah yang kita tidak dibenarkan bermazhab. Tetapi ada juga kumpulan yang dituduh sesat dan menyesatkan dengan sebab dan alasan yang sangat lemah seolah-olah ada sebab-sebab lain yang tersembunyi kenapa mereka itu perlu di hukum sesat. Perbezaan di dalam hal feqah dan tasauf pun diungkit-ungkit dan diperbesarkan walhal Islam membenarkan bermazhab dalam perkara-perkara tersebut malahan ia adalah rahmat. Apabila diminta penjelasan sama ada ahli-ahlikumpulan atau jemaah seperti ini boleh dianggap sebagai murtad atau kafir, tidak ada pula ulama yang rasmi yang berani mengeluarkan hukum. Sesat macam mana mereka ini, tidak ada sesiapa yang mahu memberi komen atau penjelasan. Masyarakat keliru.

— Pada Abuya Ashaari Muhammad, Islam adalah cara hidup dan berjemaah adalah sunnah terbesar Rasulullah SAW. Di dalam sekatan dan halangan Abuya Ashaari Muhammad dengan Rufaqa justeru berjaya meluaskan dakwahnya ke peringkat dunia dengan 700 rangkaian dakwah di seluruh dunia hingga akhirnya dihalang kembali keberadaannya —

Tapi, jangankan dakwah itu tergugat. Selepas dituduh sesat, ombak dakwah tadi telah bertukar menjadi gelombang yang tidak lagi boleh dibendung atau ditahan-tahan. Sesiapa sahaja yang menentang dakwah akan tenggelam. Mereka akan dibenci masyarakat. Kadang-kadang, belum pun sempat masyarakat bertindak, yang menentang terpaksa berkonfrantasi dengan anak dan kaum kerabatnya sendiri yang sudah mula jatuh cinta dengan Islam

Selepas ini apa akan berlaku? Sudah terhentikah penentangan ini? Tidak. Penentangan ini akan berterusan. Hanya bentuknya sahaja yang akan berubah. Cara lama akan ditinggalkan. Cara baru akan digunakan. Semuanya akan berbentuk covert dan subvert. Rupa dan tangan penentang tidak akan kelihatan lagi. Suaranya juga tidak akan kedengaran lagi. Tidak akan ada lagi konfrantasi depan berdepan. Semuanya akan lebih halus.

— Kini bersama Global Ikhwan, Abuya Ashaari Muhammad semakin mendunia. Cukup sebagai bukti bagi kita bahwa method dakhwah yang dibuat oleh Abuya Ashaari Muhammad mampu bertahan dan semakin berkembang menzahirkan sistem hidup Islam di semua peringkat, sekaligus membuktikan kemampuan beliau dalam memimpin dan mentadbir dengan Islam — 

Semua ini akan berterusan sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Akan sampai satu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa membuat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah.

Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Siapa yang menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.

Al Hadis : Akan senantiasa ada dikalangan umatku satu THOIFAH yang menzahirkan kebenaran, tidak akan dapat dimudharatkan oleh musuh-musuhnya hingga datang ketentuan Allah –

FIGUR : Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi – Pejuang Kasih Sayang

Foto kenangan semasa Abuya berdakwah di Yunan

Links : Testimoni Abuya, Global Ikhwan, Video Klip Mawaddah

Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?

Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Ada era kasih sayang yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’.

Selepas peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita. Maka pada tahun 2003, Abuya mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas. Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema ‘Cintai Tuhan Cintai Sesama’.

Mawaddah dalam sebuah konser di Paris Perancis

Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England dan Jerman selain Perancis. Di setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.

Hal ini turut membuatkan tercengang-cengangnya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah di majlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang. Sedangkan dari Abuya, dakwah itu dinasyidkan oleh wanita-wanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang.

Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah memalukan dan menakutkan. Bangkok sudah buntu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’. Wakil duta Amerika di Bangkok diundang hadir.

Selesai program, Mawaddah dan Rufaqa’ Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting Abuya di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah di selatan Thai.

Inilah pejuang-pejuang hasil didikan Abuya — membawa Islam Kasih Sayang

Di Australia, Abuya berjaya meyakinkan John Howard, Perdana Menteri Australia bahawa Islam yang dibawanya tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang, kata Abuya. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.

Mawaddah bersama John Howard

Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagaibagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.

Alhasil terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah sistem hidup, dibangunkan oleh jemaah Abuya yang di dalamnya sangat penuh dengan kasih sayang. Mastermindnya adalah Abuya. Dasar dan kaedahnya Abuya jugalah yang dapatkan. Hatta perlaksanaannya pun Abuya yang ajarkan kepada pejuang-pejuangnya. Maka jadilah Abuya tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang muncul di kurun ini.

GLOBAL IKHWAN pour les Francais : Prèparer pour la RENAISSANCE d’ISLAM à l’ést

C’est un écrit du blog en francais de mon amie, elle est une étudiante d’Abuya

http://aimedieu.wordpress.com

adoa.JPG

– MERCI MON DIEU

merci mon Dieu, o merci mon Dieu

qui me donnes toujours beaucoup de bienfaits

et me permets de Te rencontrer, Le Misericordieux et Le Bienfaisant

pour parler avec Toi, Mon Dieu..

Tu me permets de Te demander

de T’adorer avec tout mon coeur

implorant demandant à Toi Ya Rabbi…

mais j’ai peur quand je suis devant Toi

je suis pas en bon compertement

je commence à douter

si je ne suis pas sincere en adoration

ce n’est pas le bienfaits que j’obtiens de Toi

mais c’est Ta colère que je récolte

Ya Rabbal ‘Alamin…

pardonnes-moi s’il Te plaît

———————

l’unique person : Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi

ce film suivant est sur l’opinion pour Abuya :

Ash Shaykh Al Ustadh Ashaari Ibn Muhammad est un écrivain prolifique. Depuis 1977, il a écrit plus de 70 livres – plus de 6 livres sur la poésie et des citations, des centaines de milliers de prose, plus de 5 titres sur des exposés généraux sur la série et trente livres sur l’islam allant de la philosophie «restitutions» et la résolution de problèmes dans la société islamique. C’est vraiment stupéfiant si l’on considère ses autres activités. C’est un Cheikh [chef religieux] étude d’un groupe islamique basé en Malaisie, mais avec des étudiants [Mureed] de tous les coins du monde.

Il conseille et dirige ses élèves – lui demandant de voyager à travers le monde, et dans le processus de rencontrer des personnalités de renom musulmans du monde entier – spirituel et chef religieux, les universitaires, les dirigeants politiques, les dirigeants de la société, hommes d’affaires, des intellectuels musulmans et autres. Il s’agit d’un quasi-processus sans fin. Il enseigne aux étudiants à temps partiel et les étudiants à temps plein sur tous les braches de la connaissance islamique, la quasi non-stop.

Et entre ces pénibles et les activités sont diversifiées, il parvient à produire en moyenne deux livres par an. Ses livres, si nous prenons soin de lire sont sains, franche, pratique et méthodique approches à la compréhension islam en totalité et sa pureté à l’application de principes islamiques en vue de la formation d’idéal et de la nation islamique de la société s’appuie sur deux sources, et les Al Qur’an Et à la Tradition Prophétique.

Si nous suivons ses écrits, et sans préjudice de malveillance, nous en viendront à apprécier son simpliste encore dans la compréhension des méthodes pratiques et d’élaborer des méthodes visant à abolir le problème rencontré par Oummah islamique [communautaire] et de l’humanité dans son ensemble.

Surtout, le livre dépeint le sentiment, pense, la mentalité et la caractérisation de Ash Shaykh Al Ustadh Ashaari Ibn Muhammad et se sont manifestés dans les activités de ses étudiants vers la réalisation des résurgences islamique en Malaisie et dans le monde.