Merenung Sejenak Perjalanan Hati & Amal

https://i1.wp.com/www.middle-fork.org/archives/dDropWater.gif

“Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu . Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin.Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta”

******************************************************

Diriwayatkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal R.A,

Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya.Wahai Muaz!”

Muaz menjawab: “Ya Saiyidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.

Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah:

‘Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’ Continue reading

Sayidina Ali dan Sepuluh Buah Delima dari Syurga

delima

Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.

Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus istri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali,  ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”

“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.

Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.

Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya. Continue reading

Nostalgia Di Bumi Anbiya’ – SYRIA / SYAM

Syria yang dulunya terkenal dengan sebutan Syam adalah tempat yang menjadi medan perjuangan para Rasul terdahulu. Malah Rasulullah SAW pernah datang berdagang ke sini ketika zaman kecil dan remaja baginda. Syria menyimpan banyak khazanah dan tempat–tempat bersejarah ,baik sejarah kehidupan sebelum dan awal masihi mahupun sejarah kekhalifahan Islam kerana Damsyik sebagai ibu kota Syira adalah merupakan pusat kekhalifahan Bani Umayyah pada 661M.

Sejarah merakamkan dua empayar Rom dan Parsi kalah di atas pangkuan para-para sahabat yang gagah., meskipun bilangan mereka sedikit tapi dengan Taqwa ALLAH membantu mereka membebaskan kota damsyiq dari kekejaman dan kekufuran kaisar bizantium (Romawi Timur).

Sewaktu pemerintahan islam bermulanya dengan Bani Umayyah, bahasa arab telah menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa yunani pada masa bizantium. Setelah itu Syria bekali-kali mengalami pergantian penguasa dari Islam, Tentera Salib Monggol, Mamluk, Othmaniah dan hinggalah dijajah oleh Perancis pada perang dunia 1 .

Pada masa kekuasaan Islam di bawah di bawah pemerintahan Bani Umayyah, Damsyik mencapai kemuncak kejayaannya sewaktu dijadikan ibu kota dan pusat pemerintahan oleh Muawiyah bin Abi Sofyan.

Muka bumi Syria terdiri dari bukit-bukit batu dan padang pasir. Mengalami 4 musim. Tanahnya yang subur kaya dengan sumber pertanian.

————————————————–

KARAK – ( satu tempat bersejarah di Syam yang mengingatkan kita pada sejarah Perang Muktah – Zaid Al Harithah – Jaafar Abi Thalib – Abdullah Rawahah – Nabi Nuh – Nabi Sulaiman – Zaid bin Ali Al Hussein )

 

Antara peperangan yang penting dan hebat ketika Rasulullah saw masih hidup ialah peperangan Muktah (629m). Ianya mengorbankan ramai para sahabat terdekat, yang syahid didalam pertempuran menentang tentera gabungan anatara Byzantine dan Ghassanid. Anda boleh menziarahi makam para sahabat seperti Zaid bin Harithah ra, Jaafar bin Abu Thalib ra, dan Abdullah bin Rawahah ra di Bandar Al Mazar AlJanubi berhampiran Karak.

Anak angkat Nabi Muhammad, iaitu Zaid bin Harithah telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan Muktah. Beliau berjuang dengan tiada tolok bandingnya, penuh keberanian sehinggalah beliau gugur sebagai syahid. Beliau adalah satu-satunya sahabat yang disebut didalam AlQuran. Didalam surah 33 ayat 37

“ Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia (habis iddah), supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin utk mangahwini isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya.Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi”.

Wakil Panglima Tentera, Saidina Jaafar Abi Talib merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad saw, yang menggantikan Zaid memegang panji Islam, Saidina Jaafar digelar ‘Jaafar At Tayar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika mempertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Jaafar dikatakan memiliki ciri-ciri dan watak yang hampir sama dengan Rasululah saw. Beliau terkenal sebagai seorang yang murah hati terhadap golongan miskin dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasulullah. Jaafar juga dilantik bagi memimpin kaum Muslimin untuk berhijrah ke Abyssinia / Habsyah (Ethiopia). Continue reading

Pemimpin Yang Dibantu Oleh Allah Naiknya Tidak Diduga

Lihat : Peringatan Untuk Pemimpin…Menunggu Pemimpin SUPER SOLEH , He will be sent when people differ & the Earth quakes !

Mari kita merenung sejarah, tentang kedatangan beberapa orang pemimpin di kalangan masyarakat Islam yang kemunculan mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman mereka. Kenaikan mereka itu mengikut kaedah luar biasa, iaitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Kemunculan mereka telah menjadi satu kontroversi yang sengit pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dianggap tidak layak bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin. Mereka tidak semestinya daripada kalangan istana, pembesar, bangsawan, orang kaya, lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin. Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT.

Berikut ini beberapa contoh yang berlaku dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, yang mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman masing-masing kerana dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT. Selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang memang sudah dimaklumi dilantik oleh. Allah SWT, manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah ialah Thalut, Sultan Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi. Mereka ini telah menempa sejarah gemilang untuk Islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi cabaran dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Secara ringkas tentang kepimpinan setiap mereka ini adalah :

1. THALUT

Kisah Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut, tapi apabila Allah datangkan pemimpin itu mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran:

Terjemahannya:
Nabi mereka menyarakan kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih baik mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi mereka berkata, “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dun menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas Pemberiannya lagi Maha Mengetahui . (Al Baqarah: 247)

Begitulah kontroversi yang berlaku dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh kerana Thalut seorang rakyat biasa, bekerja sebagai petani, bukan daripada golongan atasan, bangsawan, hartawan dan cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu dalam menerima kepimpinan Thalut. Mereka rasa terhina untuk mengikut Thalut, kerana mereka rasa mereka lebih mulia dan lebih layak. Mereka telah menentang Thalut walaupun waktu itu mereka benar-benar memerlukan seorang pemimpin. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat. Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima daripada musuh-musuhnya luar dan dalam, maka akhirnya dia berjaya juga. Jalut akhirnya dapat dikalahkan.

2. SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tenteranya yang baik. Para sahabat masing-masing berharap pada zaman merekalah perkara itu berlaku. Tiada siapa yang dapat menduga bahawa Muhammad Al Fateh yang dapat mengIslamkan Rom (Konstantinopel). Tapi demikianlah kehendak Allah.

Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki. Ketika berumur 20 tahun, Muhammad sudah menjadi sufi. Tiada siapa yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta meng-Islamkan Konstantinopel dalam umur 23 tahun.

Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya
. Padaha1 sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba daripada generasi ke generasi untuk menawan Konstantinopel. Di antara sahabat yang mencuba ialah Abu Ayub Al Ansari r.a. Walhal Turki waktu itu mempunyai ramai ulama besar.

Semenjak mendapat tahu yang Rasulullah berkata bahawa Rom (Konstantinopel) akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa kejatuhan itu bukan di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih mantap daripada orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu. Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh (gelaran yang diberi kepada Muhammad) yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom dan akhirnya meng-Islamkannya.

Hal ini sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka lebih berilmu daripada Muhammad Al Fateh. Anak raja ini bukanlah ulama ulung. Ilmunya sederhana cuma dia terdidik, dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan. Konstantinopel itulah yang ditukar namanya kepada Istanbul sekarang ini.

3. SALEHUDIN AL AYUBI

Beliau muncul sewaktu Palestin berada dalam tangan Kristian dan pada waktu Universiti Al Azhar dikuasai oleh golongan Syiah. Beliau bukanlah ulama atau pengarang kitab yang terkenal di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam pada zamannya itu adalah sesuatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga. Tetapi memang begitulah kehendak Allah.

Sejarah memberitahu kita bahawa beliau dan pengikutnyalah yang telah merampas Palestin daripada Kristian dan juga mencorakkan kembali Universiti Al Azhar dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau menggalakkan ajaran tasawuf dan tareqat. Sejak itu pertumbuhan tareqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tareqat.

FIGUR : Sayyid MUHAMMAD bin ABDULLAH As Suhaimi

gambarsayidi-2

Biografi lengkap baca di Sejarah Hidup Syeikh Muhammad As Suhaimi

Links : Ibadah Syeikh Suhaimi , Karamah Syeikh Suhaimi , Syeikh Suhaimi Ghaib ?!

Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (hafizah-Ullah) telah di-kenal oleh murid-muridnya sekalian dengan gelaran Kiyai Agung, kerana banyak bekas murid-muridnya telah menjadi kiyai (yaitu guruagama), dan banyak pula orang-orang yang memang sudah menjadi kiyai telah belajar lagi padanya, yaitu menjadi murid-muridnya. Tetapi orang­ orang yang lain daripada murid-muridnya telah memanggilnya “Syeikh Muhammad Suhaimi” atau “Kiyai Suhaimi” ataupun “Syeikh Suhaimi” saja.

NASAB ATAU ASAL-USUL SYEIKH SUHAIMI.

Awalnya adalah Sayid Abdurrahim dan puteranya Sayid Umar yang berhijrah dari Hadhramaut ke Tanah Jawa beberapa tahun menjelang Perang Diponegoro meletus. Ketika perang dimulai, segera saja Sayid Umar memilih berpihak kepada Pangeran Diponegoro yang, bukan saja Islam, tetapi juga pengamal Tareqat Naqsyabandiyah (Sayid Umar sendiri adalah seorang pengamal Tareqat Alawiyah). Pangeran Diponegoro pun mengangkatnya sebagai salah seorang panglima. Setelah perang Diponegoro selesai, Sayid Umar menyingkir ke daerah Kaligintung di luar kota Wonosobo dan membuat perkampungan di sana.

– Salasilah Sayyid Muhammad bin Abdullah , click untuk download –

MUHAMMAD bin ABDULLAH bin Umar bin Abdurrahim bin Abdul Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak (Al Madani) bin Hassan bin Ali bin Ahmad bin Abu Bakar (Asy-Syaibani) bin Muhammad (Asadullah) bin Hassan (At Turabi) bin Ali bin Muhammad (Al Faqih) bin Ali bin Muhammad (Shahibul Mirbat) bin Ali (Khali’) bin Alawi (Ats-Tsani) bin Muhammad bin Alawi (Al Awwal) bin Ubaidullah bin Ahmad (Al Muhajir) bin Isa (Ar Rumi) bin Muhammad (An Naqib) bin Ali (Al Aridhi) bin Ja’far (Ash Shadiq) bin Muhammad (Al Baqir) bin Ali Zainal Abidin bin Sayidina Husain r.a bin Sayidina Ali k.m.w + Sayidatina Fatimah r.a bin MUHAMMAD S.A.W

Dari silsilah ini nampak bahwa Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah seorang Sayid (keturunan Sayidina Husain r.a) dan tentu saja adalah keturunan Baginda Rasulullah S.A.W. Sepuluh generasi di atas beliau adalah Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani yang merupakan seorang pendiri kabilah. Keturunan Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani di Nusantara ini disebut Bani Syaibani atau Basyiban atau di-Jawa-kan fam-nya “Baseban”.

– Gambar Hiasan : Pangeran Diponegoro –

TEMPAT LAHIRNYA.

Muhammad As Suhaimi atau lengkapnya Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi telah dilahirkan pada 1259 H/1843 M di Sudagaran Wonosobo. Kakek Muhammad As Suhaimi, yaitu Umar Sutodrono adalah salah seorang panglima Pangeran Diponegoro. Makam beliau (Sayid Umar) terdapat di Kaligintung Wonosobo. Gelaran “Sutodrono” didapat beliau setelah menjadi panglima tentara di Jawa. Sayid Umar dikaruniai 6 orang putera. Yang bungsu bernama Abdullah. Sayid Abdullah setelah dewasa menetap di daerah Sudagaran di Wonosobo. Beliau menikah dengan AMINAH yang masih keturunan Rasulullah S.A.W dari Sayidina Hassan. Dari perkawinan ini lahirlah Muhammad. Continue reading

NOSTALGIA MADINAH – Doa Untuk Madinah Kedua Di Akhir Zaman

Kedatangan Rasulullah ke Madinah telah ditunggu-tunggu dengan penuh harap. Berita kedatangan Rasulullah SAW sudah terdengar di Madinah, tapi karena Rasulullah SAW tiga hari berada di Gua Thur dan tidak melalui jalan biasa, jadi orang tidak tahu kapan tepatnya Rasulullah SAW akan sampai. Tapi setiap hari orang-orang Madinah dan Saidina Mus’ab bin Umair menunggu-nunggu kedatangan manusia yang paling mulia disisi Tuhan yaitu Rasulullah SAW.

Saidina Mus’ab sudah mempersiapkan suasana untuk penyambutan Rasulullah SAW. Setiap hari setelah shalat subuh, orang-orang Madinah selalu beramai-ramai keluar ke pintu masuk Madinah untuk menunggu kedatangan Rasulullah SAW. Ketika tiba waktu zuhur, kembalilah mereka untuk pulang. Begitulah mereka setiap hari menunggu kedatangan Rasulullah SAW. Bahkan bukan orang islam saja yang menunggu, tetapi orang yahudi Madinah pun ikut menunggu ketibaan manusia paling mulia ini.

Kedatangan Rasulullah SAw bukan saja sebagai Nabi tetapi juga sebagai pemerintah dan pemimpin. Penyambutan kedatangan Rasulullah ini merupakan program besar di Madinah. Rasulullah tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal, hari Isnin. Pada hari itu seperti biasa orang Madinah menunggu kedatangan Rasulullah SAW sejak subuh sampai tengah hari. Ketika matahari sudah tinggi mereka mulai beranjak pulang dan besok akan datang lagi untuk menyambut kedatangan Rasulullah SAW.

Di saat mereka sudah mulai bubar, ada seorang Yahudi yang menunggu atas pohon kurma tiba-tiba menjerit dan memanggil seluruh orang Madinah. Dia berteriak ketika melihat dari kejauhan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar sedang menuju Madinah. Mereka pun kembali untuk menyambut kedatangan Rasulullah SAW. Mereka sangat gembira dan terharu. Mereka semua menyambut sambil bernasyid:

Thola ‘al badru ‘alaina min tsniyyatil wada’ …
(telah datang bulan purnama pada kami dari Tsaniyatil Wada’)

Begitulah bagi manusia, Rasulullah SAW bagai cahaya benderang yang datang di tengah kegelapan yang gulita. Kebanyakan orang Islam waktu itu belum pernah bertemu Rasulullah SAW, jadi mereka tidak kenal yang mana Rasulullah SAW dan yang mana Saidina Abu Bakar. Apalagi Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tidak jauh umurnya. Walaupun belum pernah bertemu tetapi mereka memberikan keimanan yang solid kepada Rasulullah SAW. Continue reading

GLOBAL IKHWAN : A Model Islamic Bussiness

Links : Global Ikhwan , www.globalikhwan.net , ikhwantoday.com, ikhwan-insight.com , ikhwan-daily.com,

Businessmen Told to Look Ahead

The Star – Tuesday April 8, 2008 YOUNGSTERS venturing into business must focus on creativity and innovation instead of just the operational element, said Modern Agriculture Methods, Natural Resources and Entrepreneurship Development Selangor chairman Yaakob Sapari.

He also added that one must be open to all ideas and possibilities when it came to marketing their business.

“Now, we just can’t have a shoe retail outlet and wait for customers to walk in.

Move forward: Sapari (left) and Zulkifli at the launch.

“We have to unleash our products into their living room or even working place by joining the online community,” he said after launching Roti Ikhwan, a bread factory in Shah Alam.

Global Ikhwan Sdn Bhd that sells breads at RM2.50 per loaf operates Roti Ikhwan.

He added that entrepreneurs nowdays even resorted to Facebook to network.

“Your store can be in Shah Alam but orders could come in as far as Brazil if we use the internet,” he said.

Yaakob said the state government was interested in educating and empowering youngsters to engage customers in social networking online.

“We can exchange ideas over the net. It’s a global market so we must move forward and learn to tap new markets abroad without having the need to travel much,” he said. Continue reading

Kearah Negara Yang Bertaqwa…

Pada masa khalifah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Sayidina Umar Al Khattab r.a memegang jawatan Khadi ( Hakim ). Suatu hari Sayidina Umar mengemukakan satu usul kepada Khalifah Abu Bakar r.a. Berkata Sayidina Umar, “aku memohon dibebaskan dari jawatan ini”.

Khalifah Abu Bakar r.a sungguh terkejut mendengar usul Sayidina Umar tersebut dan bertanya, “terlalu beratkah tugas tersebut, ya Umar?”

Sayidina Umar menjawab, “Tidak ya Khalifah Rasulullah. Tetapi aku sudah tidak diperlukan untuk menjadi Khadi kepada Kaum Muslimin. Mereka semua sudah bertaqwa dan tahu kewajipan masing-masing sehingga tiada yang menuntut lebih daripada haknya.

Mereka tahu kewajipan sehingga tiada seorang pun yang merasa perlu menguranginya. Mereka menyintai saudaranya yang lain seperti menyintai dirinya. Kalau salah seorang tidak hadir, mereka mencarinya. Kalau ada yang sakit mereka menziarahinya. Kalau ada yang tidak mampu, mereka membantunya. Kalau ada yang memerlukan pertolongan, mereka segera menolongnya. Kalau ada yang kena musibah mereka menyampaikan rasa dukacita. Agama mereka adalah nasihat. Continue reading

ULAMA Sejati

dewdrop-ulama.jpg

Sedikit Biografi 3 Ulama Muktabar :

————————————————–

1. Imam Al Ghazali

Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syria. Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis.

Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku.
Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.

2. Imam Sayuti

Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab.

Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis),

Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi.

Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab.

Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah [bertemu dalam keadaan jaga] dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.

3. Imam Nawawi

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya.

Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal.

Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi.

Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya.

Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham. Continue reading

Bicara Sejarah Islam : The Secret of Nusantara

world_route.jpg

Pada abad ke-11 M dimulailah rangkaian konflik antar pemeluk agama yang dikenal sebagai Perang Salib (Crusade Wars). Diawali dengan perintah Paus (Pope) Urbanus II untuk menguasai Yerusalem yang berada dalam wilayah pemerintahan Islam. Gelombang peperangan terus berlangsung selama berabad-abad kemudian dan tahun meluas ke wilayah-wilayah lain. Konflik yang terjadi dalam Perang Salib sebenarnya tidak hanya melibatkan dua pemeluk agama tersebut karena dalam beberapa seri Perang Salib berikutnya tentara Salib juga terlibat konflik dengan pihak-pihak di luar kaum Muslim yang menjadi lawan utama.

Bagi Crusaders (tentara Salib) dan kaum Muslim, peperangan yang terjadi meninggalkan kesan yang tidak terlupakan pada masing-masing pihak. Bagi orang-orang Eropa, kekalahan pada Perang Salib terhadap Salahuddin Al Ayubi/ Saladin (Ayubbid Empire)Ottoman Empire) dan kemudian terhadap Turki Utsmani ( menimbulkan kekecewaan yang mendalam. Hal ini mendorong lahirnya Renaissance Eropa pada abad ke-15. Sistem keagamaan yang dinilai menghambat kemajuan mulai ditinggalkan. Sebagai gantinya mereka mengharapkan pencapaian seperti dominasi Yunani-Romawi sebelum zaman Kristen dengan cara mengembangkan kemajuan-kemajuan yang telah dipelajari sebelumnya dari orang-orang Arab, di antaranya adalah pada pada bidang geografi, teknologi maritim, navigasi dan persenjataan. Continue reading

HIKMAH & ILHAM: Saluran Ilmu Yg Sudah Hilang Dari ULAMA Islam Modern (I) ?!

Apakah itu ilmu ILHAM / Laduni? Ilmu Ilham/laduni adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-wali-Nya, TANPA melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah dari guru atau hasil berfikir.

Artikel terkait : Mengapa Ulama Hari Ini Kurang Menulis ?

Link dalam blog ini : HIKMAH & ILHAM Ulama-Ulama Terdahulu

mushaf.jpg

Ilmu ini terjatuh langsung ke dalam hati. Yang mana bila dikaji atau diuraikan, akan jadi satu ilmu atau satu uraian yang sangat ilmiah. Artinya ilmu ini menjadi suatu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, masuk akal, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak.

Berbeda dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mengkaji yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ilmu kajian ini tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak masuk akal dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses waktu yang lama. Artinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu.

Kalau begitu, ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ilmu laduni membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu.

Mengapa ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk seluruh zaman? Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain.

Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran masing-masing ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya.

einstein.jpg

~ EINSTEIN ~ Si Genius yang dipuja2 oleh ramai manusia di abad ini. Kegeniusannya tak mampu mengubah hati2 manusia untuk kenal, cinta dan takut pada ALLAH dan tak mampu membangunkan peradaban ruhani ummat manusia.

Justru itulah Tuhan turunkan Para Nabi dan Rasul, Ahli Zikir, Wali2 Allah dan Mujaddid.Para MUJADDID tarafnya HAKIM [ahli Hikmah], sedangkan Para Rasul bukan saja Genius atau HAKIM tetapi FATONAH! yang tarafnya melebihi 1000 orang yang HAKIM dan genius ~

———————————————————————————————–

Ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penguraian, falsafah, didikan, hal kontemporer di zaman itu, metode dan kaedah saja. Perkara-perkara ini dapat berubah mengikut zaman. Inilah Ilmu yang dimiliki seorang MUJADDID disetiap zaman.

Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya.

Kalau ilmu wahyu ditolak, otomatis seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan berkat (barakah) dan tertutup pintu bantuan Allah.

Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat tentang ilmu laduni ini dan sulit untuk menerimanya terutamanya:

  • Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam.
  • Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya.
  • Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi karena hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan.

Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:

1. Hujah Al Quran

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini.

Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) Continue reading

HIKMAH & ILHAM: Saluran Ilmu Yg Sudah Hilang Dari ULAMA Islam Modern (II) ?!

Inilah beberapa Bukti Sejarah Ulama-Ulama Muktabar suatu ketika dulu bahwa mereka mendapatkan ILMU ILHAM dari ALLAH SWT

blue-mosque.jpg

~ Banyak bangunan2 Megah di Turki dirancang oleh Mimar Sinan [ seorang penjaga kuda ] yang mendapat Ilham dari Tuhan, ilmunya baru dikuasai oleh Barat 600 tahun selepasnya ~

Di antara ulama yang memperoleh ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat (Imam Malik, Imam Syafii, Imam Hambali, Imam Hanafi), ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.

1. Imam Al Ghazali

Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang segera setelah selesai bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Artinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Coba anda fikirkan, mampukah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun dapat menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan karena dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang langsung jatuh ke hati dan langsung ditulis.

Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam waktu empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, artinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bedanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.

2. Imam Sayuti

Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mulai mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Artinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi pembahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi.

Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak heranlah hal ini dapat terjadi karena dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yaqazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.

3. Imam Nawawi

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, yaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat menikah tetapi banyak mewariskan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fikih. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fikih yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi.

Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan waktu 10 tahun. Ini berarti dia mulai mengarang ketika berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa!

Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru.

Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham. Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan coba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh karena itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah hal ini adalah bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya.

Sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini karena kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab.

Mereka tidak mampu mengarang karena kekeringan buah fikiran, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan mesti banyak referensi yang tentunya memakan waktu yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil waktu serta tidak cukup waktu. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahasia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.

Indonesia NEGERI 1001 BENCANA (I) : Versi Sopir Bus dan Kondekturnya…?!

Hari ini negeri dan bangsa kita tercinta seolah tiada habis-habisnya didera oleh berbagai macam bencana, kesusahan, kemiskinan, kerusuhan, ketegangan, kelaparan, dsb. Bahkan mungkin boleh dibilang negeri kita ini sebagai NEGERI 1001 BENCANA ?. Baik berupa bencana alam maupun bencana kemanusiaan dan terlebih lagi bencana moral.

banjir.jpgHampir di semua sudut negeri ini bencana datang silih berganti tiada henti. Banjir dan tanah longsor, gelombang pasang, angin ribut, gempa bumi, gunung meletus, flu burung dan lain sebagainya. Bencana sosial, korupsi, suami bunuh isteri, anak bunuh ayah, kakek perkosa cucu, ibu buang bayi, sex bebas, narkoba, pornografi, bentrokan, mahasiswa lawan aparat, aparat lawan pedagang dan masih banyak lagi. Seolah-olah inilah zaman GORO-GORO yang diramalkan oleh JAYABAYA itu. Zaman goro-goro menjelang kedatangan Penyelamat yang dinanti.

Ironisnya, negeri ini juga lah kawasan dengan penduduk muslim terbesar di dunia. Namun seakan “label” negara muslim terbesar di dunia tidak mampu meredakan bala bencana ini serta tidak cukup membawa rahmat serta kesejahteraan bagi bumi ini.

Dimulai dari bencana besar Tsunami Aceh di tahun 2004, selepas itu disusul dengan berbagai gempa bumi yang mengguncang hampir merata di seluruh nusantara sampai hari ini, yang terparah adalah Gempa Jogja 2006, Lumpur Lapindo yang menenggelamkan beribu rumah, kecelakaan transportasi dimulai dengan kasus misterius hilangnya Adam Air. Lalu hari ini banjir di berbagai kota seperti Solo,Tuban, Ngawi, Kudus, Semarang, Jakarta. Kemudian angin topan dan gelombang pasang di Ambon, tanah longsor di Tawangmangu, pembunuhan murid oleh gurunya di Sukabumi. Seolah semua itu tiba2 datang mengejutkan seluruh rakyat Indonesia. Karena bencana kali ini dirasakan luar biasa dahsyat, tidak pernah terjadi sebelum2nya hingga separah ini.

Sewaktu saya berada dalam perjalanan menggunakan bus dari Bandung menuju Jogjakarta, saya sempat terdengar dialog antara sopir dan kondekturnya, mengenai kondisi negeri ini yang akhir2 ini didera bencana. Kebetulan malam itu bus sedang melalui kawasan tanah longsor yang sempat memutuskan jalan raya Bandung-Jogjakarta di daerah Cilacap. Dialog yang saya tangkap sangat sederhana dan singkat, tapi bagi saya sangat besar maknanya. Kurang lebih begini :

bus-white.jpg bandung-yogyakarta.gif

Sopir Bus : “Jang, jadi sopir bus kayak saya ini nyawanya cuma sejengkal aja yah? Tuh lihat jalan longsor. Belum lagi resiko tabrakan…”

Kondektur : “Wah iya juga sih Pak. Saya heran Pak, sekarang bencana banjir dimana2. Ya kita banyak2 taubat aja sama istighfar sepanjang jalan Pak. Jangan kayak temen saya, yang bilang “ahh tobat mah nanti aja kalau udah kolot (=tua) ! [*dengan slank Sunda tea]”

Sopir Bus & Kondektur : tertawa..ha ha ha…

Kondektur :“ Yah…namanya juga kuasa Ilahi Pak…” [*pandangan menerawang jauh ke depan dengan nada pasrah]

[“Jang” from word “ujang” adalah sebutan untuk pemuda, in Sundaneese]

Dengan peristiwa alam itu setidaknya ada 4 respon dari dua insan ini, yaitu :

  1. Ingat akan kematian yang datang kapan saja dan dimana saja
  2. Taubat akan dosa dan minta ampun kepada Tuhan
  3. Ingat besarnya kuasa Allah, ingat bahwa segala sesuatu baik dan buruk datang dari Ilahi.
  4. Menyerah diri pada Tuhan (surrender to God)

Hati saya lantas berkata : “Ya Tuhan…hebatnya respon hati mereka ini…!!” what a MIRACLE thing..!

silakan sempatkan baca juga : Bencana dalam perspektif Islam & Lumpur Lapindo & Negeri 1001 Bencana

. Continue reading

Wahai semut kecil, maafkanlah aku…

the_ant_bully.jpg

Pada suatu hari, ketika Nabi Sulaiman a.s tengah berbaring, ada seekor semut berjalan di dadanya, kemudian ia ambil semut itu dan dilempar jauh.

Dengan marah, semut itu berkata, “Wahai Nabi Allah, Mengapa kamu lemparkan aku dengan begitu keras?” Apakah kamu lupa bahwa hari kiamat nanti kamu akan berdiri di hadapan Pencipta segala kerajaan, yaitu Tuhan langit dan bumi, yang Maha Adil, yang mengambil hak orang yang dizalimi dari orang yang menzaliminya?”

Mendengar kata kata semut itu, Nabi Sulaiman a.s. pingsan. Setelah siuman, ia pandangi si semut dan berkata kepadanya, “Maafkanlah sikap zalimku terhadapmu tadi.”

Si semut menjawab, “Aku akan memaafkan perbuatanmu tadi dengan tiga syarat.” Mendengar perkataan si semut, Nabi Sulaiman a.s. bertanya: “Sebutkanlah ketiga persyaratanmu tersebut!”

Si semut berkata, ”Syarat yang pertama adalah, jangan kamu tolak orang yang meminta kepadamu. Sesungguhnya orang yang meminta kepadamu adalah sedang meminta karunia Allah, maka jangan sampai kamu cegah karunia Allah kepada makhlukNya.”

Sedangkan syarat yang kedua adalah, ”Jangan tertawa berlebih-lebihansehingga hatimu menjadi keras sehingga kamu terlena dengan dunia dan menyangka bahwa kamu telah menjalani semua tugas dengan baik di dunia ini, , sedangkan kamu telah dimuliakan oleh Allah dengan diberikan kerajaan yang besar ini.”

——————————————————————————————

* baca juga : Rasulullah Bapak Kasih Sayang , Rasulullah Sangat Menjaga Perasaan Orang Lain

——————————————————————————————

Continue reading

Siapakah Yang Paling Ajaib Imannya ?

Suatu hari Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Siapakah makhluk yang paling ajaib imannya?”

“Malaikat”, jawab para sahabat

“Bagaimanalah para Malaikat tidak beriman dengan Allah sedang mereka senantiasa dekat dengan Allah”, jawab baginda menafikan.

“Para Nabi”, jawab Sahabat lagi

“Bagaimanalah para Nabi tidak beriman dengan Allah sedang kan wahyu diturunkan kepada mereka”. Nabi membantah lagi jawaban Sahabat.

“Kami Sahabatmu?!, jawab Sahabat lagi

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu?”, jawab Nabi. Continue reading

MUJADDID, Pemimpin Kebenaran Pewaris Rasul : Khazanah Yang Sudah Lama Dilupakan Umat Islam

Umat manusia di dunia dewasa ini sedang berhadapan dengan berbagai krisis yang sangat membahayakan kehidupan manusia : krisis politik, sosial, ekonomi, moral, pendidikan, kemanusiaan dan berbagai macam krisis lainnya. Terjadi perselisihan, penzaliman, pembunuhan dan peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah. Masyarakat hidup mengikuti nafsunya masing-masing. Yang kaya menderita, susah hati dalam menjaga dan menambah kekayaannya, yang miskin tidak sabar, susah hati karena tak memiliki harta dan melihat si kaya dengan penuh cemburu. Pergolakan politik di kalangan elit tidak pernah berhenti laksana air laut yang senantiasa bergolak, saling jatuh-menjatuhkan perkara biasa, berebut jabatan mengorbankan nyawa, muda-mudi hidup berfoya-foya dan terlibat narkoba, maksiat di mana-mana, kriminalitas tidak berhenti, ibarat air sungai yang mengalir setiap waktu. Manusia hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Jiwa-jiwa masyarakat tidak tenang, mereka bagai hidup dalam neraka dunia. Continue reading

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW (IV-habis) : Kisah-Kisah Kecintaan Rasulullah Kepada Cucu-Cucunya

3-flowers.jpg

Baca kisah sebelumnya :

Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein

Sayidina Hassan

Sayidina Hussein

Rasulullah SAW sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka.

Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencoba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda:

“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain). Continue reading

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW (III) : Sayyidina HUSSEIN r.a

red-rose.jpg

Baca juga kisah sebelumnya :

Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein

Sayidina Hassan

Sayyidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Syaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Sayyidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Sayyidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.

Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Sayyidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam. Continue reading

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW (II) : Sayyidina HASSAN r.a

yellow.jpg

Baca Juga Kisah Sebelumnya : Sayidina Hassan dan Sayidina Hussein

Sayyidina Hassan adalah cucu Rasulullah SAW dari puteri bungsu baginda yang paling disayanginya yaitu Siti Fatimah Az Zahra dan menantunya Sayyidina Ali, yang juga merupakan Sahabatnya yang sangat disayangi baginda.

Sayyidina Hassan lahir kira-kira sebulan sebelum Perang Uhud. Menurut ahli-ahli sejarah, tarikh lahirnya yang tepat ialah pada 15 Muharram. Namanya telah diberikan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Nama ‘Hassan’ itu tidak pernah digunakan di Tanah Arab di zaman jahiliyah. Rasulullah SAW sangat gembira sekali dengan kelahiran Sayyidina Hassan.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa Sayyidina Hassan adalah salah seorang penghuni Syurga dan seorang yang paling mirip wajahnya dengan baginda. Pernah baginda bersabda kepada Sayyidina Hassan sendiri:

“Engkau menyerupai aku baik tentang bentuk rupamu maupun tentang akhlak.”

Bahkan Sayyidina Ali sendiri pernah berkata:

“Hassan menyerupai Rasulullah dari dada sampai ke kepala. Tetapi Hussin menyerupai Rasulullah di bahagian-bahagian lainnya, dari dada sampai ke bawah.” Continue reading

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW (I) : Sabda-Sabda Rasulullah Tentang Sayidina Hassan dan Sayidina Hussin

3-flowers.jpg

1. Terhadap Sayyidina Hassan

“Baik tubuhmu maupun perilakumu serupa dengan tubuhku dan perilakuku.”

“Anakku ini adalah penghulu. Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan , dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”


2. Terhadap Sayyidina Hussin

“Hussin daripadaku dan aku daripada Hussin. Allah akan mencintai sesiapa yang mencintai Hussin ra.”


3. Terhadap kedua-duanya

“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

“Hassan dan Hussin adalah dua kebangganku di dunia ini.”

“Bahwa Hassan dan Hussin termasuk nama-nama yang terdapat dalam Syurga dan kedua nama tersebut tidak terdapat pada zaman jahiliah.” Continue reading