UPGRADING RAMADHAN…

ramadan_kareem.jpg

BAGAIMANA MEMBAIKI DIRI DI BULAN RAMADHAN ?
Bulan Ramadan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran. 
Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat. 
Bulan diampunkan dosa. 
Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan. 
Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar. 
Yang mana siapa yang dapat beribadah tepat pada malam Lailatul Qadar seolah-olah dipanjangkan  umur. Seolah-olah mereka pernah beribadah selama lebih 1000 bulan, yakni lebih dari 83 tahun. Inilah antara Rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa atau yang bercita-cita menjadi orang  bertaqwa. Ini satu anugerah Tuhan. 
Ini menunjukkan bulan Ramadan adalah raja segala bulan. Pada bulan ini, Tuhan menyuruh kita berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malamnya. Oleh kerana Tuhan hendak memberi pahala yang besar, terutama yang mendapatkan Lailatul Qadar, ini mesti ada rahsia dari Tuhan, mengapa Tuhan pilih bulan Ramadan, mengapa begitu besar pahalanya di sisi Tuhan. Ini tak berlaku di bulan-bulan lain. Lebih-lebih lagi dosa-dosa kita semua diampunkan. 
Kejadian Manusia
Kalau kita hendak bercerita mengenai hal ini, ia ada hubungan dengan kejadian manusia itu sendiri. Mungkin kebanyakkan orang tidak mengetahui yang manusia itu kejadiannya terdiri daripada 4 unsur. Iaitu:- 
  1. jasad lahiriah 
  2. akal 
  3. roh 
  4. nafsu. 
  • Peranan jasad hanya bertindak, berbuat, melaksana. 
  • Peranan akal menerima ilmu, menerima maklumat. Samada maklumat itu betul atau tidak, memberi manfaat atau tidak, dia hanya mengumpulkan saja maklumat itu. 
  • Peranan nafsu merangsang dan berkehendak. Saya ulang lagi, peranan nafsu merangsang dan berkehendak. Kehendak samada yang baik atau yang buruk, halal atau haram, positif ataupun negatif.. 
  • Peranan hati hanya semata2 merasa. Rasa2 itulah yang datang dari akal, dari fizikal, dan yang datang dari tindakan nafsu. Hati atau Roh ini umpama raja di dalam diri manusia. 
Jadi kalau nafsu, akal dan fizikal baik, dia akan membangunkan jiwa2 yang baik. 
Kalau nafsu, akal dan jasad jahat maka roh atau hati yang merupakan raja dalam diri dia akan jahat, 
Kalau roh baik, maka baiklah hati.

SILAKAN MEMBACA ARTIKEL SELENGKAPNYA DI SINI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s