YAQAZAH – Rasulullah SAW sentiasa ada bersama kita

yaqazah

DEFINISI YAQAZAH DAN MUSYAFAHAH

Arti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam keadaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sedar, berjaga-jaga. – Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh AI Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 349)

Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu karamah wali-wali Allah.

Arti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi. – Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, AI Maktabah AI’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 167)

Pada istilah pula ialah berbual-bual dengan roh Rasulullah SAW atau bersoaljawab atas apa-apa kesamaran dalam agama atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.

Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik adat. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran.

Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?”

Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan Hadis tersebut.

Begitu juga berlaku kepada ramai auliya Allah. Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan penggunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya mengalahkan kekuatan roh.

Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuanNya secara zahir atau rohani. Di antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Baca : HIKMAH & ILHAM: Saluran Ilmu Yg Sudah Hilang Dari ULAMA Islam Modern

Bacalah sejarah Tariq bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia kejayaan mereka.

HUKUM YAQAZAH

Yaqazah hukumnya boleh berlaku pada wali-wali Allah sebagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada mereka. la adalah perkara yang mencarik adat (luar dari kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (jaiz) bagi Allah mengadakan atau mentiadakannya. Continue reading

Orang TUHAN [ AHLULLAH ] VS Orang AKAL

al-aqsa.jpg

~ Al Aqsa ; menunggu cahaya kebangkitan Islam dari ufuk Timur ~

Dibawah ini saya postingkan untuk pengetahuan bersama, setidaknya ada 47 Perbedaan antara ORANG TUHAN [ Ahlullah / Orang Ruhani ] dengan ORANG AKAL. Orang Tuhan ialah para Nabi dan Rasul, Para Ahli HIKMAH dan Ahli Zikir, Para Wali2 Besar, Para Mujaddid, Syeikh2 Tarikat dan juga Pejuang-Pejuang Kebenaran sepanjang zaman.

Manakala Orang AKAL adalah Para Filosof [ termasuklah Plato, Aristoteles, Einstein, dsb ] yang terlalu memuja Akal hingga Tuhan tidak nampak lagi pada apa yang mereka pelajari, dan pada apa2 yang mereka perkatakan, mereka lupa hakikat Akal pemberian Tuhan, sehingga justru dengan ilmu yang tidak disuluh dengan iman itulah akhlak manusia hari ini runtuh menyapu bumi…

  1. Ahli rohani dapat menggunakan hujah akal untuk menguatkan hujah kerohanian. Tapi ahli fikir atau filusuf tidak dapat menggunakan hujah kerohanian untuk menguatkan hujah akalnya.
  2. Ahli rohani di masa hidupnya terutama tokoh rohani, semua peringkat masyarakat suka menziarahinya. Ini tidak berlaku kepada ahlli fikir atau filusuf. Kalaupun ada yang menziarahinya adalah di kalangan cerdik pandai sekular saja. Golongan bawahan tidak ada.
  3. Ahli fikir atau filusuf hanya dapat memikirkan alam lahir ini semata-mata tapi tidak dapat memikirkan alam ghaib atau alam rohani. Ahli rohani dapat memikirkan kedua-duanya sekaligus. Continue reading

SUFI WAY : Dalam Rangka Mewujudkan ISO-AKHLAK INTERNATIONAL

~ Dalam Islam, sesungguhnya Allah telah melengkapkan segala sesuatu hal untuk menguruskan dunia ini. Dengan mengirimkan Rasulullah sebagai suri tauladan terbaik. Termasuklah ISO AKHLAK International yang sudahpun ada dalam pengajian2 Tasawuf yang dibawa oleh syeikh2 Tarikat dan Sufi tingkat dunia ~

unity.jpg

Posting ini adalah sebuah kembara yang saya dapat dari sebuah pengajian sufi, melalui beberapa sifat yang diajarkan para syeikh sufi tingkat dunia untuk menempuh istiqamah, makarimul akhlaq dan perpaduan bangsa dalam merealisasikan ISO Akhlak International.

1. SETIA

Sifat setia ini con­tohnya:

Jika kita meminjam sesuatu dari orang lain maka wajib kita memulangkannya sesegera mungkin tanpa melengah­-lengahkan waktu demi menanamkan rasa saling percaya-mem­percayai antara satu sama lain dalam masyarakat, ini mesti dilakukan tanpa bertangguh, lupa maupun leka. Jangan sampai tercatat pada dirimu sikap suka melengah­-lengah membayar hutang misalnya.

Kita juga mesti menjaga adab pergaulan dengan saudara-­saudara seperjuangan, memelihara janji-janji mereka, janji-janji dengan rakan taulan setiap masa.

Peliharalah juga hubungan kita dengan mereka sebaik mung­kin, perasaan kasih terhadap mereka turut dijaga jangan sampai berkurang, sedapat-dapatnya senantiasalah berbuat baik dengan mereka semua.

Memelihara janji dan mengekalkan rasa-rasa ini sepanjang masa mestilah diusahakan sedapat mungkin kerana semua ini sebenarnya merupakan sebagian dari kesetiaan janji dan ketaatanmu kepada Allah. Inilah juga ibadah dan penyembah­anmu kepada Allah dalam tiap gerak diammu apabila engkau terus istiqamah melaksanakan amalanmu dan tetap di atas keazamanmu kerana Allah.

Di situlah kita nanti dihadiahkan Allah Taala satu kurniaan yang dijanjikan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan bagi mereka yang berjihad pada jalan Kami pasti Kami akan tunjukkan mereka jalan Kami.” (Al Ankabut: 69)

globe-on-hand.jpg

Dan satu lagi antara sifat setia yang paling agung itu ialah apabila dapat melupakan saja kebaikan kita pada manusia dan sen­antiasa mengingat pula kebaikan-kebaikan mereka pada kita. Ingatlah kebaikanmu pada mereka tidak sia-sia dan janganlah pula kebaikan mereka padamu dilupakan kerana di situ ada anugerah dari Allah Taala.

Sepertimana yang disabdakan oleh junjungan mulia Nabi kita SAW:

Maksudnya “Amal-amal makruf dapat menghindar nasib malang “

2. KHAUF

Sifat yang kedua ialah khauf [takut]. Sesungguhnya dengan banyak takut pada Allah itu dapat membawa kita ke jalan keselamatan dan istiqamah. Senantiasalah bimbang dan sedarlah atas nama Allah dengan keyakinan yang sebenarnya bahwa Dia sentiasa melihat dan memantaumu, Dia sentiasa bersama dan menga­wasimu dalam tiap patah perkataan, perbuatan, gerak dan diam, tidur dan jaga, bersendirian maupun ramai.

Kalau engkau sadari itu apakah masih mau lagi menyandar harapanmu pada makhluk, masihkah mahu meminta pada mereka sedangkan engkau tahu bahwa zaman ini telah rusak, manusianya pun rusak tujuan hidup, kecenderungan dan hanya mementingkan diri semata-mata?!

Mampukah kita untuk merdeka dari cengkaman korupsi yang ditukar dengan istilah-istilah yang nampak baik sepertimana dapat disaksikan zaman sekarang? Tambahan pula mereka yang menyogok itu bukan memberi karena kasih-sayang, bukan juga bermotif saudara seagama dan bukan juga kerana semangat patriotik tapi semata-mata untuk merealisasikan keinginan mereka yang rusak atau untuk merampas hak orang lain.

Dalam diri kita masing-masing, cuma ada sekeping hati yang hanya akan takut kepada Allah atau takut kepada manusia, tak mungkin dua perasaan takut yang berbeda itu dapat berhimpun dalam sekeping hati.

3. SABAR

Sifat ketiga yang dapat membuka jalan menuju kesempurnaan insan adalah sabar. Membalas kejahatan orang padamu dengan kebaikan hingga nanti setiap yang memusuhimu akhirnya mengakui kelebihan, kebaikan dan keagungan peribadimu. Continue reading