Kemanapun Kita Pergi, Bawalah Akhlak Yang Sejati

children recite

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidak aku diutus melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang luhur.”

Akhlak ialah tingkah laku, budi pekerti, peribadi, gerak gerik dan cara bergaul. Akhlak juga ialah adab dan tata susila. Akhlak ada beberapa peringkat :

  • Ada akhlak kepada Tuhan.
  • Ada akhlak sesama manusia.
  • Ada akhlak terhadap makhluk Tuhan yang lain.

Di antara akhlak kita kepada Tuhan termasuklah kita yakin dan beriman kepada-Nya. Kita sabar dan redha di atas segala ketentuan-Nya. Kita menyembah dan bertawakal kepada-Nya dan lain-lain lagi.

Akhlak kita sesama manusia berbagai pula bentuknya. Kita taat dan patuh pada guru dan ibu ayah kita. Kita cinta dan kasihkan mereka. Kita rendahkan diri dan hati kita terhadap mereka. Begitu jugalah akhlak kita terhadap pemimpin. Sesama kawan pula, kita berlapang dada, saling bantu-membantu, nasihat-menasihati dan berkasih sayang. Continue reading

Halusnya Rasulullah SAW Dalam Berdakwah

Perjuangan Islam itu sangat seni. Bukan semua orang nampak, sebab itu umat Islam huru hara di dunia ini. Berani dah ada, usaha gigih, mana ada umat Islam tak berjuang? semua gigih berjuang, ramai pula, tapi mana ada kejayaan? makin hina sebab berjuang tak ada seni. Sikit-sikit nak tembak orang, nak mengata orang, itu bukan seni.

Islam itu halus, dia punya seni. Siapa boleh buat yg seni-seni itu yang boleh mengetuk fitrah orang, boleh orang senang, tengok sahaja dah jatuh hati. Itulah watak benda yang seni. Kalau kita berjuang tak seni, macam kita dengar orang pukul besi, dengar sahaja tak larat, fikiran perasaan serabut pasal tak seni. Berjuang yang tak seni pukul pahat sana sini, akhirnya sakit jiwa.

– Gambar imajinasi Madinah di zaman Rasulullah SAW –

Islam itu seni. Tengok bagaimana seninya Rasulullah SAW,

Contoh ke 1 :

Satu hari baginda bawa Sayidina Umar. Rasulullah tahu Umar ni siapa. Umar ni berani, jiwa kuat, sebelum masuk Islam dah pernah bunuh orang.

Satu hari Baginda ajak Umar pergi tengah padang pasir, ikut jelah tak payah tanya, Rasulullah bawa ke satu lembah, wadi. Di situ ada bangkai unta, kuda, kambing, kepala manusia pun ada, tengkorak manusia pun ada.

Rasulullah kata, “hai Umar apa kau lihat di sini, ini tempat busuk, bangkai binatang ada, manusia pun ada. Dulu mana ada undang bunuh, tangkap, bicara mana ada, bunuh campak sahaja”.

Bila Sayidina Umar lihat ada bangkai binatang dan manusia di situ, dia berkata pada Rasulullah, “ini bangkai wahai Rasulullah, campur antara bangkai manusia dan binatang”.
Rasulullah jawab, “inilah hakikat dunia, orang buru dunia senasib dengan yang kena buru”.

Ini seni. Mana ada tok guru yang ajar begini, kalau di masjid tok guru sekadar bersyarah , mana ada tok guru bawa murid lihat bangkai dan bersyarah depan bangkai tentang dunia?

Continue reading

Sekilas : Gelombang Dakwah Abuya Ashaari Muhammad

Angin dakwah yang dihembuskan Abuya Ashaari Muhammad telah mula bertiup di Nusantara ini pada tahun 1970-an yang lalu, ketika mula ditubuhkannya jemaah Darul Arqam yang fenomenal itu. Di peringkat awal angin tersebut mula-mula berhembus, ramai orang yang takut. Ramai orang yang bimbang. Ramai orang yang tidak senang. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Berbagai cemuhan, tohmahan dan kata-nista dihalakan kepada dakwah dan orang-orang yang terlibat dengan dakwah. Tuduhan dakwah songsang, buang dunia, balik ke zaman unta, ajaran baru dan bermacammacam lagi tuduhan dilemparkan. Dakwah diperkecil-kecilkan dan dihina.

—- Dakwah Abuya Ashaari Muhammad di peringkat awal bersama Darul Arqam ( dengan ciri fisik yang menonjol adalah berjubah dan berserban ) – mampu menembus semua bangsa dan lapisan masyarakat, dakwah yang berkesan adalah dari hati ke hati dan dengan akhlak mulia serta kasih sayang. Abuya Ashaari Muhammad telah berjaya meletakkan kembali asas-asas kehidupan Islam ( iman, ukhuwah, keselarasan dan kesefahaman ) dalam jemaahnya dan juga menghidupkan sunnah Nabi yang telah ditinggalkan dengan cantik dan indah —-

Masyarakat ditakutkan dengan dakwah. Masyarakat disarankan supaya menjauhi dakwah. Kononnya dakwah itu suatu gejala yang tidak sihat dan berbahaya. Kononnya dakwah itu akan membuatkan orang lupa dunia, anti kemajuan, malas belajar, malas bekerja, malas berusaha, tak bertanggungjawab dan serba-serbinya lagi yang negatif.

Kemudian angin dakwah yang berhembus lembut itu telah mencetuskan ombak dakwah yang kian lama kian ketara
. Kian lama kian dirasakan. Makin ramai yang mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam terutama di kalangan muda-mudi yang sedikit sebanyak ada keikhlasan di hati mereka, yang cergas akal fikiran mereka dan yang masih hidup jiwa mereka.

Orang yang dulunya takut bertambah takut. Orang yang dulunya bimbang bertambah bimbang. Orang yang dulunya tidak senang bertambah resah dan gelisah. Penentangan terhadap dakwah diperhebatkan. Tidak cukup dengan cemuhan, tohmahan, kata nista dan berbagai tuduhan yang lain, tentangan ini ditambah pula dengan sekatan-sekatan. Untuk bercakap pasal agama, tauliah disyaratkan. Tidak ada tauliah tak boleh bercakap hal agama. Kalau hendak guna masjid, mesti mendapat kebenaran. Suratkhabar meningkatkan perang saraf menentang dakwah. Setiap hari ada sahaja berita, isu atau komentar yang mencemuh dan memperkecilkan dakwah atau setidak-tidaknya yang mengelirukan masyarakat tentang dakwah.

Ombak dakwah terus juga berkembang. Makin hari makin tinggi ombaknya. Makin hari makin kerap datangnya. Nyata, segala bentuk penentangan sebelum ini tidak berkesan. Senjata yang digunakan untuk menentang dakwah selama ini tidak cukup tajam. Tidak cukup ampuh. Akhirnya ulama digunakan. Bermulalah berbagai-bagai kajian. Bermulalah berbagaibagai siasatan dan penyelidikan. Ini disusuli pula dengan seminar-seminar. Dengan ijtimak-ijtimak dan persidanganpersidangan. Akhirnya keluarlah fatwa sesat. Sesat dan boleh menyesatkan. Bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan boleh mengelirukan masyarakat.

— berjuang di atas platform tarikat sufi yang bercorak progresif dan membangun serta keyakinan terhadap kebangkitan Islam dari Timur dan imam Mahdi menjadikan Abuya dan Arqam dihalang oleh konspirasi politik yang maha kotor —

Maka banyaklah kumpulan dan jemaah yang dituduh sesat. Senarainya sampai berpuluh-puluh. Ada yang kata lima puluh. Ada yang kata empat puluh. Ada yang kata enam puluh. Di antara kumpulan dan jemaah yang dituduh sesat itu memang ada yang jelas sangat penyelewengannya terutama di segi aqidah yang kita tidak dibenarkan bermazhab. Tetapi ada juga kumpulan yang dituduh sesat dan menyesatkan dengan sebab dan alasan yang sangat lemah seolah-olah ada sebab-sebab lain yang tersembunyi kenapa mereka itu perlu di hukum sesat. Perbezaan di dalam hal feqah dan tasauf pun diungkit-ungkit dan diperbesarkan walhal Islam membenarkan bermazhab dalam perkara-perkara tersebut malahan ia adalah rahmat. Apabila diminta penjelasan sama ada ahli-ahlikumpulan atau jemaah seperti ini boleh dianggap sebagai murtad atau kafir, tidak ada pula ulama yang rasmi yang berani mengeluarkan hukum. Sesat macam mana mereka ini, tidak ada sesiapa yang mahu memberi komen atau penjelasan. Masyarakat keliru.

— Pada Abuya Ashaari Muhammad, Islam adalah cara hidup dan berjemaah adalah sunnah terbesar Rasulullah SAW. Di dalam sekatan dan halangan Abuya Ashaari Muhammad dengan Rufaqa justeru berjaya meluaskan dakwahnya ke peringkat dunia dengan 700 rangkaian dakwah di seluruh dunia hingga akhirnya dihalang kembali keberadaannya —

Tapi, jangankan dakwah itu tergugat. Selepas dituduh sesat, ombak dakwah tadi telah bertukar menjadi gelombang yang tidak lagi boleh dibendung atau ditahan-tahan. Sesiapa sahaja yang menentang dakwah akan tenggelam. Mereka akan dibenci masyarakat. Kadang-kadang, belum pun sempat masyarakat bertindak, yang menentang terpaksa berkonfrantasi dengan anak dan kaum kerabatnya sendiri yang sudah mula jatuh cinta dengan Islam

Selepas ini apa akan berlaku? Sudah terhentikah penentangan ini? Tidak. Penentangan ini akan berterusan. Hanya bentuknya sahaja yang akan berubah. Cara lama akan ditinggalkan. Cara baru akan digunakan. Semuanya akan berbentuk covert dan subvert. Rupa dan tangan penentang tidak akan kelihatan lagi. Suaranya juga tidak akan kedengaran lagi. Tidak akan ada lagi konfrantasi depan berdepan. Semuanya akan lebih halus.

— Kini bersama Global Ikhwan, Abuya Ashaari Muhammad semakin mendunia. Cukup sebagai bukti bagi kita bahwa method dakhwah yang dibuat oleh Abuya Ashaari Muhammad mampu bertahan dan semakin berkembang menzahirkan sistem hidup Islam di semua peringkat, sekaligus membuktikan kemampuan beliau dalam memimpin dan mentadbir dengan Islam — 

Semua ini akan berterusan sehingga garis pemisah di antara golongan dakwah dan anti dakwah menjadi jelas. Akan sampai satu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa membuat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah.

Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Siapa yang menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.

Al Hadis : Akan senantiasa ada dikalangan umatku satu THOIFAH yang menzahirkan kebenaran, tidak akan dapat dimudharatkan oleh musuh-musuhnya hingga datang ketentuan Allah –