IKHWAN Travel & Tour : Bermusafir Menghayati Kebesaran Tuhan

please visit : www.myislamictours.com

Mengembara atau bermusafir merupakan tradisi orang-orang soleh. Ianya merupakan antara cara untuk mendidik akal, roh dan nafsu seseorang insan. Akal, roh dan nafsu yang terdidik akan melahirkan manusia yang berperibadi Agong. Kami menyediakan berbagai perkhidmatan berkaitan pelancongan dan pengembaran yang mengutamakan syariat bagi mendapat rahmat dan pengampunanNYA.

Oleh itu mengembaralah bersama kami untuk menghayati Kebesaran TUHAN.

Pix courtesy of Heliconia’s Flickr

Pengerusi Eksekutif

Pelancongan Menurut Islam

Sekiranya kita ke pejabat Imigresen kita akan lihat ramai yang berurusan untuk dapatkan paspot antarabangsa ialah orang bukan Islam. Secara mudah kita berfikir bahawa orang Islam tak banyak duit berbanding orang bukan islam untuk melakukan pengembaraan ke luar negara.

Soalnya ialah mengapa orang Islam sudah hilang keupayaan yang pernah dimiliki iaitu menjadi umat yang dapat bertebaran diseluruh muka bumi Tuhan, membawa Islam dan menjadikan bumi ini kampung halaman mereka untuk mereka dapat hidup dan mati dimana mereka suka.

Ya, umat Islamkan pernah dapat melakukan pengembaraan ke mana-mana dan dibanggakan serta digeruni oleh kawan dan lawan.

Marilah kita ulangi kembali gaya hidup ini untuk kita menjadi bangsa yang berwibawa. Sekali lagi kita kuasai bumi ini dengan menjadikan Tuhan sebagai matlamat dan agamanya sebagai cara dan tujuan pelancongan. Sesungguhnya Tuhan pasti akan memberi kerjasama dan pertolongan yang secukupnya bilamana kita mahu menjadikan Dia sebagai cita-cita kita.Tuhan yang dilupakan, walhal Dia sangat mampu untuk mengubah kita dari zaman yang gelap gelita dan tersiksa kepada zaman cahaya yang penuh bahagia. Ruginya kalau Tuhan terus dilupakan dalam mengisi program perjalanan hidup ini, walhal Dia itu cukup kaya.

Jomlah kita melancong kebumi Tuhan bersama Tuhan, masakan kita tidak dilayan. Sedangkan Tuhan adalah Zat yang berjanji untuk mengembalikan semua yang hilang kepada umat Islam.

Amin. Amin. Amin. Ya Tuhan.

Sekian.

Advertisements

4 comments on “IKHWAN Travel & Tour : Bermusafir Menghayati Kebesaran Tuhan

  1. Tahniah kepada Abuya Ashaari Muhammad dan Global Ikhwan. Semakin nampak berwibawa di seluruh pelosok negara. Semoga usaha demi usaha semakin membuktikan kelayakan Abuya dalam memberikan solusi untuk negara ini.

    Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

  2. Saya mendengar baru-baru ini syarikat Global Ikhwan melancarkan produk Air Minuman Berkarbonasi dan Mee, setelah sebelumnya mengeluarkan produk Roti Ikhwan.

    Sepatutnya begitulah perjuangan Islam, menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam semua aspek, menyelamatkan dan menghiburkan kehidupan manusia.

    Tahniah untuk Ustz Ashaari Muhammad dan Global Ikhwan…

  3. itulah dia pemimpin yang di janjikan di akhir zaman kelahirannya bagaikan kelahiran Rasulullah di zaman baginda kedatangannya di nantikan malaysia bagaikan madinah kedua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s