Kearah Negara Yang Bertaqwa…

Pada masa khalifah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Sayidina Umar Al Khattab r.a memegang jawatan Khadi ( Hakim ). Suatu hari Sayidina Umar mengemukakan satu usul kepada Khalifah Abu Bakar r.a. Berkata Sayidina Umar, “aku memohon dibebaskan dari jawatan ini”.

Khalifah Abu Bakar r.a sungguh terkejut mendengar usul Sayidina Umar tersebut dan bertanya, “terlalu beratkah tugas tersebut, ya Umar?”

Sayidina Umar menjawab, “Tidak ya Khalifah Rasulullah. Tetapi aku sudah tidak diperlukan untuk menjadi Khadi kepada Kaum Muslimin. Mereka semua sudah bertaqwa dan tahu kewajipan masing-masing sehingga tiada yang menuntut lebih daripada haknya.

Mereka tahu kewajipan sehingga tiada seorang pun yang merasa perlu menguranginya. Mereka menyintai saudaranya yang lain seperti menyintai dirinya. Kalau salah seorang tidak hadir, mereka mencarinya. Kalau ada yang sakit mereka menziarahinya. Kalau ada yang tidak mampu, mereka membantunya. Kalau ada yang memerlukan pertolongan, mereka segera menolongnya. Kalau ada yang kena musibah mereka menyampaikan rasa dukacita. Agama mereka adalah nasihat.

Akhlak mereka adalah amar makruf dan nahi mungkar. Kerana itulah tidak ada alasan bagi mereka untuk bermusuhan.”

Syariat Islam sahaja yang hendak didaulatkan tanpa ter- lebih dahulu manusia mengenal Allah SWT, takut dan cinta, membesar dan mengagungkan Allah SWT maka syariat Tuhan itu sangat tidak dihormati.

Selama ini pun realitinya, di mana saja terdapat manusia yang mengabaikan syariat Tuhan puncanya ialah kerana manusia tidak takut kepada Allah SWT. Berapa ramai yang melakukan pelanggaran syariat, tidak lain puncanya ialah kerana hatinya tidak merasa kehambaan dan tipisnya rasa bertuhan.

Tanpa bertunjangkan iman dan tauhid yang mendalam, walaupun berjaya menegakkan hukuman sahaja, namun orang ramai tidak bertuhan juga. Dan bila-bila masa saja sangat terdedah kepada pelanggaran hukum dan syariat. Tidak berbeza dengan pemerintahan kerajaan ideologi. Malah dalam kerajaan ideologi yang jauh lebih banyak undang-undang dan hukuman serta lengkap dengan mekanisma perlaksanaan undang-undang dan hukuman, itupun ramai yang berjaya melepaskan diri dari berbagai hukuman. Ada seribu satu macam cara orang boleh melepasi hukuman terutamanya pihak yang berkuasa atau punya harta kekayaan.

Golongan yang jarang terlepas ialah rakyat jelata atau sering diistilahkan sebagai ikan bilis. Undang-undang Islam jika berjalan atau dilaksanakan bukan atas dasar iman, mereka yang sabit kesalahan dan menerima hukuman ertinya mereka dua kali kena hukum. Di dunia sudah terhukum dan di Akhirat sekali lagi dihukum dengan bakaran api Neraka.

Mengapa pula mereka tidak terlepas dari hukuman Akhirat? Sebabnya ialah tanpa iman, hukuman dunia tidak menginsafkan mereka dan tidak membawa kepada bertaubat. Ini amat berbeza sama sekali andainya manusia ini beriman. Di dunia mereka tidak melakukan pelanggaran undang-undang kerana mereka hidup berpegang kuat kepada syariat Tuhan. Kalaupun terlanggar juga yang bukan dari kehendak hatinya maka orang beriman akan segera bertaubat. Andainya terhukum di dunia, di Akhirat pula mungkin mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.
Kita tentu membaca sejarah bagaimana adanya orang yang menyerah diri kepada Rasulullah SAW, mengaku berzina dan meminta dihukum. Apa yang mendorong orang itu dengan penuh rela mengaku dan sekaligus minta dihukum? Pendorongnya ialah iman, tauhid, takut kepada Allah SWT.

Satu perkara lagi ialah bukankah lebih baik manusia itu tidak melakukan pelanggaran syariat yang mana benteng paling utuh ialah iman. Berbanding dengan membiarkan masyarakat melanggar syariat yang kemudiannya dihukum.

Dengan kata-kata lain orang yang benar-benar beriman itu tidak berzina, mencuri atau minum arak dan lain-lain kemungkaran. Inilah pencegahan paling berkesan dan sempurna. Iaitu mencegah daripada melakukan maksiat dengan kekuatan iman berbanding dengan hukuman yang berjalan setelah
orang melakukan kejahatan. Kesimpulannya, hukuman dalam Islam hanyalah jalan keluar terakhir setelah dilakukan berbagai cara, kaedah, agenda dan program pencegahan terutamanya keimanan dan ketaqwaan.

Advertisements

2 comments on “Kearah Negara Yang Bertaqwa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s