ULAMA Sejati

dewdrop-ulama.jpg

Sedikit Biografi 3 Ulama Muktabar :

————————————————–

1. Imam Al Ghazali

Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syria. Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis.

Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku.
Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.

2. Imam Sayuti

Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab.

Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis),

Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi.

Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab.

Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah [bertemu dalam keadaan jaga] dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.

3. Imam Nawawi

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya.

Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal.

Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi.

Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya.

Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.

Kami mahukan ulama macam Imam Maliki,
Macam Imam Hanafi, macam Imam Hambali,
Macam Imam Syafie

Kita perlukan ulama macam Imam Ghazali
Macam Imam Sayuti
macam Imam Nawawi,
Macam Imam Zarkawi

Mereka itu contoh ulama bagi kita
Bagi siapa yang nak jadi ulama setiap masa
Peribadi mereka itu boleh dicontohi

Mereka adalah ikutan bukan sahaja
Untuk orang biasa tapi ulama setiap masa
Akhlak mereka sangat mulia
Ilmu mereka sangat ketara

Ibarat cahaya mentari setiap hari
Ulama itu bukan hanya sebagai nama
Ilmu mereka adalah global

Kami mahukan ulama macam Imam Maliki
Macam Imam Hanafi, macam Imam Hambali,
Macam Imam Syafie

Setiap masalah diketahui oleh mereka
Akhlak mulia meraka terselah,
Ibadah mereka banyak sekali

Siapa yang hendak menjadi ulama
Mereka itu adalah contoh ulama setiap masa
Kalau ulama setiap zaman macam mereka
Ada pimpinan suri tauladan untuk ikutan

Kita perlukan ulama macam Imam Ghazali
Macam Imam Sayuti, macam Imam Nawawi

Macam Imam Zarkawi..

Ikutlah macam mereka…

Advertisements

3 comments on “ULAMA Sejati

  1. Assalamu’alaikum Khi
    Subhanallah, begitu mulia sepanjang hidup dan kehidupan Beliau-Beliau. Semoga Allah, menempatkan Beliau semua dalam kenikmatan syurga-Nya. Amin.
    Wassalam

  2. adakah untuk mencapai tahap mendapat ilmu laduni itu memerlukan ilmu ibadah yang tinggi,bersuluk,atau mendalami ilmu agama?atau adakah ianya pemberian?tetapi bagaimana pula bagi yang bersungguh2 menginginkannya?

  3. Allah SWT banyak berjanji kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa, salah satunya :

    “Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)

    Jadi syarat untuk mendapatkan ilmu ilham ini adalah Taqwa. Sebab orang bertaqwa selalu dibantu oleh Allah sekalipun dia tidak memintanya, tercukupi keperluannya, Tuhan jamin rezekinya.

    Syaratnya bukan banyaknya ibadah, sebab ibadah tidak selalunya menjadikan seseorang itu bertaqwa. Seseorang yang bangga akan banyaknya ilmu serta ibadahnya , sesungguhnya tertipu. Ibadah biarlah sedikit tapi istiqamah, kerena istiqamah itulah satu syarat mencapai taqwa. Ibadah biar sedikit tetapi dapat melahirkan sifat2 taqwa dan rasa kehambaan dalam diri. Ilmu biarlah sedikit namun praktikal dan boleh menyuluh dalam setiap tindakan.

    Dan untuk mencapai taqwa mestilah memiliki MURSYID yang membimbing. Maka kita hendaknya mencari guru yang mursyid ini untuk mencapai Taqwa seperti halnya para Sahabat dapat mencapai taqwa kerana bermursyid kepada Rasulullah SAW

    Silakan baca artikel ringkas di sini :

    Hikmah dan Ilham, saluran Ilmu yang sudah hilang dari umat Islam modern

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s