FIGUR : Sayyid MUHAMMAD bin ABDULLAH As Suhaimi

gambarsayidi-2

Biografi lengkap baca di Sejarah Hidup Syeikh Muhammad As Suhaimi

Links : Ibadah Syeikh Suhaimi , Karamah Syeikh Suhaimi , Syeikh Suhaimi Ghaib ?!

Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (hafizah-Ullah) telah di-kenal oleh murid-muridnya sekalian dengan gelaran Kiyai Agung, kerana banyak bekas murid-muridnya telah menjadi kiyai (yaitu guruagama), dan banyak pula orang-orang yang memang sudah menjadi kiyai telah belajar lagi padanya, yaitu menjadi murid-muridnya. Tetapi orang­ orang yang lain daripada murid-muridnya telah memanggilnya “Syeikh Muhammad Suhaimi” atau “Kiyai Suhaimi” ataupun “Syeikh Suhaimi” saja.

NASAB ATAU ASAL-USUL SYEIKH SUHAIMI.

Awalnya adalah Sayid Abdurrahim dan puteranya Sayid Umar yang berhijrah dari Hadhramaut ke Tanah Jawa beberapa tahun menjelang Perang Diponegoro meletus. Ketika perang dimulai, segera saja Sayid Umar memilih berpihak kepada Pangeran Diponegoro yang, bukan saja Islam, tetapi juga pengamal Tareqat Naqsyabandiyah (Sayid Umar sendiri adalah seorang pengamal Tareqat Alawiyah). Pangeran Diponegoro pun mengangkatnya sebagai salah seorang panglima. Setelah perang Diponegoro selesai, Sayid Umar menyingkir ke daerah Kaligintung di luar kota Wonosobo dan membuat perkampungan di sana.

- Salasilah Sayyid Muhammad bin Abdullah , click untuk download -

MUHAMMAD bin ABDULLAH bin Umar bin Abdurrahim bin Abdul Karim bin Muhyiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak (Al Madani) bin Hassan bin Ali bin Ahmad bin Abu Bakar (Asy-Syaibani) bin Muhammad (Asadullah) bin Hassan (At Turabi) bin Ali bin Muhammad (Al Faqih) bin Ali bin Muhammad (Shahibul Mirbat) bin Ali (Khali’) bin Alawi (Ats-Tsani) bin Muhammad bin Alawi (Al Awwal) bin Ubaidullah bin Ahmad (Al Muhajir) bin Isa (Ar Rumi) bin Muhammad (An Naqib) bin Ali (Al Aridhi) bin Ja’far (Ash Shadiq) bin Muhammad (Al Baqir) bin Ali Zainal Abidin bin Sayidina Husain r.a bin Sayidina Ali k.m.w + Sayidatina Fatimah r.a bin MUHAMMAD S.A.W

Dari silsilah ini nampak bahwa Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah seorang Sayid (keturunan Sayidina Husain r.a) dan tentu saja adalah keturunan Baginda Rasulullah S.A.W. Sepuluh generasi di atas beliau adalah Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani yang merupakan seorang pendiri kabilah. Keturunan Sayid Abu Bakar Asy-Syaibani di Nusantara ini disebut Bani Syaibani atau Basyiban atau di-Jawa-kan fam-nya “Baseban”.

- Gambar Hiasan : Pangeran Diponegoro -

TEMPAT LAHIRNYA.

Muhammad As Suhaimi atau lengkapnya Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi telah dilahirkan pada 1259 H/1843 M di Sudagaran Wonosobo. Kakek Muhammad As Suhaimi, yaitu Umar Sutodrono adalah salah seorang panglima Pangeran Diponegoro. Makam beliau (Sayid Umar) terdapat di Kaligintung Wonosobo. Gelaran “Sutodrono” didapat beliau setelah menjadi panglima tentara di Jawa. Sayid Umar dikaruniai 6 orang putera. Yang bungsu bernama Abdullah. Sayid Abdullah setelah dewasa menetap di daerah Sudagaran di Wonosobo. Beliau menikah dengan AMINAH yang masih keturunan Rasulullah S.A.W dari Sayidina Hassan. Dari perkawinan ini lahirlah Muhammad.

BUKAN UNTUK MEGAH.

Eloklah diingatkan bahawa banyak orang-orang Arab, termasuk mereka yang berketurunan daripada Rasulullah s.a.w., menetap di Negeri Jawa, dan wali-Ullah wali-Ullah yang maqam-maqam mereka banyak terdapat di Negeri Jawa, sepArti Wali Songo, berasal daripada Baginda Rasulullah s.a.w. juga.

Oleh kerana begitulah nasab Syeikh Suhaimi (hafizah-Ullah) itu maka anak-cucunya sekalian bersama-sama mengucapkan Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah, kerana mereka termasuk didalam golongan keturunan Rasulullah, tetapi tujuan yang sebenar dinyatakan nasab Syeikh Suhaimi itu bukanlah untuk bermegah-megah sebagaimana yang telah dituduh oleh setengah-setengah pehak, bahkan ialah kerana tujuan lain, dan rengkasnya ialah sepArti berikut

Apabila Syeikh Suhaimi kembali daripada Timur Tengah dan telah membuat keputusan hendak menetap di Singapura dan Malaysia, ia pun menyatakan ia ada membawa satu ‘amalan yang dinamakan Aurad Muhammadiah, dan ia menyatakan juga ia boleh mengijazahkan (mengizinkan) orang-orang lain untuk mengamalkannya bagi sesiapa yang sudi, dan ia telah menerangkan faidah-faidah dan kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Alhamdulillah, semakin-banyak orang-orang yang mahu mengambil ijazah bagi Aurad itu dan mengamalkannya. Ada orang menamakan ‘amalan itu sebagai TARIQAT. Berita’amalan ini semakin tersibar, dan nampaknya mulalah juga ada orang-orang yang tidak suka kapadanya, lalu mereka mulalah menyibarkan tuduhan bahawa TARIQAT Muhammadiah itu adalah karut, kerana pengasas sesuatu Tariqat yang benar mestilah seorang yang berketurunan daripada Rasulullah s.a.w., sedangkan Syeikh Suhaimi atau Kiyahi Suhaimi adalah seorang Jawa sahaja, dan dengan sebab itu tidak mungkin ia menjadi pengasas sesuatu Tariqat yang sebenar.

Syeikh Suhaimi telah memberitahu .kepada anak-anaknya bahawa ia dan mereka adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w. dan ia telah menunjuk­kan kepada mereka catitan keturunan itu, tetapi keturunan yang dicatitkan oleh Syeikh Suhaimi itu hanya sampai kepada Abu Bakr Asy-Syabani sahaja. Bagaimanapun, ia berkata bahawa Abu Bakr Asy-Syabani itu adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w.

Selepas itu, apabila Syeikh Muhammad Fadhlullah (anak yang kedua bagi Syeikh Suhaimi) telah pergi ke Tanah Jawa, ia telah dapat berjumpa dengan orang-orang ‘Arab yang berketurunan daripada Abu Bakr Asy­Syaibani itu disana, dan ia telah dapat menyelidik didalam majallah yang dinamakan “Arrabithah- yang diterbitkan oleh para Saiyid-Saiyid disana bahawa Abu Bakr Asy-Syaibani itu terbukti betul berketurunan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana telah tercatit silsilah keturunannya didalam nasab Syeikh Suhaimi dahulu itu.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda

Artinya : “Tiap-tiap anak bagi seorang bapa maka nasabnya adalah kepada bapanya, kecuali anak-anak Fatimah maka sesungguhnya akulah bapa mereka.”

Bagaimanapun perlulah diingat kan sabda Rasulullah s.a.w.lagi.

Artinya : “Bahawasanya semulia-mulia orang diantara kamu, pada sisi Allah, ialah orang yang paling taat dan takut akanNya. Tiada siapa orang ‘Arab melebehi orang yang bukan ‘Arab kecuali jika ia lebih taqwa (iaitu lebih menjunjung perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.”

Dan sabdanya lagi

Artinya : “Syurga itu bagi orang yang takutkan Allah walaupun ia seorang hamba yang berkulit hitam, dan neraka itu bagi orang yang menderhaka kepada Allah walaupun ia itu seorang Saiyid yang berbangsa Quraisy.”

Dan ada pula satu pepatah orang Arab begini

Artinya : “Kemuliaan itu ialah dengan sebab ilmu dan adab sopan, bukanlah dengan sebab harta dan nasab (iaitu keturunan atau baka).”

About these ads

7 comments on “FIGUR : Sayyid MUHAMMAD bin ABDULLAH As Suhaimi

  1. Siapakah yang mau meniru pengorbanan para pejuang2 tersebut?
    mengorbankan harta , diri, dan waktu untuk tegaknya Dien Islam di seluruh negeri?

    Semoga pembicaraan yang ada mampu sampai ke hati kita dan tembus menjadikan buah-buah amalan.

    Semoga Allah ridho. Amin

  2. alhamdulillah,drezkikan saya skluarga utk mziarahi makam sayid umar sutodrona.mg2 roh perjuangan cucunya mnyemai dan meresap d dalam sanubari.ubat krinduan kpd muhammad bn abdullah yg kedua.

  3. Terimakasih Abdullah dan Abu Utbah.

    Semoga apa yang anda cita-citakan Tuhan kabulkan, amin

    Alhamdulillah saya juga sudah berziarah ke Wonosobo hampir setahun yang lalu.

    Sejarah hidup beliau memang patut untuk kita ambil pengajaran dan hikmah.

  4. Syukran untuk RSAW, SS, AFAT
    Saya dah diajari rasa takut utk tak sholat malam, apalg sholat wajib, tp yang paling berkesan saya diajari utk senantiasa cemas setiap selepas sholat sbb apakah sholat saya ini diterima T atau tidak. A tlng ampuni sy.

  5. he he he emang benar orang mulia karena, ilmu yang dibarengi iman, bukannya nasab dan kekayaan. shiippppp… kalau lihat dari nasab aku juga keturunan nabi.. nabi Adam as. Kita semua bisa mulia karena Allah SWT memberi kita sedikit ilmu dan keyakinan berupa iman.

  6. saya percaya inilah imam mahdi atau menurut orang jawa bilang ratu adil.
    betulah yang dibilang bung karno “tunggulah dan lihatlah indonesia akan menjadi mercu suar dunia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s