Pemimpin-Pemimpin Adil Sepanjang Sejarah. Who’s the Next…!?

Dari Jabir bin Samurah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata, “Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku, lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.” (At-Tarmizi)

Sabda Nabi SAW,
Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”(Abu Daud)

Links : Mujaddid , Mujaddid Pemimpin Pewaris Rasul : Khazanah Yang Telah Dilupakan Umat Islam

——————————————————–

Inilah diantara Pemimpin-Pemimpin yang sudah dikhabarkan Rasulullah SAW :

1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA.

Baginda adalah khalifah yang pertama dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.

——————————-

2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA.

Orang yang paling tinggi ilmu ketuhanannya di kalangan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk zamannya. Datang dari Bani Adi, iaitu salah satu puak dari kaum Quraisy. Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaik-baik umat Muhammad SAW dan sudah dibayangkan oleh beberapa buah hadis. Umurnya juga sama panjang dengan umur Rasulullah SAW.

——————————-

3. Khalifah Osman bin Affan RA.

Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau adalah salah seorang yang dijamin syurga.

——————————-

4. Khalifah Ali bin Abi Talib KMW.

Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiah. Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.

——————————-

5. Sayidina Hasan bin Ali RA.

Amat minoriti sejarawan Islam yang memasukkan namanya sebagai Khulafa ur-Rasyidin kelima, selepas Sayidina Ali KMW. Tempoh pemerintahannya yang amat pendek itu menyebabkan namanya ‘terkeluar’ daripada senarai Khulafa ur-Rasyidin. Jika dimasukkan juga, masih tidak bercanggah dengan tempoh yang ditetapkan oleh hadis sahih yang menyatakan tempoh pemerintahan Khulafa ur-Rasyidin yang selama 30 tahun itu.

——————————-

6. Sayidina Muawiyah bin Abu Sufian.

Merupakan sahabat Nabi SAW, walaupun lambat Islamnya. Diangkat sebagai salah seorang penulis wahyu. Datang dari Bani Umaiyah. Dan Bani Umaiyah itu memang salah satu suku yang terkenal di kalangan kaum Quraisy. Naiknya sebagai khalifah sudah disebutkan oleh Nabi SAW secara tersurat di hadapannya sendiri dengan disaksikan oleh Ummu Habibah RA. Beliau adalah tokoh sejarah yang amat kontroversi dan ramai ahli sejarah yang ‘terluncur pena’ lalu mengutuknya dari segenap penjuru, sedangkan beliau adalah sahabat Nabi SAW juga. ‘Perangainya’ yang kurang dipersetujui oleh ahli sejarah sebenarnya adalah dari segi ijtihad politik sahaja, bukan dari segi agama. Ini perlu dibezakan dan diketahui baik-baik. Sayangnya, perkara inilah yang gagal diperhatikan dan gagal pula difahami oleh sejarawan sehingga mereka menerima sahaja riwayat-riwayat Syiah yang memburuk-buruk dan mengutuknya sehabis-habis hati.

——————————-

7. Sayidina Abdullah bin az-Zubair RA.

Anak kepada Zubair bin Al-Awwam RA. Anak angkat kepada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RA. Pemerintahannya cuma di Makkah tetapi naiknya sebagai pemerintah sudah disebutkan oleh para sahabat RA. Matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan oleh mereka. Disayangkan, ramai ahli sejarah Islam dan pengkaji yang turut ‘terluncur pena’ dengan menyatakannya sebagai pemberontak kepada kerajaan Bani Umaiyah. Maka banyaklah riwayat batil mengenai dirinya diambil oleh para sarjana tanpa memeriksa betul tidaknya riwayat itu, dan tanpa mengira siapa peribadi yang mereka kutuk itu. Juga datang dari kalangan kaum Quraisy yang terkenal.

——————————-

8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Lahir dari pertemuan dua khalifah berketurunan Quraisy iaitu dari keturunan Sayidina Umar al-Khattab RA yang datang dari suku Bani Adi dan dari keturunan Bani Umaiyah yang sedang memerintah ketika itu. Merupakan mujaddid kurun pertama, sekaligus yang memerintah. Itulah yang dikatakan sebagai Sahibul Zaman. Pemerintahannya memang adil walaupun hanya sekejap sahaja dan ini sudah tidak perlu dihuraikan lagi. Kealiman dan kewarakannya amat menakjubkan hati seluruh umat Islam, sejak dahulu hinggalah ke hari ini. Banyak jasanya yang masih diamalkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia hingga ke hari ini, dan ini menjadikan beliau seorang khalifah dan ilmuwan sejati yang mengagumkan. Ahli-ahli sejarah tidak jemu-jemu mengorek rahsia hidupnya, dan rahsia kejayaannya, tetapi mereka masih tidak menemui apa-apa.

Picture of Blue Mosque Interior
——————————-

9. Sultan Muhammad al-Fateh.

Walaupun bangsa Turkinya tebal, namanya sudah dinyatakan oleh hadis-hadis yang menyebutkan pembuka Kota Konstantinopel adalah oleh sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Dikatakan bahawa ibunya adalah datang dari keturunan Quraisy walaupun sudah agak jauh Quraisynya. Beliau adalah raja yang berjiwa sufi, amat taatkan perintah Allah dan amat tawakal kepada Allah, dari segi zahir dan batinnya

——————————-

Whos the NEXT Leaders….?!

Advertisements

One comment on “Pemimpin-Pemimpin Adil Sepanjang Sejarah. Who’s the Next…!?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s