Nostalgia Di Bumi Anbiya’ – SYRIA / SYAM

Syria yang dulunya terkenal dengan sebutan Syam adalah tempat yang menjadi medan perjuangan para Rasul terdahulu. Malah Rasulullah SAW pernah datang berdagang ke sini ketika zaman kecil dan remaja baginda. Syria menyimpan banyak khazanah dan tempat–tempat bersejarah ,baik sejarah kehidupan sebelum dan awal masihi mahupun sejarah kekhalifahan Islam kerana Damsyik sebagai ibu kota Syira adalah merupakan pusat kekhalifahan Bani Umayyah pada 661M.

Sejarah merakamkan dua empayar Rom dan Parsi kalah di atas pangkuan para-para sahabat yang gagah., meskipun bilangan mereka sedikit tapi dengan Taqwa ALLAH membantu mereka membebaskan kota damsyiq dari kekejaman dan kekufuran kaisar bizantium (Romawi Timur).

Sewaktu pemerintahan islam bermulanya dengan Bani Umayyah, bahasa arab telah menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa yunani pada masa bizantium. Setelah itu Syria bekali-kali mengalami pergantian penguasa dari Islam, Tentera Salib Monggol, Mamluk, Othmaniah dan hinggalah dijajah oleh Perancis pada perang dunia 1 .

Pada masa kekuasaan Islam di bawah di bawah pemerintahan Bani Umayyah, Damsyik mencapai kemuncak kejayaannya sewaktu dijadikan ibu kota dan pusat pemerintahan oleh Muawiyah bin Abi Sofyan.

Muka bumi Syria terdiri dari bukit-bukit batu dan padang pasir. Mengalami 4 musim. Tanahnya yang subur kaya dengan sumber pertanian.

————————————————–

KARAK – ( satu tempat bersejarah di Syam yang mengingatkan kita pada sejarah Perang Muktah – Zaid Al Harithah – Jaafar Abi Thalib – Abdullah Rawahah – Nabi Nuh – Nabi Sulaiman – Zaid bin Ali Al Hussein )

 

Antara peperangan yang penting dan hebat ketika Rasulullah saw masih hidup ialah peperangan Muktah (629m). Ianya mengorbankan ramai para sahabat terdekat, yang syahid didalam pertempuran menentang tentera gabungan anatara Byzantine dan Ghassanid. Anda boleh menziarahi makam para sahabat seperti Zaid bin Harithah ra, Jaafar bin Abu Thalib ra, dan Abdullah bin Rawahah ra di Bandar Al Mazar AlJanubi berhampiran Karak.

Anak angkat Nabi Muhammad, iaitu Zaid bin Harithah telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan Muktah. Beliau berjuang dengan tiada tolok bandingnya, penuh keberanian sehinggalah beliau gugur sebagai syahid. Beliau adalah satu-satunya sahabat yang disebut didalam AlQuran. Didalam surah 33 ayat 37

“ Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia (habis iddah), supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin utk mangahwini isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya.Dan ketetapan Allah itu pasti terjadi”.

Wakil Panglima Tentera, Saidina Jaafar Abi Talib merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad saw, yang menggantikan Zaid memegang panji Islam, Saidina Jaafar digelar ‘Jaafar At Tayar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika mempertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Jaafar dikatakan memiliki ciri-ciri dan watak yang hampir sama dengan Rasululah saw. Beliau terkenal sebagai seorang yang murah hati terhadap golongan miskin dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasulullah. Jaafar juga dilantik bagi memimpin kaum Muslimin untuk berhijrah ke Abyssinia / Habsyah (Ethiopia).

Kaum Musyrikin menghantar perwakilan yang dipimpin oleh Amr bin Al Ash untuk membawa umat Islam kembali semula ke Mekah.Maka satu perdebatan pun telah terjadi dihadapan Raja Habshah, Jaafar dengan penuh keberanian, tidak sedikit pun gentar untuk menjelaskan mengenai Islam dan matlamatnya. Apabila Raja Habsyah meminta Jaafar menjelaskan pendapat Nabi Muhammad terhadap Nabi Isa as, Jaafar mendapati dirinya dalam kesukaran. Sebarang kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, akan membahayakan umat Islam dibawah perlindungannya.

Dengan bijaknya Jaafar menjawab: Aku akan memberitahu Tuanku pendapat Nabi Muhammad mengenai Nabi Isa, di mana Allah berfirman;

Isa adalah utusan Tuhan yang dilahirkan oleh Mariam’. Berdasarkan jawapan tersebut, Raja Habshah membenarkan kaum muslimin tinggal di Habshah untuk mendapatkan perlindungan.

Saidina Abdullah bin Rawahah adalah pengganti ketiga dalam mengetuai tentera Islam, selepas Zaid dan Jaafar syahid didalam peperangan Muktah. Abdullah terkenal dikalangan para sahabat kerana ketaatan, kepatuhan dan kesabarannya.

Beliau juga seorang yang bertaqwa dan tidak mementingkan diri disamping seorang tentera yang berdedikasi. Beliau juga adalah penyair yang terkenal dizamannya dan dilantik sebagai penyair Rasulullah. Sebelum beliau syahid di medan peperangan Muktah, Abdullah telah berkata kepada tentera Islam, yang ketika itu sedang berhadapan dengan tentera musuh yang amat ramai bilangannya dari gabungan tentera Byzantine dan Ghassanid,

“ Wahai tenteraku! Jika kamu tidak terbunuh, kematian akan datang juga dalam apa cara sekalipun, takdir kematian sedang menanti, apa yang kamu cita-citakan telah pun dikabulkan,jika kamu lakukan sepertimana Zaid dan Jaafar lakukan, sesungguhnya kamu akan mendapat petunjuk”

Disekitar Kerak terdapat lagi makam-makam yang bermakna dalam Islam. Anda boleh menziarahi makam Nabi Nuh as di Bandar Kerak. Tuhan mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya untuk memberi peringatan atas seksaan yang berat keatas mereka jika mereka masih terus menyembah berhala. Kenyataan ini dinyatakan dalam Al Quran (surah 71,ayat 1-3) yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (Kami berfirman): ‘berilah kaummu peringatan sebelum datang kepanya azab yang pedih’.Nuh berkata: ‘Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi ingatan yg menjelaskan kepada kamu,(iaitu)sembahlah olehmu Allah,bertakwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku’.

Dianugerahkan dengan kebijaksaan dan ketaatan Raja Bani Israel, Nabi Sulaiman as yang makamnya terletak di Sarfah berhampiran Karak. Nabi Sulaiman mempunyai kekuasaan yang hebat sehingga baginda dapat mengawal angin,menguasai bangsa Jin dan dapat memahami bahasa burung-burung dan segala binatang.Islam mengiktiraf Nabi Sulaiman sebagai Nabi yg sempurna sepertimana ayahandanya Raja/Nabi Daud as. Nabi Sulaiman disebutkan didalam AlQuran didalam 16 buah ayat.

Di Karak juga terdapat makam Saidina Zaid bin Ali Al Hussein ra. Beliau adalah cucunda Rasulullah yg hebat dan merupakan pemimpin umat Islam yang terkenal dengan keadilannya, kemuliannya dan berpengetahuan luas. Dalam menceritakan mengenai Zaid, Imam Jaafar Al Sadiq ada menyebut: “Dikalangan kami, Zaid adalah paling baik dalam membaca AlQuran, paling arif dalam agama,dan paling penyayang terhadap keluarga dan sahabat handai”.

Di persekitaran Karak, Istana Crusaders antara yang menarik untuk dilawati. Apabila Raja Baldwin II, yg menandatangani gencatan senjata dengan Sultan Salahudin telah mangkat, Reynald de Chatillion menggantikan tempatnya diawal 1180an. Beliau mempunyai reputasi yang tidak baik, seorang yang tidak jujur , pengkhianat dan kejam. Baginda mengingkari perjanjian, dan memerangi tentera Salahudin dengan angkatan tentera yg besar,yang membawa kepada kekalahan pada tentera Salib sendiri yg berkerjasama dengan Raja Guy dari Baitulmaqdis. Reynald telah dipenjarakan dan beliau adalah satu-satunya Raja Tentera Salib yang dijatuhkan hukuman mati oleh Sultan Salahudin.

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah lagi Istana Crusaders terletak di bandar Shobak. Istana ini digelar Mont Real kerana binaan luarnya yang sangat hebat dengan pagar yg menggerunkan dan dikelilingi 3 lapisan dinding yang tebal.Sungguhpun memiliki skruktur yang sukar ditembusi,ia akhirnya jatuh ketangan Sultan Salahudin selepas berusia 75 tahun dari pembinaannya.

Entri ini disadur dari http://leith500.blogspot.com

Advertisements

One comment on “Nostalgia Di Bumi Anbiya’ – SYRIA / SYAM

  1. Assalamu’alaikum wr. wb. Salam kenal 🙂

    Cerita bagus nih, kita orang Islam harus bangga dengan sejarah kita sendiri, agar dapat meneladani apa yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di masa lampau. Sayangnya cerita seperti ini sedikit sekali dikasih di sekolahan.

    – fauzan –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s