Bagaimakah Yang Dikatakan Masyarakat MADANI ?

Masyarakat madani ialah masyarakat Islam yang maju atau memiliki peradaban tinggi. Ia maju kerana anggota-anggota di dalam diri umat Islam itu dapat dibangunkan atau dimajukan berpaksikan iman atau akidah atau tauhid.

1. Akalnya dapat dibangunkan dengan bermacam-macam ilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya. Dipenuhi pula dengan pengalaman-pengalaman.

2. Jiwanya dapat dibangunkan rasa tauhid atau rasa bertuhan, sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal, lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah dan zuhud.

3. Nafsunya dapat dibangunkan (dibersihkan daripada nafsu ammarah kepada lawwamah seterusnya mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah). Paling tidak, dapat dibangunkan kepada nafsu mulhamah. Di sini sudah sampai kawasan selamat. Lebih daripada itu ia merupakan subsidi dari Allah iaitu darjat-darjat dan pangkat-pangkat yang lebih tinggi lagi di kalangan orang mukmin.

Membangunkan jiwa dan nafsu ini, ia bersifat rohaniah. Kemudian anggota lahirnya (jawarih) dapat membangunkan kemajuan fizikal berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman. Di antaranya ialah membangunkan keperluan-keperluan kehidupan dunia yang bersifat material seperti makan minum yang
sebaik mungkin, tempat tinggal dan tempat kerja yang secanggih mungkin. Juga dapat membangunkan kemudahan-kemudahan hidup seperti jalan raya yang baik, kenderaan yang canggih mengikut zamannya, alat-alat senjata yang canggih dan seimbang atau lebih untuk keperluan semasa demi mempertahankan
maruah agama, bangsa dan tanah air daripada serangan-serangan musuh.

Kalau begitu, masyarakat madani adalah satu masyarakat yang wujud begitu unik, indah, menyenangkan dan selesa kerana di dalamnya penuh dengan sifat-sifat dan ciri-ciri ukhwah, kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama, menyenangkan, bersatu padu, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doa-mendoakan, bertolong bantu, pemurah dan berani. Di sudut kerohaniannya, berdisiplin dan bersih daripada dosa serta noda. Kalau berlaku pun terlalu sedikit atau ada tetapi tidak dapat dilihat kerana ia telah tenggelam dengan pahala atau kebaikan yang tercetus dari masyarakat Islam.

Anggota masyarakatnya benar-benar hidup di dalam suasana aman makmur, maju, membangun, berkemudahan di dalam serba-serbi, makan minum cukup atau boleh jadi mewah, pakaian serba ada, tempat tinggal selesa, perhubungan mudah, perniagaan, industri, pertanian dan pendidikan maju.

Semua orang ada kerja. Tidak ada orang yang menganggur. Mudah beragama, senang mencari rezeki, mudah belajar, tempat-tempat rawatan penyakit banyak dan menyenangkan. Maruah agama, bangsa dan negara terjaga. Semua aspek hak-hak asasi manusia terjamin. Ia dijaga dan dipertahankan. Siapa yang mencerobohnya diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahannya.

Manusia rasa bebas membuat aktiviti. Namun di dalam kebebasan itu tidak pula melanggar peraturan dan tidak merosakkan hak asasi manusia. Manusia aktif tetapi berdisiplin. Rajin tidak pula sampai melanggar etika masyarakat. Di dalam maju, suasana tenang. Di dalam kesibukan, tidak ada pelanggaran undang-undang.

Bertemu, bergaul, berbincang, bermesyuarat, bercakap tetapi dengan penuh bersopan serta rendah diri. Tidak ada orang yang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Di dalam suasana hormat-menghormati, jaga-menjaga, ingat-mengingati, tegur-menegur, sayang-menyayangi. Berlumba-lumba membuat kemajuan dan kebaikan tetapi tidak ada hasad dengki. Ia bersifat selamat dan menyelamatkan.

Sebenarnya kaedah dan cara untuk membangunkan masyarakat madani sudah pun dijelaskan oleh ajaran Islam, melalui Al Quran dan Sunnah. Gambaran secara realitinya dan amali yang telah berlaku pula telah dipaparkan oleh buku-buku sejarah. Oleh itu hari ini kita bukan hendak mencari-cari kaedah dan bentuk masyarakat. Kaedah telah ada. Al Quran dan Sunnah cukup terang tentang itu. Gambaran masyarakat yang wujud sekitar 3 kurun, jelas sekali telah dipaparkan oleh buku-buku sejarah

Apakah yang patut kita buat? Yang patut kita buat ialah mengusahakan supaya orang-orang Islam mahu memperjuangkannya, menggesa agar umat Islam boleh menerima kaedah itu dan bagaimana agar sampai gambaran masyarakat Islam (masyarakat madani) itu boleh diterima oleh umat Islam.

Advertisements

2 comments on “Bagaimakah Yang Dikatakan Masyarakat MADANI ?

  1. Artikelnya menarik, ada buku2 yang lebih menjelaskan/memaparkan ttg masyarakat madani tdk ? (atau referensi artikel ini ). Boleh tau kan? tlg dibalas ya! Saya sgt tertarik, bila anda ada buku2nya tlg jg diberitahu, akan saya bayar.

  2. Terima kasih mega.
    Artikel-artikel dalam blog ini kebanyakan saya ambil dari tulisan Syaikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.

    Profil singkat beliau boleh di lihat di sini :
    https://aboutmiracle.wordpress.com/sufi-worldwide
    Artikel di atas saya ambil dari sebuah buku beliau berjudul
    “Buah Fikiran Abuya Ashaari Muhammad”

    Boleh download pdf-nya di sini :
    http://www.scribd.com/doc/2909809/Buah-Fikiran-Abuya-Ashaari-Muhammad-I-

    Beberapa buku2 beliau yang lain juga ada di sini.
    http://www.scribd.com/people/view/827274-aboutmiracle
    dan
    http://www.box.net/shared/k1gtlcl7b8

    Selain banyak sekali buku-buku beliau yang tidak dapat saya upload di sana yang membahas mengenai berbagai hal mengenai Islam. Jika anda tertarik mungkin saya dapat emailkan terkait artikel2 apa yang ingin anda baca.

    Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s