Misteri CodeName “SYUAIB BIN SALEH” bagi Fata At Tamimi

LINKS : FATA AT TAMIMI – WHO IS HE ?

FIGUR : PUTERA BANI TAMIM – Pemimpin Sejati Yang Dinantikan Dunia , Putera Bani Tamim Dalam Hadis – Datangilah Mereka Walau Terpaksa Merangkak Di Atas Salji , Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !

Sabda Nabi SAW, Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan Dialah pemegang Panji Panji Al Mahdi. ”

Sabda Nabi SAW, Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib bin Saleh.”

Ammar bin Yasir RA berkata, Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yang ramai menjadi persoalan orang mengenai sifat-sifat peribadi Putera Bani Tamim ( Fata At Tamimi ) adalah mengenai nama yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya, iaitu SYUAIB BIN SOLEH. Kenapa Syuaib bin Soleh? apakah ianya nama sebenar ataukah sebuah codename? Berikut penjelasaan serba ringkasnya :

Syuaib bin Soleh iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya,kenapa nama Pemuda Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Soleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Soleh itu adalah nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar, kenapa tidak benar-benar namanya Syuaib bin Soleh?

Sesungguhnya hadis ini adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil pula Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis daripada Nabi SAW adalah datang daripada Allah. Bagaimana pula Nabi SAW boleh berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

————————————

Dari segi bahasa Arab, kalimah SYU’BUN, bererti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa.

Manakala kalimah SYU’AIBUN, pula bererti suatu suku kecil dari sebuah kabilah.

Lagipun, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa Pemuda Bani Tamim itu, benar-benar bernama Syuaib bin Soleh.

Kalimah BIN itu pula berasal dari IBNUN, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki.

Maknanya peribadi SYUAIB itu adalah:

1.Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).

2.Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai,berjambang dan berserban).

3.Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berfikiran luas, sentiasa bergelumang dengan masyarakat dan jauh langkahnya).

4.Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama tulen, ulama mujahid, mujaddid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disekalikan namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara atau di TIMUR ini sahaja yang lazim berbuat demikian.

——————————————-

Kalimah SOLEH pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini membawa maksud seperti berikut :

1. Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sanskrit, nama tempatan atau dari bangsa yang bukan Islam.

2. Baik keperibadiannya iaitu dikenali sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.

3. Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikut akidah Islam yang sejati.

4. Baik keturunannya iaitu diketahui keturunannya adalah dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.

5. Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cintakan agama.

6. Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah sebati dengan dirinya sejak dari beliau kecil lagi.

7. Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai idea yang baik untuk merubah masyarakatnya ke arah menghayati ajaran Islam sejati pada ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.

8. Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

.————————————

Jika benar hadis-hadis berkenaan, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Soleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya?

Jawapannya:

1. Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, selamatlah beliau daripada diburu, dibunuh, dihalang atau diapa-apakan oleh musuh-musuh Islam yang sememangnya cuba menghalang kebangkitan Islam kali kedua ini dengan segala daya upaya mereka.

2. Supaya umat Islam berusaha mencari siapakah identiti sebenar Syuaib bin Soleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Pemuda Suku Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.

3. Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apatah lagi ketika itu memang orang ramai sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Pemuda Bani Tamim.

4. Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya)siapa sebenarnya Pemuda Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahawa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Soleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.

5. Untuk menipu pihak musuh Islam. Oleh kerana tiada huraian lanjut para ulama terhadap keperibadian Pemuda Suku Tamim ini, pihak musuh menyangka bahawa namanya menang benar-benar Syuaib bin Soleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.

Berdasarkan huraian yang diberi, jelaslah sebab-sebab sebenar Nabi SAW tidak menyebutkan nama sebenar Pemuda Bani Tamim itu. Adalah diharapkan dengan penjelasan ini, umat Islam tidak akan mempersoalkan lagi mengenai nama sebenar Syuaib bin Soleh itu.

———————————–

Di dalam hadis yang lain secara jelas menunjukkan bahawa Pemuda Bani Tamim itu akan datang dari sebelah Timur bersama jemaahnya memperjuangkan Islam.

Panji-panji hitam yang dimaksudkan itu adalah kekuasaan yang diserahkan kepadanya sebagai tapak kepada membangunkan ummah.

About these ads

15 comments on “Misteri CodeName “SYUAIB BIN SALEH” bagi Fata At Tamimi

  1. benar kalijogo, begitulah perancangan Tuhan Maha Cantik dan Hebat.

    Beberapa dari umat Islam mempertikaikan mengenai nama Syuaib bin Saleh ini.

    Di lain pihak, musuh tercari2 kalau-kalau ada lahir bayi bernama Syuaib bin Soleh, maka akan terus mereka bunuh. Rupanya Syuaib bin Saleh ini adalah sebuah code.

    Nampak kan? hanya orang-orang pilihan yang diberikan Ilham yang sanggup membaca rahsia ini.

  2. Malah, trick dalam hadis ini adalah ia disebut:

    “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

    bukan

    “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah orang yang bernama Syuaib bin Saleh.”

    Halus sungguh erti hadis ini.

  3. SubhanAllah..

    Tafsiran sebegini berkenaan hadis ini membuka mata fikir dengan lebih luas lagi. Melihat suatu makna dari persepsi yang berbeza. Namun hujahnya tetap relevan dan boleh diterima akal.

    Tuhan maha Kaya, segala pujian untuk Tuhan.

  4. Tentang perkhabaran dari Rasulullah SAW berkaitan Pemuda Bani Tamim, tempat perjuangannya, situasi ketika zahirnya, masa kezahirannya serta watak pendokong perjuangannya. Maka “Siapa pun boleh” jadi Pemuda Bani Tamim apabila dapat menepati syarat dan sifat-sifatnya.

    Ada sebahagian dari umat Islam yang telah menyebut secara khusus, Ustaz Ashaari Muhammad, Pemimpin Al Arqam (kini syarikat Global Ikhwan) yang dimaksudkan sebagai Pemuda Bani Tamim itu. Itupun tidak salah jika bertepatan dengan apa yang diisyaratkan hadis.

    Dan apabila kita meyakini demikian, wajiblah kita berbaiah dengan pemimpin itu.

  5. Hebatnya helah Tuhan, ‘menipu’ musuh-musuhnya… Jadi, mgkin selama ini musuh-musuh Islam menyerang negara-negara Arab utk mencari Syuib bin Soleh?

  6. Jadwal Allah itu, berlaku dengan tiba-tiba, MENGEJUTKAN, tidak disangka-sangka. “Dan tidaklah seseorang mengetahui, apa yang disembunyikan kepadanya daripada
    perkara yang menyenangkan hatinya. Sebagai ganjaran dari apa yang mereka kerjakan” Maksud surah as-Sajdah.
    Jadi, pemuda at-Tamimi dan al Mahdi, akan berlaku kejutan, tidak sepertimana yang kita sangka-sangkakan
    Ayahanda Asaari Muhammad itu Putera Bani Tamim, dan S.S Syed Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi itu imam al-mahdi al-muntazhari.

  7. Kenapa nama Imam Mahdi disebut secara jelas oleh nabi “namanya menyamai namaku dan nama bapanya menyerupai nama bapaku”? maksudnya Muhammad bin Abdullah. Semua orang tahu. Apakah darjat Putera/Pemuda Bani Tamim melebihi darjat Imam Mahdi, sehingga namanya perlu dirahsiakan?

  8. Jawabnya Allahu a’lam

    Apabila anda memiliki sebuah toko penuh emas maka bukan toko emas itu yang akan anda rahasiakan mengenainya, mengenai namanya, dsb, melainkan kunci pintunya supaya tidak diambil orang yang tidak berhak atau yang ingin mencelakakan anda atau orang yang hasad dengki dengan toko emas anda. Hanya orang2 yang anda rasa dekat, faham, cerdik dan punya strategi yang akan anda beritahu

    Kenapa? anda boleh jawab.

    Imam Mahdi semua orang tahu, dia bukan satu rahasia malah merupakan satu khabar gembira ( bahkan dalam agama selain Islam pun ada kepercayaan mengenai Imam Mahdi ). Semua orang menginginkan kedatanganya kacuali orang2 Yahudi yang menjadi musuh2 Islam memang telah merancang untuk menghalangnya kedatangannya.

    Sebelum kedatangan Imam Mahdi, memang sudah Rasulullah sebut akan didahului oleh Putera Bani Tamim. Ini Hadis, kita tidak dapat pertikaikan kenapa Rasulullah memberitakan begitu.

    Hanya di sini kita boleh memaknai bahwa Putera Bani Tamim adalah ibarat “kunci” kepada imam Mahdi dan Pemerintahan Imam Mahdi, pembuka Jalan kepada Imam Mahdi dan penyedia tapaknya.

    Bukan lantas kita artikan bahwa Putera Bani Tamim lebih tinggi derajatnya dibanding Imam Mahdi.

    Putera Bani Tamim adalah satu hal yang tidak asing dikalangan ulama2 Tarikat.

  9. salamun alaik..

    pnjg ceritanya.. utk diterangkan satu persatu boleh.. maksud ana, bukan shj melalui pembacaan, ttp juga melalui perjumpaan(yaqazah), pemerhatian dan kajian yg lebih mendalam.. bnyk prkara yg bersangkut paut yg perlu difahami di sini..

    mksud ana yg lebih mendlam lagi, kita kena meletakkan apa matlamat kajian kita itu di hujungnya.. apa yang kita nak sebagai keputusannya? ada orang buat kajian utk memastikan XYZ tidak menjadi XYZ.. ade org cube mengkaji bgmna boleh mnjd XYZ.. ade yg cube nak cipta XYZ.. (sori agak scientific la pulop)

    cube tanya diri saudara smula.. innamal a’malu binniyati, wa innama likullimriim manawa..

    ana juga pernah berada di tmpat saudara.. Syukur alhamdulillah, ana dpt ape yg ana targetkan dalam misi kajian ana.. skarang nie kajian itu ana manfaatkan sebaik mungkin..

    mgkin saudara AM boleh bg pandangan yg lebih tpat..

    Sekian, hamba yg dhoif
    Kalijogo87

  10. InsyaAllah sedang mengarah kepada reality…
    Kalau kita ada cita2 hendak jadi team Putera Bani Tamim harus kenal dulu siapa dia, kemudian ikut ( bai’ah ) dengan dia…

  11. Sabda Nabi SAW,
    “Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat sebagai Amir di al-Qahtani. Demi Zat yang mengutusku dengan benar, bahawa dia (sungguh-sungguh) tidak (akan) ada yang (dapat) mengalahkannya.”
    (Abu Nuaim & at-Tabrani)

    Jumhur ulama’ semasa telah hampir 800 tahun berkeyakinan Al-Qahtani yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah PATTANI @ PANAN @ Nusantara pada hari ini (SS AlFadhil Abu Aziz Jumaah @ Baba Zik Ulama Kerisik, Pattani-2007M). Ada beberapa hadis yang turut menyebutkan nama Al-Qahtani, dan setiap satunya mempunyai tafsiran yang berbeza-beza pula. Hal ini tambah diyakini kerana sehingga kini, tidak terdapat lagi mana-mana tempat pun yang benar-benar dapat ditunjuk sebagai Al-Qahtani, iaitu kawasan Timur seperti yang dikehendaki oleh hadis-hadis. Dan Amir itu adalah sebagaimana diisyarat sebagai seorang ANAK RAJA YANG ZUHUD….

    Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” itu. QS33:62

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s