Nabi Ibrahim dan Ismail – bukti cinta hamba kepada Tuhan-nya

aidil-adha

Berikut satu petikan kisah patriotik Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail yang diabadikan di dalam Al Qur’an. Semoga dapat menjadi motivasi kepada kita sehingga mampu berkorban apa saja untuk Allah swt :

———————————————————————————————————————————————–

Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, lalu Allah s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya, dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu.

Ini merupakan ujian yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu. ( QS 37:102 )

Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:

Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar. ( QS 37:102 )

Dikatakan kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). ( QS 37:103 )

Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan perintah Allah dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah SWT telah menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui Malaikat. Sebagaimana firman Allah SWT, yang bermaksud:

Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. ( QS 37:104-111 )

Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t lalu Allah Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Advertisements

3 comments on “Nabi Ibrahim dan Ismail – bukti cinta hamba kepada Tuhan-nya

  1. Ass. Saya mau nanya nih. Apakah semua nabi2 melakukan ibadah haji spt Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa dll, apakah mereka pergi ke Kabaah di Mekah. Apakah ibadah haji dibebankan kepada mereka.

  2. Waalaikumsalam,

    TQ Heliconia 4 d tazkirah, insyaAllah, ameen.

    Ranadala, maaf saya tidak sebegitu arif, anda boleh bertanya kepada pakar sejarah Islam. Namun apa yg saya tahu, Ka’bah sudah ada sejak nabi Adam lagi, ia merupakan tempat peribadatan kepada Tuhan. Tentu saja dari nabi/rasul ke nabi/rasul berikutnya ada syariat yang berbeda2 dalam kehidupan dan beribadah, dan disempurnakan oleh Rasulullah SAW sebagai nabi dan Rasul terakhir, namun hakikatnya semua adalah agama2 samawi. Jadi ka’bah yang ada sekarang ini sudah menjadi Baitullah / “rumah Allah” sejak nabi Adam lagi, sudah menjadi tempat peribadatan kepada Allah sejak dulu lagi. Allahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s