Untaian Hikmah Syaikh Ashaari Muhammad At Tamimi

..Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada


..Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir. Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat. Ubahsuailah dengan suasana dengan tidak mengorbankan yang wajib. Beginilah disiplin harian umat Islam kalau kita ingin memperkatakan disiplin.


..Bulan Ramadhan adalah bulan pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa. Ramadhan bukan pesta lahiriah atau pesta syariat, rohnya tidak ada.


..Kalaulah ibadah sembahyang, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, zikir boleh datang riyak, ujub, kibir (sombong), sum’ah, megah, yang boleh membatalkan pahalanya, tentu lebih susah lagi menghindarkan mazmumah-mazmumah tadi kalau kita miliki kereta besar dan mewah, rumah besar, pangkat besar, duit banyak, kuasa besar, pengikut yang banyak.


..Kejayaan puasa itu diukur setakat mana nafsu dapat dikembalikan kepada fitrah semulajadinya yang suci murni. Pantang larang puasa itu hanyalah untuk mengekang dan menyakitkan nafsu supaya ia terdidik. Yang menghijab kita dengan Tuhan ialah nafsu, kita ikut kehendaknya yang akhirnya kita mengangkatnya menjadi Tuhan


..Orang yang ego atau sombong dengan tujuan hendak jaga wibawa, padahal dia telah menjatuhkan wibawa diri, menjadikan orang bertambah benci dan menjauhkan diri.


..Hari ini tidak malu sudah menjadi budaya. Siapa malu dianggap kolot. Mencari kekayaan tidak kira halal haram. Siapa menjaga syariat dianggap ketinggalan zaman. Hari ini makan gaji dianggap mulia. Siapa kerja sendiri dianggap hina. Setidak-tidaknya dianggap tidak ada status walaupun pendapatannya lebih lumayan daripada makan gaji. Seseorang itu kalau ada kelulusan tinggi tidak mahu makan gaji dianggap bodoh atau rugi padahal manusia yang kaya di dunia ini bukan orang makan gaji, tapi kerja sendiri.


..Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, tiang nampak di luar bersih dan berkilat, di dalam penuh dengan bubuk dan ulat.


..Takutkan Tuhan atau cinta pada-Nya boleh melembutkan hati. Lembutnya hati, mazmumah boleh mati. Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya, hati buta atau mati. Bila hati buta atau mati, nafsulah yang akan menjadi raja di dalam diri.


..Janganlah kita berbangga kalau kita boleh tundukkan manusia dengan kuasa dan senjata serta ugutan penjara sedangkan jiwa mereka tidak dapat ditundukkan. Ia biasa berlaku di dalam sejarah kepada penguasa-penguasa dan penjajah dunia, bukanlah perkara luarbiasa, tapi yang luarbiasa itu orang ramai boleh tunduk pada seseorang itu kerana wibawa dan akhlaknya, sekalipun tidak ada kuasa dan tentera di tangannya.

Silakan baca selengkapnya di sini : IKHWANTODAY.COM

Advertisements

6 comments on “Untaian Hikmah Syaikh Ashaari Muhammad At Tamimi

  1. Apa huraian anta/anti terhadap codename “Al-Fata At-Tamimi”? Pada mulanya dimasyhurkan istilah “pemuda” dan mutaakhirin ini dimasyhurkan pula “putera” apabila melihat usia yang melewati 60-an.

  2. Haq, terimakasih perhatian anda,

    ‘Fata’ dalam bahasa Arab bermakna ‘Putera’. Kalau pemuda dalam bahasa Arab di sebut ‘Syabaab’.

    Huraian singkatnya sebelum munculnya Al Mahdi, akan ada seorang Putera Mahkota yang menjalankan pemerintahannya.

    Pemuda, merupakan terjemah secara mudah dalam Bahasa Melayu. Menunjukkan semangat Pemuda dan sentiasa muda dalam jiwa pejuang2 kebenaran. Dan di sebalik itu tentu ada strategi bagi pihak kebenaran. Bagi yang memiliki mata hati yang tajam, insyaAllah boleh mengikuti hal ini.

  3. haq, satu lg yg menggambar Abuya itu pemuda, menurut doktor yg pernah memeriksa Abuya, sistem badan Abuya seperti seorang pemuda, bukan org tua walaupun usianya lewat 70-an. Doktor itu pun merasa ta’ajub dan hairan…

  4. Subhanallah… walau jasad abuya nampak sudah tua, tetapi semangatnya spt pemuda… semoga kita dpt menjejaki ruhnya…

  5. Haq, jika anda ingin tahu betul tentang kebenaran, kajilah jemaah Abuya, hayati perjuangannya. Saya rasa sudah banyak kali Abuya memberikan hujah2 samada dalam bentuk buku2 mahupun bentuk lain, malah bukti2 itu bukan sahaja bukti tertulis, namun bukti2 hidup iaitu orang2 dan ulama2 tarikat dari berbagai tempat dunia datang pada Abuya dengan cara yang Ajaib sebagai bukti kebenaran yang dibawa Abuya.

    Anda duduk di Malaysia. Saya sedikit memberi saran. Perkara sebegini tidak cukup hanya dengan kajian, bertukar dalil, dst. Pada saya ianya lebih kepada sejauh mana kita melihat realita, mengikuti dan menghayati perkembangan jemaah beliau dari DEKAT. InsyaAllah.

    http://puterabanitamim.blogspot.com
    http://heliconia.wordpress.com/2008/07/16/al-fata-at-tamimi-who-is-he
    http://heliconia.wordpress.com/2008/07/20/kunjungan-baiat-syeikh-dari-afrika
    http://heliconia.wordpress.com/2008/07/01/siapa-membantunya-akan-dibantu-yang-menghinanya-akan-dihina
    http://heliconia.wordpress.com/2008/07/14/ii-siapa-membantunya-akan-dibantu-yang-menghinanya-akan-dihina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s