Sudahkah Cinta Pada Allah ?

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ( Al Anfaal : 2 )

Ada pepatah Melayu yang berbunyi “Tak kenal maka tak cinta”. Orang yang cintakan Tuhan itu ialah orang yang benar-benar kenal Tuhan dengan hatinya iaitu dia dapat rasa bertuhan. Dia bukan setakat tahu atau ada ilmu tentang sifat-sifat Tuhan tetapi dia boleh merasakan sifat-sifat Tuhan itu dihatinya. Orang seperti ini dinamakan al ’arifbillah.

Kalau hanya setakat tahu sifat-sifat Tuhan, kita tidak dapat cinta pada-Nya. Tahu atau ilmu itu baru diakal. Walhal Tuhan bukanlah entiti yang boleh dijangkau oleh akal. Kita mesti kenal Tuhan melalui hati iaitu dapat merasarasakan sifat-sifat Tuhan itu. Contohnya, kalau kita tahu Tuhan Maha Melihat, maka kita kena rasa sungguh-sungguh di hati bahawa Tuhan itu benar-benar melihat apa sahaja yang kita lakukan. Alat untuk mengenal Tuhan itu ialah hati.

Allah itu mempunyai segala sifat-sifat yang Maha Sempurna, tidak seperti manusia. Sebab itu, ada manusia, kalau kita kenal dia, kita suka padanya. Ada pula manusia, kalau kita kenal dia, kita benci padanya. Ini kerana manusia itu ada yang bersifat baik dan ada yang bersifat jahat. Tetapi kalau kita kenal Tuhan, wajib bagi kita jatuh hati dan cinta pada-Nya kerana sifat-sifat Tuhan itu penuh kesempurnaan. Tuhan itu Maha Baik.

Siapa kenal Tuhan, pasti dia cinta Tuhan. Siapa cinta Tuhan, pasti dia kenal Tuhan. Siapa tidak cinta Tuhan, tanda dia belum kenal Tuhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s