Merenung Sejenak Perjalanan Hati & Amal

https://i1.wp.com/www.middle-fork.org/archives/dDropWater.gif

“Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu . Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin.Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta”

******************************************************

Diriwayatkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal R.A,

Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya.Wahai Muaz!”

Muaz menjawab: “Ya Saiyidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.

Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah:

‘Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’ Continue reading

Advertisements

MERAJUK merupakan penyakit jiwa

Kenapa merajuk?
Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?
Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk
Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?
Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?
Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.

Sudahkah Cinta Pada Allah ?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ( Al Anfaal : 2 )

Ada pepatah Melayu yang berbunyi “Tak kenal maka tak cinta”. Orang yang cintakan Tuhan itu ialah orang yang benar-benar kenal Tuhan dengan hatinya iaitu dia dapat rasa bertuhan. Dia bukan setakat tahu atau ada ilmu tentang sifat-sifat Tuhan tetapi dia boleh merasakan sifat-sifat Tuhan itu dihatinya. Orang seperti ini dinamakan al ’arifbillah.

Kalau hanya setakat tahu sifat-sifat Tuhan, kita tidak dapat cinta pada-Nya. Tahu atau ilmu itu baru diakal. Walhal Tuhan bukanlah entiti yang boleh dijangkau oleh akal. Kita mesti kenal Tuhan melalui hati iaitu dapat merasarasakan sifat-sifat Tuhan itu. Contohnya, kalau kita tahu Tuhan Maha Melihat, maka kita kena rasa sungguh-sungguh di hati bahawa Tuhan itu benar-benar melihat apa sahaja yang kita lakukan. Alat untuk mengenal Tuhan itu ialah hati.

Allah itu mempunyai segala sifat-sifat yang Maha Sempurna, tidak seperti manusia. Sebab itu, ada manusia, kalau kita kenal dia, kita suka padanya. Ada pula manusia, kalau kita kenal dia, kita benci padanya. Ini kerana manusia itu ada yang bersifat baik dan ada yang bersifat jahat. Tetapi kalau kita kenal Tuhan, wajib bagi kita jatuh hati dan cinta pada-Nya kerana sifat-sifat Tuhan itu penuh kesempurnaan. Tuhan itu Maha Baik.

Siapa kenal Tuhan, pasti dia cinta Tuhan. Siapa cinta Tuhan, pasti dia kenal Tuhan. Siapa tidak cinta Tuhan, tanda dia belum kenal Tuhan.

Aku Rindukan Bangsaku Berkasih Sayang

Aku rindukan
masyarakat yang berkasih sayang
Bersatu padu,
rasa bersama bekerjasama,
bertolong bantu
Yang susah dibela,
yang senang membela
Yang pandai menjadi obor,
pemimpin menaungi dan memayungi

Aku menginginkan
satu kehidupan yang murni dan harmoni
Hormat-menghormati
di antara sesama manusia

Tidak ada benci-membenci,
tidak ada khianat-mengkhianati
Maaf-bermaafan,
bertimbang rasa,
peri kemanusiaannya tinggi

Golongan tua dan para ketua dihormati,
mereka boleh dicontohi
Golongan bawah atau orang-orang biasa dikasihi

Para pemuda-pemudi pemalu,
tenaga mereka sangat berguna
Rajin bekerja,
mereka menjadi aset negara,
bangsa dan agama

Maksiat yang menjolok mata atau terang-terangan tidak ada
Masyarakat bersih
daripada noda dan dosa
Hidup penuh dengan bersopan santun dan kasih mesra

——————————-

Orang bertaqwa itu
peri kemanusiaannya amat tinggi sekali
Timbang rasa amat menonjol
di dalam kehidupannya setiap hari

Dia tidak boleh melihat orang lain susah,
dia susah hati
Dia pun simpati dan kasihani,
menolong dan memberi

Orang susah dia bantu,
orang sakit dia ziarahi
Orang mendapat kemalangan dia ziarah dan mendoakannya

Anak-anak yatim,
janda-janda
dia sentiasa membantu
dan tunjuk kasih sayangnya Continue reading

MUNAJAT

nightlamp.jpg

Tuhan…

Aku selalu saja membuat dosa

sering saja melakukan kesalahan dan kesilapan

sekalipun sudah aku coba menolaknya

Tuhan…

Dengan rahmat – Mu

ampunkanlah dosa-dosaku

Maafkanlah saja seluruh kesalahan-kesalahanku

Tuhan…

Jangan engkau biarkan aku tenggelam dengan dosa

Jangan tinggalkan aku terombang-ambing dengan kesalahan

Tuhan…

Aku inikan hamba-Mu jua

Aku adalah boneka yang Engkau cipta

Jangan Engkau biarkan aku tanpa pimpinan

Aku akan tersesat jalan

Tuhan…

kalau Engkau biarkan aku dengan dosa dan noda

Kalau Engkau tinggalkan aku dengan kesalahan

segala yang kumiliki tidak ada arti apa-apa

Orang TUHAN [ AHLULLAH ] VS Orang AKAL

al-aqsa.jpg

~ Al Aqsa ; menunggu cahaya kebangkitan Islam dari ufuk Timur ~

Dibawah ini saya postingkan untuk pengetahuan bersama, setidaknya ada 47 Perbedaan antara ORANG TUHAN [ Ahlullah / Orang Ruhani ] dengan ORANG AKAL. Orang Tuhan ialah para Nabi dan Rasul, Para Ahli HIKMAH dan Ahli Zikir, Para Wali2 Besar, Para Mujaddid, Syeikh2 Tarikat dan juga Pejuang-Pejuang Kebenaran sepanjang zaman.

Manakala Orang AKAL adalah Para Filosof [ termasuklah Plato, Aristoteles, Einstein, dsb ] yang terlalu memuja Akal hingga Tuhan tidak nampak lagi pada apa yang mereka pelajari, dan pada apa2 yang mereka perkatakan, mereka lupa hakikat Akal pemberian Tuhan, sehingga justru dengan ilmu yang tidak disuluh dengan iman itulah akhlak manusia hari ini runtuh menyapu bumi…

  1. Ahli rohani dapat menggunakan hujah akal untuk menguatkan hujah kerohanian. Tapi ahli fikir atau filusuf tidak dapat menggunakan hujah kerohanian untuk menguatkan hujah akalnya.
  2. Ahli rohani di masa hidupnya terutama tokoh rohani, semua peringkat masyarakat suka menziarahinya. Ini tidak berlaku kepada ahlli fikir atau filusuf. Kalaupun ada yang menziarahinya adalah di kalangan cerdik pandai sekular saja. Golongan bawahan tidak ada.
  3. Ahli fikir atau filusuf hanya dapat memikirkan alam lahir ini semata-mata tapi tidak dapat memikirkan alam ghaib atau alam rohani. Ahli rohani dapat memikirkan kedua-duanya sekaligus. Continue reading

Susahnya Menjaga Hati, Raja Diri

hearth.jpg

Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan

Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati.

Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada.Jika miskin atau kurang ilmu,
Rendah diri pula dengan manusia.Adakalanya kecewa.Kemuncaknya putus asa.

Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita

Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang,tapi bila ditegur hati luka

Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri. Bukankah sifat sombong pakaian Raja?! Continue reading

Berkorban Perasaan Adalah Suatu JIHAD

heart.jpg

Semua manusia pasti memiliki perasaan, hanya saja kadarnya berbeda-beda, ada yang kuat ada yang lemah. Perasaan adalah rasa-rasa yang terletak di hati nurani insan.Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa cinta, rasa benci, rasa jijik, rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu, rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa kecewa, dll.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah alami manusia, tidak mudah untuk diasuh, dididik, didisiplinkan,dikendalikan dan diurus karena ia ada yang positif, ada yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif hendak ditahan.

Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan perasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan lebih besar lagi daripada jihad-jihad yang lahiriah seperti mengorbankan tenaga, harta dan nyawa.

Jihad yang lahiriah tidak akan terwujud dengan tepat kalau tidak bersumber dan diawali dari jihad yang batin. Dari yang batin inilah mencetuskan yang lahiriah. Kalau yang batin tidak mampu dikorbankan yang lahiriah sudah tentu tidak sanggup dikorbankan. Pengorbanan yang lahiriah adalah implimentasi dari pengorbanan yang batin. Continue reading

Tips Cara Menghadapi, Mengatasi dan Mengobati Stress atau Tension…

stress-breaksomething.jpg

Setiap hari, ada saja peristiwa yang menguji kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak kita membandel, suami acuh tak acuh, isteri ngomel, teman kita menghina dan mengumpat, bisnis tidak menguntungkan bahkan malah terancam bangkrut, saham jatuh, tidak lulus ujian dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita coba untuk mengelak dari perkara-perkara yang mengganggu ketenangan dan kenyamanan kita, hal-hal tadi tetap akan terjadi juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan Tuhan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan ingin kita sakit, walau bagaimana pun kita coba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mau kita jadi kaya, walau bagaimana pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Dan memang usaha manusia itu tidak dapat menentukan hasil akhir atau tidak memberi bekas sedikitpun .

Lantas, persiapan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan stress ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib malang yang pasti menimpa kita? Dintaranya ialah:

1. Mengenal diri kita sebagai penerima nasib malang dan juga mengenal Tuhan sebagai pemberinya .

Kita harus kenal bahwa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak punya apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campur tangan, tidak ada saham, sama sekali tidak keluar modal. Keputusan untuk mencipta diri kita pun semuanya ditentukan oleh Tuhan. Selain seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks ini, Tuhan jugalah yang memberi kita daya upaya, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sadar bahwa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya kuasa apa-apa . Mungkin selama ini kita sudah merasa berkuasa,me rasa mampu dan merasa pandai dan bisa, sehingga kita lupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan. Continue reading