Pemimpin Yang Dibantu Oleh Allah Naiknya Tidak Diduga

Lihat : Peringatan Untuk Pemimpin…Menunggu Pemimpin SUPER SOLEH , He will be sent when people differ & the Earth quakes !

Mari kita merenung sejarah, tentang kedatangan beberapa orang pemimpin di kalangan masyarakat Islam yang kemunculan mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman mereka. Kenaikan mereka itu mengikut kaedah luar biasa, iaitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Kemunculan mereka telah menjadi satu kontroversi yang sengit pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dianggap tidak layak bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin. Mereka tidak semestinya daripada kalangan istana, pembesar, bangsawan, orang kaya, lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin. Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT.

Berikut ini beberapa contoh yang berlaku dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, yang mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman masing-masing kerana dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT. Selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang memang sudah dimaklumi dilantik oleh. Allah SWT, manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah ialah Thalut, Sultan Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi. Mereka ini telah menempa sejarah gemilang untuk Islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi cabaran dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Secara ringkas tentang kepimpinan setiap mereka ini adalah :

1. THALUT

Kisah Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut, tapi apabila Allah datangkan pemimpin itu mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran:

Terjemahannya:
Nabi mereka menyarakan kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih baik mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi mereka berkata, “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dun menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas Pemberiannya lagi Maha Mengetahui . (Al Baqarah: 247)

Begitulah kontroversi yang berlaku dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh kerana Thalut seorang rakyat biasa, bekerja sebagai petani, bukan daripada golongan atasan, bangsawan, hartawan dan cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu dalam menerima kepimpinan Thalut. Mereka rasa terhina untuk mengikut Thalut, kerana mereka rasa mereka lebih mulia dan lebih layak. Mereka telah menentang Thalut walaupun waktu itu mereka benar-benar memerlukan seorang pemimpin. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat. Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima daripada musuh-musuhnya luar dan dalam, maka akhirnya dia berjaya juga. Jalut akhirnya dapat dikalahkan.

2. SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tenteranya yang baik. Para sahabat masing-masing berharap pada zaman merekalah perkara itu berlaku. Tiada siapa yang dapat menduga bahawa Muhammad Al Fateh yang dapat mengIslamkan Rom (Konstantinopel). Tapi demikianlah kehendak Allah.

Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki. Ketika berumur 20 tahun, Muhammad sudah menjadi sufi. Tiada siapa yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta meng-Islamkan Konstantinopel dalam umur 23 tahun.

Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya
. Padaha1 sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba daripada generasi ke generasi untuk menawan Konstantinopel. Di antara sahabat yang mencuba ialah Abu Ayub Al Ansari r.a. Walhal Turki waktu itu mempunyai ramai ulama besar.

Semenjak mendapat tahu yang Rasulullah berkata bahawa Rom (Konstantinopel) akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa kejatuhan itu bukan di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih mantap daripada orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu. Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh (gelaran yang diberi kepada Muhammad) yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom dan akhirnya meng-Islamkannya.

Hal ini sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka lebih berilmu daripada Muhammad Al Fateh. Anak raja ini bukanlah ulama ulung. Ilmunya sederhana cuma dia terdidik, dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan. Konstantinopel itulah yang ditukar namanya kepada Istanbul sekarang ini.

3. SALEHUDIN AL AYUBI

Beliau muncul sewaktu Palestin berada dalam tangan Kristian dan pada waktu Universiti Al Azhar dikuasai oleh golongan Syiah. Beliau bukanlah ulama atau pengarang kitab yang terkenal di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam pada zamannya itu adalah sesuatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga. Tetapi memang begitulah kehendak Allah.

Sejarah memberitahu kita bahawa beliau dan pengikutnyalah yang telah merampas Palestin daripada Kristian dan juga mencorakkan kembali Universiti Al Azhar dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Beliau menggalakkan ajaran tasawuf dan tareqat. Sejak itu pertumbuhan tareqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tareqat.

Advertisements

5 comments on “Pemimpin Yang Dibantu Oleh Allah Naiknya Tidak Diduga

  1. Sejarah kan berulang, membawa kenangan silam.
    Semoga Tuhan segerakan kedatangan pemimpin sejati untuk zaman ini. Terima kasih.

  2. intinya kan lebih dulu mesti ada mandat, barulah umat mendapat jaring selamat. katanya pemimpin yang baik kan bukan yang terkuat, terpintar, terkaya, atau terhebat. tapi, mereka yang jernih dah rendah hatinya.

  3. betul sitijenang, yaitu mandat dari Tuhan. Syarat utamanya adalah TAQWA, yang anda sebutkan itu adalah sifat2 yang ada dalam diri orang bertaqwa..

    Mandat dari Tuhan kepada pemimpin ini bentuknya bisa wahyu yaitu apabila yang ditunjuk adalah para Nabi dan Rasul. Berbentuk Hadis-hadis, diantaranya Rasulullah menyebutkan mengenai adanya para Mujaddid di setiap zaman, Muhammad Al Fateh juga di sebutkan dalam Hadis, kemudian juga Pemimpin akhir zaman bergelar Al Fata At Tamimi, juga Khalifah Akhir zaman ( Imam Mahdi ). Selain itu ada yang dikuatkan dengan ilham orang2 bertaqwa, seperti naiknya Umar bin Abdul Aziz sudah di isyaratkan oleh sayinida Umat ibnu Khattab, dsb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s