Diantara Ketakutan Barat kpd Al Mahdi (Muhammad bin Abdullah ke-2)

im

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

————————————————————————-

Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam) iaitu Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

1. Montgomery Watt (seorang orientalis Inggeris) menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:

profwatt

“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit semula dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Baca : CALIPH AL MAHDI

Taraf Presiden atau Perdana Menteri yang demikian itu hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

2. Ben Gurion ( Bekas Perdana Menteri Israel ) pernah dilaporkan berkata,

ben_gurion_05

“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”

Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW.

Baca : ( I) Kelebihan Al Mahdi – Muhammad bin Abdullah ke 2 , (II) Kelebihan Al Mahdi – Muhammad bin Abdullah ke 2 , FIGUR : Sayyid MUHAMMAD bin ABDULLAH As Suhaimi

Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi. Jelaslah bahawa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.

Baca : Sebab adanya ulama yang menolak kedatangan Penyelamat itu

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

 

 

 

3. Michel de Nostredame atau Nostradamus,

Antara kenyataanya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian-Eropah.
Kenyataan beliau bahawa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah seperti berikut:

In the year 1999 and seven months from the sky will come the great King of Terror.
He will bring back to life the King of the Mongols;
Before and after, war reigns.

nostradamus2

Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur, bukan di negara Arab atau di sebelah Barat :

From the three water signs (seas) will be born a man who will celebrate Thursday as his feast day.
His renown, praise, reign, and power will grow on land and sea, bringing trouble to the East.

Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.

One who the infernal gods of Hannibal will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nor the newspapers tell of worse in the past,
then will come to the Romans through Babel (Iraq).

Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan oleh seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.

This king will enter Europe wearing a blue turban,
he is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again.
He will be the terror of mankind.
Never more horror.
Continue reading

Umat Islam Perlu Mujaddid Untuk Menghadapi Israel

Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?

Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi.

aqsa

Baca : MUJADDID, Pemimpin Kebenaran Pewaris Rasul : Khazanah Yang Sudah Lama Dilupakan Umat Islam

Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja. Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal  mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka.

Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola.

 

Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekaligus hilang kekuatan umat Islam.

Continue reading

Allah SWT adalah modal kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam yang pertama ditangan Rasulullah SAW dan para sahabat, Islam terbangun dengan Allah SWT sebagai Pemodal. Tidak pernah ada sejarah Islam dapat bangkit selain Allah sebagai Pemodal.  Selama ini kita tersalah kalau beranggapan bahwa orang kaya sebagai pemodal.

kafilah2

Hakikatnya, tidak akan terjadi kebangkitan Islam seandainya kita mendapatkan uang dari orang kaya kemudian kita tidak mengatakan bahwa uang itu ialah dari Allah. Justeru itu orang kaya kalau hendak berperan serta dalam kebangkitan Islam, atau ingin selamat dari api neraka, pilihlah untuk membela Islam.

Seperti juga halnya orang bijak dan orang pandai menggunakan kepandaian untuk kebangkitan Islam dan juga orang miskin menggunakan tenaga untuk kebangkitan Islam.

Setiap orang diberikan peluang dan peranannya masing-masing oleh Allah SWT sesuai dengan kemampuannya. Bukan dilihat dari sudut pandang sebagai pemodal atau apa, tetapi kita harus melihat bahwa ini semua untuk menyelamatkan diri dari api neraka.

Pemodalnya tetap Allah, sebab itu Islam bukan terbangun atas nama orang kaya,  orang pandai atau orang bijak, tapi Islam terbangun atas nama Allah, Islam terbangun atas nama Rasulullah SAW sebagai utusan Allah dan pengurus bank Tuhan, anak kunci emas yang diciptakan Allah untuk pengeluaran uang dari Allah untuk modal kebangkitan Islam.

Memintalah pada Allah Pemodal kita, bertawasul dengan Rasulullah sebagai Pengurus Bank Tuhan, jagalah harga diri umat Islam, tak perlu kita berhutang pada musuh, kapitalis dan Yahudi.

———————————————————————————————

Pada suatu hari, saat Madinah sunyi senyap, tiba2 debu yang sangat tebal mulai mendekat dari berbagai penjuru kota hingga nyaris menutupi ufuk. Debu kekuning-kuningan itu mulai mendekati pintu-pintu kota Madinah. Orang-orang menyangka itu badai, tetapi setelah itu mereka tahu bahwa itu adalah kafilah perniagaan yang sangat besar. Jumlahnya 700 unta penuh muatan yang memadati jalanan Madinah. Orang-orang segera keluar untuk melihat pemandangan yang menakjubkan itu, dan mereka bergembira dengan apa yang dibawa oleh kafilah itu berupa kebaikan dan rizki.

Ketika Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RHA mendengar suara kafilah-kafilah itu datang, maka dia bertanya, “Apa yang sedang terjadi di Madinah?” Ada yang menjawab, “Ini kafilah milik Abdurrahman bin Auf yang baru datang dari Syam membawa barang perniagaan miliknya.” Continue reading

Kebangkitan Islam Bersama Cinta dan Akhlak

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka. Mereka serius membersihkan hati mereka melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih.

sufi-way

Kalaulah mereka tidak mengutamakan sifat-sifat terpuji (mahmudah) lebih daripada sifat-sifat terkeji (mazmumah) tentulah mereka bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun.

Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai,apa logiknya untuk tawan hati orang lain? Lebih-lebih lagi apa logiknya untuk tawan hati manusia dalam satu empayar? Bukankah fitrah hati itu akan jatuh hati hanya dengan orang yang mempunyai akhlak terpuji?

Hakikat yang berlaku ialah bila mereka cintakan Allah dan cintakan Akhirat, di waktu itulah mereka mengorbankan hidup dan mati mereka untuk Allah. Seperti orang bercinta, dia sanggup beri apa saja demi menunaikan hajat cintanya. Begitulah hati mereka dengan Allah.

Hati, jantung, kaki, tangan serta seluruh anggota mereka gementar bila disebut nama Allah dan bila mendengar ayat-ayat-Nya. Mereka sangat cinta, rindu dan kasih kepada Rasul-Nya.

Bahkan hidup mati mereka diserahkan kepada Allah. Hati mereka sedikit pun tidak terpaut dengan dunia. Sedangkan di waktu yang sama, mereka mengurus dan mentadbir serta memerintah tiga perempat dunia.

Continue reading

(ii) Fata At Tamimi – Kenapa TIMUR Nusantara (MELAYU) Menjadi Pilihan ?

LINKS : Bicara Sejarah Islam : The Secret of Nusantara , Kebangkitan Islam Akhir Zaman Berawal Dari Bumi Timur ?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)” (Ali Imran: 140)

Sabda Rasulullah SAW: “Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur.” (tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini.

As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; “Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat.”

Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual ) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Ar Rum: 2-4)

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan Allah SWT jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.

Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika kita meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya Malaysia.

Pada realitinya, pengamalan Islam yang paling menonjol dan meriah terdapat di Malaysia, diikuti di Indonesia. Oleh kerana Indonesia menerima serangan kristian yang dahsyat, kini Malaysia mendahului kebangkitan Islam tersebut. Lihatlah di negara-negara lain di sebelah Timur ini jika kedapatan Islam seumpama di Malaysia. Continue reading

(i) Fata At Tamimi – Antara TIMUR Nusantara dan Khurasan ?

LINK : Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

Satu lagi kontroversi yang muncul mengenai dari sebelah Timur manakah Fata At Tamimi itu muncul, maka di sini secara ringkas penjelasannya. Namun pada saya meyakini bahwa Timur yang dimaksudkan di dalam hadis adalah Timur jauh yang meliputi Nusantara (kepulauan Melayu).

Untuk menelusuri dimanakah Timur yang dimaksudkan tersebut tersebut, mari kita teliti sekali lagi hadis-hadis yang menyebut tempat kezahiran dan berkuasanya Pemuda Bani Tamim.

1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya: Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah AL MAHDI” (Sunan Ibn Majah)

2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah TIMUR, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah TIMUR dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Ketiga-tiga hadis ini menyebut TIMUR secara umum. Ada yang sebahagian orang berpendapat TIMUR itu adalah Khurasan.

Continue reading

Misteri CodeName “SYUAIB BIN SALEH” bagi Fata At Tamimi

LINKS : FATA AT TAMIMI – WHO IS HE ?

FIGUR : PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia , Putera Bani Tamim Dalam Hadis – Datangilah Mereka Walau Terpaksa Merangkak Di Atas Salji , Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !

Sabda Nabi SAW, Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ”

Sabda Nabi SAW, Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib bin Saleh.”

Ammar bin Yasir RA berkata, Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yang ramai menjadi persoalan orang mengenai sifat-sifat peribadi Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) adalah mengenai nama yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya, iaitu SYUAIB BIN SOLEH. Kenapa Syuaib bin Soleh? apakah ianya nama sebenar ataukah sebuah codename? Berikut penjelasaan serba ringkasnya :

Syuaib bin Soleh iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya,kenapa nama Pemuda Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Soleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Soleh itu adalah nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar, kenapa tidak benar-benar namanya Syuaib bin Soleh?

Sesungguhnya hadis ini adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil pula Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis daripada Nabi SAW adalah datang daripada Allah. Bagaimana pula Nabi SAW boleh berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

————————————

Dari segi bahasa Arab, kalimah SYU’BUN, bererti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa.

Manakala kalimah SYU’AIBUN, pula bererti suatu suku kecil dari sebuah kabilah.

Lagipun, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa Pemuda Bani Tamim itu, benar-benar bernama Syuaib bin Soleh.

Kalimah BIN itu pula berasal dari IBNUN, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki.

Maknanya peribadi SYUAIB itu adalah:

1.Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).

2.Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai,berjambang dan berserban).

3.Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berfikiran luas, sentiasa bergelumang dengan masyarakat dan jauh langkahnya).

4.Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama tulen, ulama mujahid, mujaddid dan mujtahid.

Continue reading

IKHWAN – Menagih Janji Tuhan Di Akhir Zaman

A. Kata sahabat RA,

“Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur ratamenjadi jalan mereka.”

B. Sabda Nabi SAW,

“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”(Al-Hafiz Abu Nuaim)

C. Kata Sayidina Ali KMW,

“Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”

Golongan Ikhwan ini, jumlahnya adalah 313 orang. Mereka merupakan golongan pemimpin umat manusia semasa pemerintahan Imam Mahdi. Peranan mereka adalah sama dan setara dengan peranan Sahabat dahulu. Gelaran Ikhwan dan Sahabat itu hanyalah untuk memudahkan kita membezakan zaman mereka berada sahaja. Jika para sahabat muncul pada awal Islam, maka Ikhwan muncul pada zaman akhirnya. Sifat-sifat mereka ini ada dinyatakan di dalam hadis-hadis di atas, amat mudah difahami (walaupun amat sukar melaksanakannya).

Links : SIAPAKAH IKHWAN ?

Ikhwan adalah suatu nama yang umum, namun golongan yang digelar Ikhwan adalah suatu yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah Islam. Sepanjang sejarah umat Islam yang sudah lebih seribu empat ratus tahun ini, hanya beberapa peristiwa sahaja yang menggunakan nama Ikhwan, itupun sebahagiannya tidak sepopular mana pada mata masyarakat seluruh dunia. Ini membuktikan lagi bahawa hadis-hadis mengenai golongan Ikhwan ini memang tidak popular, baik pada ulamanya, para pemimpinnya, rakyat jelata dan umum masyarakat. Dan dikeranakan itu pulalah, dengan mudah kita dapat membezakan antara yang benar-benar mengikut hadis atau hanya menumpang nama sahaja atau termenggunakan nama Ikhwan itu secara tidak sengaja.

1. IKHWAN ditangan Imam Jalaludddin As Suyuti RH ( abad 9 Hijrah ).

Sejarah terawal penubuhan anggota Ikhwan adalah pada abad kesembilan Hijrah dahulu, oleh Imam as-Suyuti RH. Memang kita ketahui bahawa Imam as-Suyuti RH banyak mengkaji hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, banyak fahamnya termasuk yang seni-seni mengenainya dan beliau juga ternyata amat berminat dengan hal-hal yang sedemikian. Beliau pernah menubuhkan jemaahnya sendiri yang dikenali sebagai golongan Ikhwan, mengambil sempena golongan Ikhwan yang disebut-sebut oleh hadis Nabi SAW. Mereka ini berpakaian hijau manakala yang perempuannya berpakaian hitam, semasa berjalan sentiasa bergerombolan dan tinggal di kawasan Timur, iaitu di timur Palestin. Mereka tidak mengangkat senjata dalam perjuangan mereka, sama seperti yang disebut oleh hadis-hadis dan akhirnya bubar setelah beberapa lama masa berlalu.

Mereka mendapat didikan agama dan mempunyai kefahaman yang hampir sama dengan pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH sendiri. Sayangnya, jumlah mereka tidaklah tepat 314 orang seperti yang disebutkan oleh hadis dan tempat tinggal mereka juga tidaklah tepat di Timur seperti yang dinyatakan oleh hadis. Zaman mereka muncul juga adalah tidak bertepatan dengan masa yang sebenar, walaupun mereka ini muncul pada awal kurun Hijrah.

Pemimpin mereka iaitu Imam as-Suyuti RH bukanlah Pemuda Bani Tamim yang disebut-sebutkan itu. Mereka juga tidak menanti Imam Mahdi muncul kerana matlamat utama Imam as-Suyuti RH berbuat demikian adalah untuk mendapatkan keberkatan sahaja, moga-moga beliau dan anggota Ikhwannya itu mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Jika betul ijtihadnya, mereka mendapat dua pahala dan jika salah ijtihad itu, tetap mendapat satu pahala, iaitu pahala berijtihad. Mereka juga sebenarnya mendapat pahala-pahala lain iaitu pahala berusaha, pahala berjuang dan pahala beramal secara berjemaah.

Itulah golongan pertama yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka.

2. IKHWAN ditangan Bani Saud yang Berfahaman WAHABI.

Golongan kedua yang diketahui menggunakan nama Ikhwan dalam perjuangan mereka adalah dari kalangan pemimpin Bani Saud yang menyerang Makkah dan Madinah serta wilayah Hijaz yang lain. Mereka ini adalah pasukan tentera Bani Saud yang berfahaman WAHABI TULEN yang menyerang kota Makkah dan Madinah sekitar tahun 1924 dan 1925 Masihi dahulu, dan seterusnya menakluk kedua-dua buah kota suci umat Islam itu, melepaskannya dari kekuasaan Bani Osmani Turki, dan merampas kekuasaan autonominya daripada Syarif-syarif yang sebelumnya berkuasa penuh ke atas kedua-dua kota suci itu. Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini.

Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum.

Nyata pula pasukan Ikhwan yang ini begitu keras, sama sekali tidak sesuai dengan namanya. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutlak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud.

Oleh kerana pemimpinnya adalah seorang yang tidak percayakan hadis-hadis mengenai Panji-panji Hitam, maka penggunaan nama Ikhwan bagi pasukan tentera ini hanyalah kebetulan semata-mata, bukannya menuruti hadis.

3. IKHWAN ditangan Imam Asy Syahid Hassan Al Bana

Golongan ketiga yang diketahui sejarah menggunakan nama Ikhwan ialah kumpulan yang terkenal di Mesir dahulu, iaitu Ikhwanul Muslimin. Mereka adalah golongan yang berjuang tanpa senjata, menegakkan semula Islam ke tengah-tengah masyarakat Mesir yang sedang menghadapi pergolakan jiwa yang amat hebat, antara Islam sebagai ajaran tradisi dengan tamadun Barat sebagai ideologi yang moden dan maju.

Ketika itu rakyat Mesir sedang menghadapi tekanan daripada penjajah Inggeris yang cuba menanam rasa kagum mereka kepada tamadun Barat yang kononnya amat maju itu, untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka, dan meninggalkan kepercayaan lama mereka yang kolot itu. Pegangan agama mereka juga umumnya amat lemah dan Islam pada mereka lebih bersifat tradisi, bukannya sebagai pegangan dan anutan hakiki.

Dalam keadaan yang demikianlah, Hassan al-Banna muncul dengan membawa kaedah dakwah yang komprehensif dan ajaran agama yang progresif untuk diterapkan secara realiti oleh seluruh masyarakat Islam Mesir, bukan semata-mata teori. Usaha beliau ini tidak semata-mata atas inisiatif beliau seorang diri tetapi mendapat sokongan beberapa orang rakannya yang lain, yang turut gigih berjuang bersama-sama beliau. Ikhwanul Muslimin pernah mencapai puncak kegemilangannya sehingga mempengaruhi pihak pemerintah di Mesir sendiri dan penjajah Inggeris di sana. Semasa di puncak itu, gerakan ini mencapai ahli berjuta-juta orang dan meliputi pelbagai bidang profesional.

Namun, mereka bukanlah gerakan yang dimaksudkan kerana Ikhwanul Muslimin menggunakan asas syariat lahir sebagai alat utama perjuangan mereka. Aspek kerohanian kurang diberi tumpuan dan inilah satu faktor utama yang membantu menumbangkan mereka semasa mereka berada di puncak kegemilangan.

Para pemimpinnya, termasuk Hassan al-Banna sendiri mati syahid. Ada yang mati ditembak dan ada yang dihukum gantung. Namun, gerakan Ikhwanul Muslimin masih tetap hidup hingga ke hari ini, sambil pergerakan mereka diawasi ketat oleh pihak pemerintah di Mesir. Mereka juga tidak berniat mengembangkan gerakan Ikhwan ini ke seluruh dunia seperti yang ditetapkan oleh hadis-hadis.

4. IKHWAN ditangan Abuya Syaikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ( awal abad 14 Hijrah )

Sila kunjungi http://ikhwantoday.com , http://ikhwan-daily.com, http://ikhwan-insight.com atau di Heliconia’a Weblog atau kunjungi blog-blog yang ada menu LINKS di sidebar sebelah kanan

Pemimpin Tiga Darjat – Dia Akan Pasti Tiba…

Seorang Pembela
Punya karamah yang akan datang
Di kurun ini

Padanya jua diberikan barkah
Tiga darjat yang ia miliki
Khalifah, Mujaddid dan Mujtahid

Ia akan pasti tiba
Kerana Rasul pun telah bersabda
Berita gembira untuk kita

Kedatangannya mengubah dunia
Dari kegelapan kepada cahaya
Dari penindasan kepada pembelaan
Dari kejahatan kepada kebaikan
Dari pecah belah kepada ukhwah

Di waktu itu penzaliman kan musnah
Ahli agama berjawatan rasmi
Perosak agama di atas nama agama
Mereka akan sedar diri
Atau menerima hukuman Illahi
Kerana kesalahan mereka

Di waktu itu
Dunia ini segalanya akan berubah
Segala rahsia akan terbongkar
Takkan dapat lagi berpura-pura
Kerana ia akan terjadi
Ia akan pasti tiba…

Pemimpin Yang Dibantu Oleh Allah Naiknya Tidak Diduga

Lihat : Peringatan Untuk Pemimpin…Menunggu Pemimpin SUPER SOLEH , He will be sent when people differ & the Earth quakes !

Mari kita merenung sejarah, tentang kedatangan beberapa orang pemimpin di kalangan masyarakat Islam yang kemunculan mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman mereka. Kenaikan mereka itu mengikut kaedah luar biasa, iaitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Kemunculan mereka telah menjadi satu kontroversi yang sengit pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dianggap tidak layak bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin. Mereka tidak semestinya daripada kalangan istana, pembesar, bangsawan, orang kaya, lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin. Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT.

Berikut ini beberapa contoh yang berlaku dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, yang mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman masing-masing kerana dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT. Selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang memang sudah dimaklumi dilantik oleh. Allah SWT, manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah ialah Thalut, Sultan Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi. Mereka ini telah menempa sejarah gemilang untuk Islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi cabaran dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Secara ringkas tentang kepimpinan setiap mereka ini adalah :

1. THALUT

Kisah Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut, tapi apabila Allah datangkan pemimpin itu mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran:

Terjemahannya:
Nabi mereka menyarakan kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih baik mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi mereka berkata, “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dun menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas Pemberiannya lagi Maha Mengetahui . (Al Baqarah: 247)

Begitulah kontroversi yang berlaku dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh kerana Thalut seorang rakyat biasa, bekerja sebagai petani, bukan daripada golongan atasan, bangsawan, hartawan dan cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu dalam menerima kepimpinan Thalut. Mereka rasa terhina untuk mengikut Thalut, kerana mereka rasa mereka lebih mulia dan lebih layak. Mereka telah menentang Thalut walaupun waktu itu mereka benar-benar memerlukan seorang pemimpin. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat. Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima daripada musuh-musuhnya luar dan dalam, maka akhirnya dia berjaya juga. Jalut akhirnya dapat dikalahkan.

2. SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tenteranya yang baik. Para sahabat masing-masing berharap pada zaman merekalah perkara itu berlaku. Tiada siapa yang dapat menduga bahawa Muhammad Al Fateh yang dapat mengIslamkan Rom (Konstantinopel). Tapi demikianlah kehendak Allah.

Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki. Ketika berumur 20 tahun, Muhammad sudah menjadi sufi. Tiada siapa yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta meng-Islamkan Konstantinopel dalam umur 23 tahun.

Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya
. Padaha1 sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba daripada generasi ke generasi untuk menawan Konstantinopel. Di antara sahabat yang mencuba ialah Abu Ayub Al Ansari r.a. Walhal Turki waktu itu mempunyai ramai ulama besar.

Semenjak mendapat tahu yang Rasulullah berkata bahawa Rom (Konstantinopel) akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa kejatuhan itu bukan di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih mantap daripada orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu. Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh (gelaran yang diberi kepada Muhammad) yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom dan akhirnya meng-Islamkannya.

Hal ini sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka lebih berilmu daripada Muhammad Al Fateh. Anak raja ini bukanlah ulama ulung. Ilmunya sederhana cuma dia terdidik, dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan. Konstantinopel itulah yang ditukar namanya kepada Istanbul sekarang ini.

3. SALEHUDIN AL AYUBI

Beliau muncul sewaktu Palestin berada dalam tangan Kristian dan pada waktu Universiti Al Azhar dikuasai oleh golongan Syiah. Beliau bukanlah ulama atau pengarang kitab yang terkenal di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam pada zamannya itu adalah sesuatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga. Tetapi memang begitulah kehendak Allah.

Sejarah memberitahu kita bahawa beliau dan pengikutnyalah yang telah merampas Palestin daripada Kristian dan juga mencorakkan kembali Universiti Al Azhar dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau menggalakkan ajaran tasawuf dan tareqat. Sejak itu pertumbuhan tareqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tareqat.

Putera Bani Tamim Dalam Hadis – Datangilah Mereka Walau Terpaksa Merangkak Di Atas Salji

Links : Putera Bani Tamim , Imam Mahdi dan Kegemilangan Umat Akhir Zaman, The Banning of Darul Arqam

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

“Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ” (Riwayat Ahmad)

Salah satu karamah terbesar Pemuda Bani Tamim ialah membawa hidayah yang merata kepada seluruh umat Islam dan semua manusia. Melaluinya, Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepada semua manusia, sama seperti yang diperbuat oleh Allah melalui Rasulullah SAW. Hanya bezanya Rasulullah SAW membawa hidayah sebagai suatu mukjizat, sedangkan Pemuda Bani Tamim membawa hidayah sebagai suatu keramat. Dan peranannya membawa hidayah ini sudah dinyatakan oleh baginda SAW dalam hadis di atas.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan menerima dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka. Ujian pertama itu sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina al-Husain RA di Padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad. Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka telah juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab.

Pemuda Bani Tamim juga disebutkan menerima ujian yang sangat berat dan tugas yang sangat besar, mengikut tahap yang telah disebutkan oleh hadis. Tahap yang disebutkan oleh hadis itu adalah;

MEREKA MEMINTA KEBAIKAN
Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu (tauhid, fekah dan tasawuf) sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Itulah yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini. Juga boleh dimaksudkan dengan beliau membina jemaah Islamnya sendiri sehingga menjadi sebuah jemaah yang besar dan hebat, sebuah jemaah yang mampu menzahirkan kebenaran, bukan semata-mata mampu memperkatakannya.

Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori. Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa bertuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat. Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi mereka, dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya. Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.

TIDAK DIBERIKAN”nya”.
Nya di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang. Dan Nya yang dimaksudkan adalah orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali. Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu. Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah Pemuda Bani Tamim, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian. Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdir-Nya.

MEREKAPUN BERJUANG.
Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata. Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata-mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima Islam. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal. Maksud berjuang juga adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT sambil berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh-musuh mereka.

MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN.
Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah dosa mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan mereka itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah malah ada yang menjadi wali Allah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat agar kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar dalam diri masing-masing. Continue reading

Taqwa Rahasia kepemimpinan

Apabila pemimpin yang berkuasa itu
Mempunyai sifat taqwa yang tinggi
Maka Tuhan pun membantu
Dengan mengalirkan rahmat dun berkat kepadanya
Dari berkat itu melimpah
dun mengalir ke seluruh rakyat di dalam negara
maka Tuhan pun campur tangan
ikut mengawal dun menjaga
dimudahkan rezeki maka jadilah negara makmus rakyat mewah
pintu hati manusia pun tertutup untuk melakukan jenayah
maka berlakulah keselamatan dun keamanan di merata negara
kebimbangan dun ketakutan pun hilang
Tuhan masukkan di dalam hati manusia
Malu membuat maksiat
Maka bersihlah negara dari sebarang kemungkaran
Mata selamat hati tidak ternoda iman tidak tercacat
Kelihatan manusia penuh tawaduk
Malu bermaruah dun berdisiplin
Berkasih sayang sesarna manusia
bekerja sama dun hormat-menghormati
Continue reading

Tentang Kepemimpinan (II): Pemimpin Bayangan Rasullah

Seluruh alam semesta ini adalah milik Tuhan. Manusia diberi amanah untuk menjadikan alam semesta ini sebagai alat untuk mentaati Tuhan. Semua keperluan manusia yang Tuhan sediakan, tidak lain kecuali untuk manusia melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sekaligus merasakan betapa kerdilnya diri, lantas tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Namun, nafsu sering menyelewengkan maksud dan tujuan Tuhan tersebut, nafsu senantiasa saja menjadikan manusia hanya tertumpu kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan tetapi melupakan Tuhan yang menciptanya.
Lantaran itulah Tuhan utus para Rasul. Yang tujuan utamanya adalah mengembalikan tujuan asal penciptaan manusia yaitu mengabdikan diri kepada Tuhan. Bahkan Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia itu mengenali Tuhan. Fitrah itulah yang dibongkar oleh para Rasul.

Selepas ketiadaan para rasul, tugas membawa manusia kepada Tuhan dilakukan oleh para ulama dan pejuang Islam khususnya mereka yang berwatak Rasul. Sebab mana mungkin seseorang itu membuat kerja-kerja rasul kalau dia tidak mewarisi watak-watak rasul. Jadi kejayaan mereka sangat bergantung kepada sejauh mana mereka mewarisi sifat-sifat, ciri-ciri akhlak dan kepribadian para rasul.

Artinya mereka yang berhasil hanyalah mereka dari kalangan yang menjadi salinan dan foto cofy kepada kepribadian Nabi SAW. Tentulah tidak akan mencapai 106 % kesempurnaan pribadi Rasulullah SAW Sifatnya
sebagai salinan tentulah apa yang dimiliki lebih nipis atau lebih rendah persentasenya, tetapi apa saja yang dimiliki oleh Rasulullah SAW itu jugalah yang dimilikinya. Ini berarti bahwa dirinya adalah bayangan Rasulullah SAW Pada diri Rasulullah SAW itu adanya tanda-tanda atau sifat-sifat ketuhanan (ayatullah) yang paling tebal dan sempurna. Melihat pribadi dan akhlaknya, fitrah rasa bertuhan pada manusia amat mudah terbongkar sehingga denganitu manusia dapat merasa bertuhan.

Contohnya dengan melihat pengasihnya Rasulullah SAW, manusia akan dapat merasa betapa pengasihnya Tuhan. Demikian juga sabarnya, pemurahnya, kasih sayangnya dan lain-lain, menjadikan manusia jatuh cinta kepada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang maha Agung lagi maha sempurna itu.

Maka begitulah Tuhan jadikan kepada pernimpin bayangan Rasulullah SAW di sepanjang zaman. Sehingga dengan itu tidak putuslah manusia ini dari adanya orang yang dapat membawa manusia kepada Tuhan. Manusia terasa indah serta cepat dapat terbongkar rasa bertuhan apabila bertemu dan berdamping dengan pemimpin yang mempunyai akhlak bayangan Rasulullah SAW

Tentang Kepemimpinan (I) : Apa Makna Pemimpin ?

Artikel berikut adalah Buah Fikiran Abuya Imam Ashaari Muhammad mengenai Kepemimpinan :

Links : The Party of Allah (II) – The Criteria of The LEADER , Pemimpin-Pemimpin Adil Sepanjang Sejarah. Who’s the Next…!? , 100 Tahun Kebangkitan Nasional : Tokoh-Tokoh Kebangkitan Islam, Pemimpin Kebenaran Adalah Pribadi Bayangan Rasulullah SAW , MUJADDID, Pemimpin Kebenaran Pewaris Rasul : Khazanah Yang Sudah Lama Dilupakan Umat Islam

Apa Makna Pemimpin ?

Di dunia hari ini orang memperebutkan jabatan pemimpin. Mereka sanggup berkorban waktu tenaga dan uang yang banyak untuk menjadi pernimpin negara, perusahaan atau organisasi. Kadang-kadang menggunakan berbagai cara yang menyinggung dan menyakitkan hati orang lain untuk mencapai tujuannya. Abuya mempunyai pandangan tersendiri tentang pemimpin ini.

Menurut Abuya, pemimpin adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Allah, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya.

Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan.

Pemimpinlah yang membawa rakyatnya kepada keselamatan yang hakiki baik di dunia maupun di akhirat. Jadi pemimpin adalah penyelamat.

Salah Faham Tentang Pemimpin

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin, karena tanggung jawabnya yang begitu besar. Pemimpin bukanlah sesuatu yang harus diperebutkan. Karena sangat sedikit jumlahnya di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin.

Di dunia hari ini orang yang bergelar presiden, perdana menteri, sultan, Raja, Amir, yang dipertuan, pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus, mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesehatan, ekonomi, pertanian, keuangan dan lain-1ain.nya.

Mereka bukan saja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mau kepada Tuhan. Mereka bukan saja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran.

Inilah diantara salah faham manusia tentang kepemimpinan, sebab itu tidak heran, dimana-mana terjadi perebutan untuk menjadi pemimpin. Ada yang sanggup hingga ke peringkat mengorbankan nyawa pengikut demi mencapai cita-cita kepemimpinan. Continue reading

FIGUR : PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia

– Siapakah figur Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) yang masyhur itu, dialah pemimpin yang disebutkan dalam hadis akan menyiapkan tapak kepada dunia yang penuh dengan keadilan dan kemakmuran dibawah pemerintahan Ratu Adil ( Imam Mahdi ) ? –

Links : Grand Design , Mencari Pemimpin 1, 2 , Putera Bani Tamim , Putera Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi

Berdasar cirinya, perjuangan Putera Bani Tamim ini jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu:

Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: dari Ibnu Mas‘ud r.a. katanya:

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim (yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apa­bila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasu­lullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda ber­ubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab,

“Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

“Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ”

(Riwayat Ahmad)

Secara ringkasnya, perjuangan Putera Bani Tamim itu ialah:

1. Menyampaikan TAJDID

Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem hidup Islam, tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun di kalangan ulama.

Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan ilmu rahsia akhir zaman. Tuhan berikan kepadanya ilmu ilham atau ilmu tajdid dari masa ke semasa. Putera Bani Tamim diberi faham bagaimana hendak membangunkan je­maah perjuangannya. Putera Bani Tamim dianugerahkan kaedah bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa kepada Tuhan. Putera Bani Tamim mendapat kaedah bagai­mana melahirkan sistem hidup Islam untuk menggantikan seluruh sistem hidup yang sudah rosak di akhir zaman. Bah­kan kepadanya diberi khazanah ilmu ilham yang boleh men­jawab semua persoalan dan permasalahan masyarakat dunia waktu ini.

2. Melahirkan ikhwan

Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergon­cang­lah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan ber­tam­­bah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasu­lul­lah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik pera­duannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu ke­pada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula tersangat rindu kepada suatu toifah dari ka­langan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para sid­diqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, “Alang­kah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku).”

Terkejut para Sahabat lalu berkata, “Wahai Rasu­lullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”

Rasulullah berkata, “Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup ‘menjual’ keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman dengan­ku.

Daripada kedua-dua Hadis itu Rasulullah SAW menya­takan bahawa para ikhwan ini lahir selepas baginda SAW wafat. Disebutkan juga golongan ikhwan ini adalah suatu toifah ertinya golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman. Golongan ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW melebihi rindu baginda kepada yang lainnya. Ini adalah kerana para ikhwan amat mencintai dan beriman kepada Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasul bahkan mereka hidup di zaman yang jauh dari Rasul.

Ada dua sifat utama yang terdapat pada para ikhwan iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud akhlak para nabi terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada peribadi dan perjuangan mereka bukannya sekadar teori.

Yang keduanya disebut para ikhwan menempuh perjalanan para siddiqin, mereka sangat membesarkan dan mem­promosi Tuhan serta mempertahankan Sunnah Rasu­lul­lah SAW. Lantaran itu mereka kelihatan janggal pada pan­dangan masyarakat umum bahkan apa yang mereka per­juangkan dianggap terlalu asing.

Golongan ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW ini adalah team kepimpinan Imam Mahdi, yang melalui merekalah agama Islam itu dinaikkan semula oleh Allah SWT ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui Rasul dan Sahabat-Sahabatnya.

Oleh kerana peranan para ikhwan di akhir zaman amatlah besar, tentulah mereka dipimpin oleh bukan calang-calang pemimpin. Pemimpin para ikhwan adalah mujaddid akhir zaman yakni Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi.

Mereka adalah ‘keluarga besar’ kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim adalah ‘ayah’ dan pemimpin para ikhwan, dan mereka pula adalah ‘anak-anak’ kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamimlah yang mengajar, mendidik, me­nga­suh, membentuk, membina dan membangunkan golongan ikhwan ini sehingga keperibadian mereka adalah cermin keperibadian para Sahabat r.a. pada zaman dahulu. Mereka sangat membaiki diri, gigih berjuang dan berkorban, tanpa jemu.

3. Membangunkan jemaah sebagai tapak daulah

Bilamana Putera Bani Tamim mempersiapkan para ikh­wan, maka gelanggang perjuangan juga dipersiapkan. Yakni sebuah jemaah yang di dalamnya mengandungi model kehidupan Islam pada diri individu-individu ikhwan, keluarga mereka dan masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Masyarakat sudah letih mendengar orang bercakap dan bersyarah namun tiada role model untuk dicontohi. Putera Bani Tamim bukan hanya mampu memperkatakan kebenaran, bahkan beliau berjaya menzahirkan kebenaran di dalam jemaahnya.

asoib.jpg

Di dalam jemaah Putera Bani Tamim wujud kedua-dua pembangunan insan dan material. Tamadun insaniah menjadi keutamaan bagi mereka sehingga terhasillah tamadun ma­terial yang indah, selamat dan menyelamatkan kehidupan ma­­nusia.

Mereka benar-benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan, bukan Islam yang terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.

4. Melahirkan sistem hidup Islam

Zahir dalam jemaah itu kebenaran yakni cara hidup Islam yang syumul, lengkap dan global. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem per­tanian Islam dan lain-lain sistem hidup Islam yang indah, sela­mat dan menyelamatkan. Semua itu berlandaskan syariat Islam dan berteraskan iman.

complete-way-of-life.jpg

Jemaah kebenaran tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan sahaja mampu menaungi pengikutnya, tetapi mampu menjadi tempat ber­san­dar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam.

Sistem hidup Islam dalam pelbagai aspek yang diterajui Putera Bani Tamim mampu menjadi alternatif kepada sistem hidup dunia yang sangat rosak dan merosakkan di waktu ini, sangat berlawanan dengan nafsu jahat manusia akhir zaman yang terlalu cintakan dunia dan melupakan Akhirat, sistem Tuhan akhirnya menewaskan dan memenangi peperangan antara sistem yang hak dan sistem yang batil.

5. Membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah

Perjuangan team Putera Bani Tamim akan memperolehi kejayaan. Melihat role model yang dibawa oleh Putera Bani Tamim di dalam jemaahnya, masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. Continue reading

100 Tahun Kebangkitan Nasional : Menyambut Kebangkitan Islam dari Bumi Timur

Links : Revival of Islam – Malaysia & Indonesia will Lead the Way , Bicara Sejarah Islam : The Secret of Nusantara , The PROPHET’s LEGACY (I) : the Last Era that was PROMISED , The PROPHET’s LEGACY (II) : the Last Era that was PROMISED , Grand Design by GOD , E-Book Imam Mahdi dan Kegemilangan Islam

Hari ini, bukan saja umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan mengharapkan tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari pada yang ada sekarang ini. Semuanya sudah merasa jemu dengan sistem yang ada. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahwa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia.

Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk menyadarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami perubahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah.

Sebelum kedatangan Rasulullah, hati-hati manusia seperti sudah meminta kedatangan rasul. Begitulah watak manusia menunggu kedatangan pemimpin yang ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia ini sekarang. Sebab itu orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka mendengar kebenaran merasa senang hati.

Satu kebangkitan menurut lidah Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku
. Artinya dunia kita pun ada harapan untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan keadilan dan keamanan. Maka pada kali ini adalah giliran Islam.

Kebangkitan yang bertaraf dunia itu akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan akan bermula dari Timur sebagaimana yang disebutkan dalam hadist Rasulullah SAW :

– Al Mahdi juga digelari sebagai BAQIYATULLAH ( Simpanan ALLAH ) karena dialah Imam yang di GHAIB kan, yang akan dimunculkan ketika dunia sedang huru hara –

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu’aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu’aim dari Ibnu Mas’ud, katanya :

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah.

Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.

Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam.

Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan.

Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salju. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

Tetapi bagi umat Islam, walaupun mereka menginginkan perubahan tetapi mereka masih bingung dan mencari-cari. Tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Kalau dilakukan juga, kita sudah melihat hasilnya. Ada yang menjadi militan, ada yang beku dan jumud, ada yang pergi ke pondok atau pesantren dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Senantiasa ada suatu thoifah (jamaah) yang sanggup menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).”

Sabda Nabi SAW,

“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan ( Al Mahdi ). Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji ( kekuasaan ) al-Mahdi. (At-Tabrani)

Sebenarnya, orang yang Tuhan janjikan bahawa di tangannyalah kebangkitan itu berlaku, perjuangannya menjadi sangat indah dan jelas walaupun berhadapan dengan ujian. Kaedahnya (method) jelas. Mari kita gambarkan dengan lebih luas lagi tentang corak (pattern) kebangkitan Islam di akhir zaman itu.

Tuhan telah menyimpan 3 orang pemimpin, iaitu pemimpin besarnya: Putra Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa. Dua orang disimpan oleh Tuhan iaitu Nabi Isa yang dinaikkan ke langit dan Imam Mahdi yang dighaibkan. Hanya Putera Bani Tamim tidak dighaibkan, sebab ia berjuang menyiapkan tapak kebangkitan itu. Continue reading

Pemimpin-Pemimpin Adil Sepanjang Sejarah. Who’s the Next…!?

Dari Jabir bin Samurah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata, “Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku, lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.” (At-Tarmizi)

Sabda Nabi SAW,
Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”(Abu Daud)

Links : Mujaddid , Mujaddid Pemimpin Pewaris Rasul : Khazanah Yang Telah Dilupakan Umat Islam

——————————————————–

Inilah diantara Pemimpin-Pemimpin yang sudah dikhabarkan Rasulullah SAW :

1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA.

Baginda adalah khalifah yang pertama dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.

——————————-

2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA.

Orang yang paling tinggi ilmu ketuhanannya di kalangan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk zamannya. Datang dari Bani Adi, iaitu salah satu puak dari kaum Quraisy. Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaik-baik umat Muhammad SAW dan sudah dibayangkan oleh beberapa buah hadis. Umurnya juga sama panjang dengan umur Rasulullah SAW.

——————————-

3. Khalifah Osman bin Affan RA.

Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau adalah salah seorang yang dijamin syurga.

——————————-

4. Khalifah Ali bin Abi Talib KMW.

Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiah. Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.

——————————-

5. Sayidina Hasan bin Ali RA.

Amat minoriti sejarawan Islam yang memasukkan namanya sebagai Khulafa ur-Rasyidin kelima, selepas Sayidina Ali KMW. Tempoh pemerintahannya yang amat pendek itu menyebabkan namanya ‘terkeluar’ daripada senarai Khulafa ur-Rasyidin. Jika dimasukkan juga, masih tidak bercanggah dengan tempoh yang ditetapkan oleh hadis sahih yang menyatakan tempoh pemerintahan Khulafa ur-Rasyidin yang selama 30 tahun itu.

——————————-

6. Sayidina Muawiyah bin Abu Sufian.

Merupakan sahabat Nabi SAW, walaupun lambat Islamnya. Diangkat sebagai salah seorang penulis wahyu. Datang dari Bani Umaiyah. Dan Bani Umaiyah itu memang salah satu suku yang terkenal di kalangan kaum Quraisy. Naiknya sebagai khalifah sudah disebutkan oleh Nabi SAW secara tersurat di hadapannya sendiri dengan disaksikan oleh Ummu Habibah RA. Beliau adalah tokoh sejarah yang amat kontroversi dan ramai ahli sejarah yang ‘terluncur pena’ lalu mengutuknya dari segenap penjuru, sedangkan beliau adalah sahabat Nabi SAW juga. ‘Perangainya’ yang kurang dipersetujui oleh ahli sejarah sebenarnya adalah dari segi ijtihad politik sahaja, bukan dari segi agama. Ini perlu dibezakan dan diketahui baik-baik. Sayangnya, perkara inilah yang gagal diperhatikan dan gagal pula difahami oleh sejarawan sehingga mereka menerima sahaja riwayat-riwayat Syiah yang memburuk-buruk dan mengutuknya sehabis-habis hati.

——————————-

7. Sayidina Abdullah bin az-Zubair RA.

Anak kepada Zubair bin Al-Awwam RA. Anak angkat kepada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RA. Pemerintahannya cuma di Makkah tetapi naiknya sebagai pemerintah sudah disebutkan oleh para sahabat RA. Matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan oleh mereka. Disayangkan, ramai ahli sejarah Islam dan pengkaji yang turut ‘terluncur pena’ dengan menyatakannya sebagai pemberontak kepada kerajaan Bani Umaiyah. Maka banyaklah riwayat batil mengenai dirinya diambil oleh para sarjana tanpa memeriksa betul tidaknya riwayat itu, dan tanpa mengira siapa peribadi yang mereka kutuk itu. Juga datang dari kalangan kaum Quraisy yang terkenal.

——————————-

8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Lahir dari pertemuan dua khalifah berketurunan Quraisy iaitu dari keturunan Sayidina Umar al-Khattab RA yang datang dari suku Bani Adi dan dari keturunan Bani Umaiyah yang sedang memerintah ketika itu. Merupakan mujaddid kurun pertama, sekaligus yang memerintah. Itulah yang dikatakan sebagai Sahibul Zaman. Pemerintahannya memang adil walaupun hanya sekejap sahaja dan ini sudah tidak perlu dihuraikan lagi. Kealiman dan kewarakannya amat menakjubkan hati seluruh umat Islam, sejak dahulu hinggalah ke hari ini. Banyak jasanya yang masih diamalkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia hingga ke hari ini, dan ini menjadikan beliau seorang khalifah dan ilmuwan sejati yang mengagumkan. Ahli-ahli sejarah tidak jemu-jemu mengorek rahsia hidupnya, dan rahsia kejayaannya, tetapi mereka masih tidak menemui apa-apa.

Picture of Blue Mosque Interior
——————————-

9. Sultan Muhammad al-Fateh.

Walaupun bangsa Turkinya tebal, namanya sudah dinyatakan oleh hadis-hadis yang menyebutkan pembuka Kota Konstantinopel adalah oleh sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Dikatakan bahawa ibunya adalah datang dari keturunan Quraisy walaupun sudah agak jauh Quraisynya. Beliau adalah raja yang berjiwa sufi, amat taatkan perintah Allah dan amat tawakal kepada Allah, dari segi zahir dan batinnya

——————————-

Whos the NEXT Leaders….?!

NOSTALGIA MADINAH – Doa Untuk Madinah Kedua Di Akhir Zaman

Kedatangan Rasulullah ke Madinah telah ditunggu-tunggu dengan penuh harap. Berita kedatangan Rasulullah SAW sudah terdengar di Madinah, tapi karena Rasulullah SAW tiga hari berada di Gua Thur dan tidak melalui jalan biasa, jadi orang tidak tahu kapan tepatnya Rasulullah SAW akan sampai. Tapi setiap hari orang-orang Madinah dan Saidina Mus’ab bin Umair menunggu-nunggu kedatangan manusia yang paling mulia disisi Tuhan yaitu Rasulullah SAW.

Saidina Mus’ab sudah mempersiapkan suasana untuk penyambutan Rasulullah SAW. Setiap hari setelah shalat subuh, orang-orang Madinah selalu beramai-ramai keluar ke pintu masuk Madinah untuk menunggu kedatangan Rasulullah SAW. Ketika tiba waktu zuhur, kembalilah mereka untuk pulang. Begitulah mereka setiap hari menunggu kedatangan Rasulullah SAW. Bahkan bukan orang islam saja yang menunggu, tetapi orang yahudi Madinah pun ikut menunggu ketibaan manusia paling mulia ini.

Kedatangan Rasulullah SAw bukan saja sebagai Nabi tetapi juga sebagai pemerintah dan pemimpin. Penyambutan kedatangan Rasulullah ini merupakan program besar di Madinah. Rasulullah tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal, hari Isnin. Pada hari itu seperti biasa orang Madinah menunggu kedatangan Rasulullah SAW sejak subuh sampai tengah hari. Ketika matahari sudah tinggi mereka mulai beranjak pulang dan besok akan datang lagi untuk menyambut kedatangan Rasulullah SAW.

Di saat mereka sudah mulai bubar, ada seorang Yahudi yang menunggu atas pohon kurma tiba-tiba menjerit dan memanggil seluruh orang Madinah. Dia berteriak ketika melihat dari kejauhan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar sedang menuju Madinah. Mereka pun kembali untuk menyambut kedatangan Rasulullah SAW. Mereka sangat gembira dan terharu. Mereka semua menyambut sambil bernasyid:

Thola ‘al badru ‘alaina min tsniyyatil wada’ …
(telah datang bulan purnama pada kami dari Tsaniyatil Wada’)

Begitulah bagi manusia, Rasulullah SAW bagai cahaya benderang yang datang di tengah kegelapan yang gulita. Kebanyakan orang Islam waktu itu belum pernah bertemu Rasulullah SAW, jadi mereka tidak kenal yang mana Rasulullah SAW dan yang mana Saidina Abu Bakar. Apalagi Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tidak jauh umurnya. Walaupun belum pernah bertemu tetapi mereka memberikan keimanan yang solid kepada Rasulullah SAW. Continue reading

Dua SUPER POWER Dunia. Kita Berada Dimana ?!

~ Kalau umat Islam mau jadi empire besar dunia, mereka mesti berusaha menjadi orang-orang yang bertaqwa. Mereka mesti berusaha melahirkan golongan orang-orang yang bertaqwa. Berusaha meningkatkan kekuatan lahir saja tidak memadai walaupun ini tidak salah. Kekuatan lahir semata-mata tidak akan ada hasil apa-apa. Sampai kapan pun kita tidak akan dapat menandingi, jauh sekali untuk mengalahkan kuasa besar kafir ~

super-power.jpg

Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan saja yang diberi kekuasaan di atas muka bumi ini. Yaitu golongan kafirgolongan orang-orang yang bertaqwa dan . Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang dizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini.

Kalau kita analisa setiap golongan yang wujud di dunia ini, golongan yang tidak termasuk ke dalam golongan kafir dan golongan bertaqwa ialah golongan orang-orang ISLAM. Tidak ada lagi golongan di dunia ini selain dari golongan kafir, golongan Islam dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Ini bermakna golongan orang Islam tidak akan menjadi kuasa dunia.

Golongan-golongan ini adalah :

Golongan Kafir yaitu golongan yang menolak Allah bulat-bulat seperti Komunis dan golongan yang musyrik yaitu yang menyekutukan Allah seperti Kristian, Yahudi, Majusi, penyembah berhala dan lain-lain lagi.

Golongan orang-orang yang bertaqwa sudah tentu mereka itu orang-orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak mesti tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Allah tidak ada memberi jaminan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti dalam firman-Nya :

“Allah pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Jatsiah: 19)

“Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Anbia: 105)

Golongan orang-orang Islam ialah golongan yang telah mengucap dua kalimah syahadah dan telah memeluk agama Islam. Akan tetapi tahap keimanan mereka sangat rendah. Mereka beramal dengan sebagian ayat Quran dan meninggalkan sebagian ayat yang lain. Mereka mencampur-adukkan amalan Islam dengan amalan-amalan yang lain yang kadangkala sangat bertentangan dengan ajaran dan kehendak Islam. Continue reading

Inilah COUP-De-TAT [ KUDETA ] Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia !

grip-the-world-3.jpg

Di kala bumi diperintah oleh manusia-manusia yang tidak beriman dan yang melawan dan menentang Tuhan, mereka tolak hukum-hukum dan peraturan Tuhan. Mereka tidak yakin dan tidak percaya dengan peraturan dan sistem Tuhan. Mereka cipta peraturan dan sistem mereka sendiri.

Yang asalnya mereka dihantar ke muka bumi sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Tetapi mereka memberontak. Mereka tidak rela menjadi hamba. Mereka mau menjadi tuan dan mau mentadbir bumi ini ikut selera mereka sendiri. Mereka lupa bumi ini Tuhan punya. Mereka lupa mereka hanya wakil Tuhan. Mereka mau mengenepikan Tuhan dan mau mengambil-alih bumi ini menjadi hak mereka dan mentadbirkannya ikut cara mereka.

Ini satu rampasan kuasa yang sangat besar dan sangat ketara. Ini satu coup-de-tat yang tidak ada tolok bandingnya. Ini bukan satu rampasan kuasa di antara manusia sesama manusia. Ini macam hendak merampas kuasa Tuhan atau setidak-tidaknya hendak melepas diri dari kuasa Tuhan.

Termasuk juga didalam hukum hukum ini ialah segala sistem dan peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan dalam Islam seperti sistem ekonomi, sistem keuangan, sistem masyarakat, sistem kebudayaan, sistem pendidikan, sistem kerajaan dan pentadbiran, sistem perundangan dan hukuman seperti hukum hudud dan berbagai-bagai lagi sistem hidup di semua peringkat dari rumah tangga, kampung hingga ke peringkat negara

Sistem-sistem inilah yang manusia tidak suka ikuti. Mereka lebih suka mencipta sistem-sistem baru ciptaan akal mereka untuk mengantikan sistem-sistem yang telah ditetapkan oleh Tuhan ini. Mereka fikir mereka lebih pandai. Sistem Tuhan itu dikatakan kolot dan ketinggalan zaman.

Memang manusia ini tidak tahu malu dan tidak sadarkan diri. Menumpang di bumi Tuhan tetapi tidak mau mengikut sunnah, hukum-hukum, peraturan dan sistem Tuhan.

pemilu.jpg

Coba bayangkan orang yang kita beri tumpang di rumah kita, tiba-tiba dia hendak ambil alih kuasa di rumah kita. Diubah susunan kursi meja kita ikut selera dia. Dipindahkannya kulkas ke depan dan TV ke dapur. Diubah jadual makan, jadual minum dan jadual sarapan. Dia pula yang hendak memerintah dan hendak berkuasa dalam rumah kita. Ini tetamu kurang ajar namanya. Bagus dihalau saja keluar dari rumah kita. Continue reading