Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

Allah SWT Zat Yang Maha Agung, seluruh makhluk adalah di dalam genggamanNya. Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu dengan berkata: “Jadi”, maka jadilah perkara itu.

Kita tentu amat gembira andainya dimaklumkan bahawa sebuah gunung di negara kita akan bertukar menjadi gunung emas. Rasa gembira dan senang hati itu kerana kita adalah rakyat negara ini. Selain adanya rasa kekitaan, tentunya kita turut menaruh harapan bakal memperolehi manfaat bersama dari hasil emas yang sebesar gunung itu.

Kalau demikian tentulah kita akan merasai lebih lebih lagi gembira apabila diberitahu bahawa sesuatu yang lebih besar nilainya berbanding gunung emas bakal terjadi di negara kita ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah Malaysia bakal menjadi tapak kegemilangan Islam menuju zaman ummah kedua di akhir zaman ini. Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah Islamiyah. Tentulah sepatutnya lebih bangga dan gembira apabila ianya termasuk yang diisyaratkan sebagai daulah yang menjadi tapak ummah. Di situ juga munculnya pimpinan Pemuda Bani Tamim yang membawa laluan menuju ummah kedua. Dari situlah bermulanya keagungan Islam hingga ke alam sejagat. Inilah yang telah dijanjikan atau diisyaratkan oleh Rasulullah SAW.

Rujuk kembali kepada Hadis sebelum ini; Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)

Biarpun Hadis Rasulullah SAW itu tidak menyebut secara nyata atau khusus ditujukan Timur itu maksudnya Malaysia, namun tanda-tanda dan ciri-cirinya sangat jelas. Apa yang pasti, Timur itu bukan Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan seumpamanya. Timur itu mestilah negara Islam yang subur keIslamannya.

Tidak perlu diletakkan di dalam ‘long-list’ mengenai ciri-ciri keIslaman Malaysia sebagai Timur yang dimaksudkan itu. Cukuplah dirangkumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling subur dan syumul pengamalan Islam. Dari keseluruhan aspek ajaran Islam itu yang lebih penting dilihat ialah dari sudut pembinaan roh Islam dalam diri penganutnya, ibadahnya, akhlaknya, pengamalan syariatnya, perkembangan dakwahnya, pendidikannya, kasih sayang dan perpaduan, lemah lembut, mudah mesra dan kesederhanaan.

Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah sebagai tapak tertegaknya ummah. Daulah itu dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim, dan masanya ialah di awal kurun. Oleh itu tidak perlu mengelilingi merata ceruk rantau dan pelosok dunia. Fokuskan sahaja ke Malaysia untuk sama-sama menyumbang dan memberi ketaatan kepada Pemuda Bani Tamim

Sebenarnya tidak sukar hendak meyakini bahawa Malaysialah yang dimaksudkan sebagai panji-panji hitam yang datang dari sebelah Timur. Biarpun terdapat berbagai-bagai pandangan lain mengenai Timur itu, tetapi tiada siapa yang hendak menyanggahnya atau menyetujuinya. Kerana dalam keadaan belum berlaku, siapa pun bebas memberi pendapat dan tidak pula salah. Pokok pangkalnya ini adalah perkara yang tidak perlu menjadi pertikaian.

Sebahagian umat Islam termasuk para ulama, sangat sukar hendak menerimanya. Sebahagian lagi mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebahagiannya pula dengan syukur, senang hati, berlapang dada, berfikiran terbuka lantas meyakininya iaitu melalui maklumat dari berita ghaib atau isyarat kerohanian. Berdasarkan berita ghaib, Timur yang dimaksudkan oleh Hadis itu adalah Malaysia dan Pemuda Bani Tamim itu juga berada di Malaysia. Dan masanya juga sudah sangat hampir tiba umpama orang mengandung menunggu hari melahirkan

Bagi umat Islam, khususnya di rantau nusantara, ini sepatutnya menjadi busyro atau berita gembira yang sangat disyukuri. Dan mengambil langkah positif menjadikan membaiki diri untuk mempertingkatkan taqwa sebagai agenda utama. Busyro kerana Allah SWT mungkin memilih Malaysia sebagai tempatnya dan Melayu adalah bangsanya.

Satu perkara lagi yang agak sukar untuk meyakinkan umat Islam ialah kerana tidak dapat dihadirkan hujah konkrit iaitu memakai sikap musuh-musuh Islam. Sedangkan usaha untuk ‘mencekik’ Malaysia dan Indonesia (Nusantara) melibatkan gerakan antarabangsa. Tidak dapat tanduk telinga dipulas, mereka mencari jalan hendak menyekat perkembangan Islam di rantau ini. Mereka telah lama tahu bahawa inilah rantaunya yang bakal menjadi tapak untuk membangunkan ummah. Sebab itu gerakan mengKristiankan Indonesia telah bermula semenjak lama dulu. Anehnya hanya umat Islam saja yang masih lena dan sering bertelagah sesama sendiri. Malah para pemimpin dan ulama Islam pun kelihatan seolah-olah turut berperanan menjadi alat kepada musuh dan turut menyumbang kepada menyekat perkembangan Islam.

Ingatlah, janji Allah SWT pasti terjadi.

About these ads

17 comments on “Malaysia Daulah Putera Bani Tamim !?

  1. Heliconia, begitulah apabila hati saya merasakan satu yang menggembirakan, maka saya pun ingin sekali berbagi hal itu kepada semua supaya semua ikut bergembira dengan khabar ini.

    Bagi saya malaysia ataukah indonesia bukanlah menjadi soal. Bukankah adanya malaysia atau indonesia itu produk dari “devide et impera” yang dibuat barat? memecah belah, menguasai, menyuburkan mazmumah dan benih perpecahan dengan kedok nasionalisme? Apalah indahnya menjadi orang Islam namun hidup terkotak2 dan dikuasai orang?

    Saat ini yang diperlukan oleh kita adalah pemimpin yang sanggup memberikan model kehidupan yang berkasih sayang, tanpa batas geografis. Selaku umat Islam sebetulnya bangsa kita bukan melayu, arab, cina, jawa, bugis dsb..tapi bangsa kita adalah Islam.

    Saya melihat Abuya dan Global Ikhwan mampu melahirkan model kehidupan itu. Persis seperti dakwah yang Rasulullah buat, tanpa batas geografis dan menyentuh dalam sendi2 kehidupan.

    Jadi, sudah menjadi kewajiban saya untuk mempromosikan apa yang saya yakini benar. Meskipun Abuya warga negara malaysia..

  2. Kakek Nenek Abuya dulu masuk Malaysia di zaman belum ada paspor. Kelak Imam Mahdi dan Nabi Isa ketika turun juga tidak punya Paspor dan Kewarganegaraan :)

    Jadi ingat…ada yang pernah bercerita mengenai asal usul paspor. Paspor mulai dibuat guna mencari Muhammad bin Abdullah yang berbangsa Qurays. He..he…tetapi Tuhan lebih Berkuasa daripada akal manusia.

  3. Ketika Abuya dibuang ke luar negara oleh pemerintah tahu 1990an (dan dilarang masuk malaysia), ada seorang sopir taksi mengaku bahwa dia sendiri mengantar Abuya dan dua isterinya dengan taksi pulang menuju sungai Penchala. Malah ditunjukkan kepadanya bahwa passport Abuya dicop masuk melalui Singapore. Ajaib kan? saya ada video pengakuan itu, video lama. Sopir taksi tu orang cina bukan islam, tapi dalam taksi dia tu penuh buku2 Abuya, macam mobile library. Buku2 itu akan dia bagikan kepada para penumpang taksinya. Ada sekeping foto Abuya sedang berdoa di dashboard taksinya, setiap pagi sebelum berangkat kerja dia sempatkan berdoa mencontoh seperti yang Abuya buat…Ajaib..

    Sebetulnya ada dan tak ada paspor sama saja bagi orang bertaqwa, kalau perlu maka Tuhan akan bantu. Itu kan akal2annya Yahudi aja bikin paspor. Perancangan Allah lebih canggih…

  4. Saya pernah membaca mengenai hadist-hadist Panji-Panji Hitam dari Timur ini. Banyak orang wahabi yang tidak mau mempercayai. Menurut saya hadist ini sangat relevan dengan melihat apa yang terjadi di Timur ini, di sini Islam sangat berkembang. Tidak mustahil bahwa dari sini naiknya Islam itu. Wallahu’alam

  5. saya rasa saya percaya kalau bani tamim (putera bani tamim) ini ialah ustaz Hj.ashaari muhammad….sebab beliau mempunyai sesuatu yang tidak boleh di percayai dgn menggunkan akal fikiran manusia…..oleh org2 yg tertentu sahaja yg boleh merasainya seperti wali allah yg tidak mashur…..allaahualam

  6. Perkembangan jemaah Abuya sgt cepat, wlpun di halangan tetapi ada sj cara lain utk meneruskan perjuangannya.. disetiap kurun, perjuangan mujaddid selalu shj mendapat tantangan, tp Allah akan ttp menolongnya dan jadual Allah pasti akan ditunaikanNya…tak sabar rasanya hati ini ingin melihat daulah berlaku… smg dipanjangkan umur…Amin

  7. Daulah yang luas akan tertegak apabila kita sanggup menegakkan daulah islam dalam diri masing2 individu, keluarga dan jemaah.

    Menjadikan Tuhan sebagai panduan dalam diri. Menjadikan Islam sebagai sistem hidup dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar2 perkara. Insya Allah.

  8. btol2.. jgn bila dah daulah nanti, kita masih tertinggal di belakang pule.. adehh.. pimpinlah aku lagi, Ya Allah..

  9. Ada satu kisah satu ketika Rasulullah bersabda selepas peperangan kepada para sahabat, baginda mengkhabarkan bahawa Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan Islam, Timur dan Barat akan jatuh ke tangan Islam.

    Semua sahabat bergembira, bertakbir dan mengucap Tahmid. Namun ada satu orang sahabat menangis dan bersedih. Sahabat2 yang lain hairan lalu bertanya mengapa beliau menangis…

    Lalu sahabat itu menjawab, bagaimanakah aku tidak menangis dan susah hati sedangkan dunia dan segala kemewahannya akan mendatangi kita? aku cemas dunia itu akan menjadi kecintaan dalam hati kita.

    Sahabat itu ialah Sayidina Umar Bin Khattab.

  10. Malaysia atau Indonesia itu tidak penting, kerana kedua-duanya adalah dari keturunan yang serupa yakni keturunan yang telah di utuskan untuk menebus kembali dunia Islam kita….

  11. Memang benar pemuda bani tamim itu datangnya dari timur tetapi hanya Allah saja yg mengetahui siapa dia pemuda bani tamim itu. Dan hanya Allah saja yg akan menzahirkan pemuda bani tamim ini pada waktu yg Allah telah tetapkan.
    Yg pasti salah satu ciri pemuda bani tamim ini ialah mengajak yg belum Islam kepada Islam dan kepada yg telah Islam mengajak kepada mentaati perintah2 Allah dan perintah pertama yg perlu dilakukan ialah kerja nabi.

  12. Ya. dan Allah ada cara tersendiri untuk memberi tahu kepada dunia siapa itu Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim sebagai pemimpin golongan yg disebut dalam hadis sebagai Ikhwan serta Asoib sedang mempersiapkan tapak bagi Daulah itu. Artinya golongan ini sangat tahu, kenal dan yakin bahwa pemimpin mereka adalah Putera Bani Tamim…

  13. Ya, betul tu. Jika diizinkan Allah saya juga ingin mempersiapkan diri untuk membantu Putera Bani Tamim dan juga Ikhwan…..sebagai Asoib….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s