(i) Fata At Tamimi – Antara TIMUR Nusantara dan Khurasan ?

LINK : Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

Satu lagi kontroversi yang muncul mengenai dari sebelah Timur manakah Fata At Tamimi itu muncul, maka di sini secara ringkas penjelasannya. Namun pada saya meyakini bahwa Timur yang dimaksudkan di dalam hadis adalah Timur jauh yang meliputi Nusantara (kepulauan Melayu).

Untuk menelusuri dimanakah Timur yang dimaksudkan tersebut tersebut, mari kita teliti sekali lagi hadis-hadis yang menyebut tempat kezahiran dan berkuasanya Pemuda Bani Tamim.

1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya: Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah AL MAHDI” (Sunan Ibn Majah)

2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah TIMUR, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah TIMUR dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Ketiga-tiga hadis ini menyebut TIMUR secara umum. Ada yang sebahagian orang berpendapat TIMUR itu adalah Khurasan.

TIMUR YANG DIMAKSUD BUKAN KHURASAN

Terdapat hadis yang membezakan antara TIMUR tempat kezahiran Pemuda Bani Tamim dengan Khurasan (yang juga terletak di Timur ketika Rasulullah mengucapkan hadis tersebut di Makkah/Madinah-Timur Tengah).

Hadis tersebut bermaksud:

1. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim, dari Tsauban r.a, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah diterima di wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah, iaitu Al Mahdi.”

Ertinya bagi umat Islam, apabila telah mendapat tahu bahawa Pemuda Bani Tamim dan pasukannya telah diterima di Khurasan, hendaklah mencari dan mendatangi mereka, sekalipun dalam keadaaan yang amat payah seolah-olah merangkak di atas salji.

2. Di dalam riwayat yang lain yang tersebut di dalam kitab “As’afur Raghibin” bermaksud:

Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, berserulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi, khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan merasakan kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbaiah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sejumlah pasukan Badar (Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian wali Abdal dari Syam mendatanginya (al Mahdi), dikuti oleh wali Nujabak dari Mesir dan golongan asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus tentera dari Khurasan dengan panji-panji hitam kepadanya dan menuju ke Syam. Dan Allah mengirimkan kepadanya 3,000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya.”

Melalui isyarat dari hadis di atas, jelas bahawa Pemuda Bani Tamim itulah yang akan merintis jalan sebelum Al Mahdi zahir. Di antaranya membawa Islam dari TIMUR menuju Khurasan. Pemuda Bani Tamim jugalah yang membuka kembali Islam di Khurasan di akhir zaman ini. Dan mereka (Khurasan) menerima kepemimpinan Pemuda Bani Tamim.

Walaupun Khurasan telah dihapuskan dari peta dunia, namun “jadual Allah” yang tertulis di luh mahfuz pasti tidak dapat dipadamkan. Allah pasti menepati janjinya bahawa di bumi Khurasan ini akan muncul Asoib, iaitu orang-orang soleh yang sangat menjunjung tinggi Sunnah Rasulullah SAW. Di sini juga akan muncul al Haris Harras, yang berbaiah kepada Al Mansur (pemuda Bani Tamim).

Perkara ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis, tersebut di dalam kitab “Aqdud durar fi akhbaril muntazar”. Dari Ali r.a dia berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Akan keluar seorang lelaki dari negara belakang sungai (Maa waraa Un Nahar- Khurasan) yang dikenal denganAl Haris Harras yang di hadapannya seorang lelaki yang bergelar Al Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan urusan atau membela keluarga Rasulullah SAW sebagaimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang mukmin menolongnya, atau beliau bersabda: “Wajib orang mukmin menerimanya.” (Riwayat Imam Abu Daud, Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasai, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan As syeikh Muhammad Al Hussein)

TIMUR dan KHURASAN jelas berbeza. Dan mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan?

Advertisements

5 comments on “(i) Fata At Tamimi – Antara TIMUR Nusantara dan Khurasan ?

  1. kebangkitan Islam di akhir zaman diibaratkan satu anggota badan. Timur adalah nadinya, sementara Khurasan adalah tulang belakangnya. Timur adalah leader, pencetus dan pendorong kepada kemaraan ini, sedangkan Khurasan pula penyokong dan pembantu utama kepada Timur. Kedua-duanya akan bergabung seperti bergabungnya nadi dan tulang belakang. Kemudian barulah tubuh Islam itu kuat dan lebih aktif bergerak.

  2. Benar sekali umniyah, sebuah perumpamaan yang bagus.

    Apabila kita lihat, apa yang diusahakan oleh musuh2 Islam yang berlaku di dunia ini adalah untuk menghalang kebangkitan Islam, menghalang perjuangan Fata At Tamimi, kerana mereka tahu pada dialah bermula kebangkitan Islam itu.

    Kita dapat lihat yang berlaku hari ini usaha2 mereka menghancurkan dan menguasai tempat2 yang mereka yakini sebagai wilayah Khurasan, mereka pun telah menyiapkan beberapa pangkalan2 militer di berbagai tempat.

    Di sisi lain perjuangan Fata At Tamimi telahpun Tuhan janjikan tidak dapat dimudharatkan oleh musuh2nya hinggalah datang ketentuan Allah ( kemenangan yang dijanjikan )

  3. asssalamu alaikum..
    thkah anda mengpa disbt Rasul syuaib bin saleh?itu krn pemuda tersbt mengalami(protek)ujian yg serupa dialami oleh nabi Syuaib as sbg bentuk didikan dan proteksi dari dunia dan proses didikan iman langsung dari ALLAH SWT.baik dgn diberi penyakit dan kesusahan yg amat luarbiasa dan akan dibersihkan sbgmn RASUL dan IMAM MAHDI dalam satu malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s