Orang Mukmin Yang Baik Itu Unik

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa

Unik dan berbeda sangat dengan manusia yang lain

Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang

Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan

Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya

Berhadapan dengan ujian dia tenang

Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur

Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah

Walau di dalam keadaan susah dan senang

Bermesra dengan orang

Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya

Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan

Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya

Merendah diri adalah budaya hidupnya

Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya

Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya

Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan

Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya

Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian

Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya

Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya

Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya

Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah

Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya

Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya

Tawakal, sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya

Oleh Abuya Ashaari Muhammad – 19 Ramadhan 1420

Advertisements

6 comments on “Orang Mukmin Yang Baik Itu Unik

  1. memanglah benar, jadi mukmin itu sulit..
    jadi Islam, sebut 2 kalimat syahadat aja dah Islam..
    tapi jadi mukmin perlu ada pembuktian dan pengorbanan..
    jadi Islam belum tentu dibela Allah
    tapi jadi mukmin dah pasti Allah akan membelanya..
    rasa hati orang mukmin sangat kuat dengan Tuhannya..

  2. Benar an, berikut nasihat Abuya mengenai Iman :

    Iman ialah punca tenaga, tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini.
    Iman ialah hartamu yang akan mengkayakan hatimu.
    Iman ialah kekuatanmu yang akan menguatkan jiwamu.
    Iman ialah pendidikan yang akan menjadikan engkau manusia yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi.
    Iman ialah sahabatmu yang karib dan setia yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka.
    Iman ialah pembimbingmu yang akan memandumu kepada kebahagiaan hidup yang kauharap-harapkan.
    Iman ialah penyuluhmu yang terang-benderang yang akan menyelamatkanmu dari kegelapan dan kesesatan.
    Iman ialah pengawalmu yang sentiasa bersedia untuk menjagamu dari serangan musuh lahir dan batin.
    Iman ialah pemeliharamu, yang akan menghalangmu dari terpesona dan tertipu dengan hasutan dan bujukan nafsu dan syaitan.
    Iman ialah pendorongmu yang akan mengarahkanmu supaya sentiasa berjuang di atas landasan yang dibenarkan oleh Tuhan.
    Iman ialah tenaga penggerak yang tidak akan membenarkan engkau berpeluk tubuh melihat maksiat dan kederhakaan pada Tuhan.

    Kalau engkau memiliki iman, engkau sesungguhnya telah menguasai segala-galanya.
    Sebaliknya kalau engkau ketiadaan iman, maka engkau telah kehilangan segala-galanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s